Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
& orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Alhamdulillah... Sekali lagi kita berpeluang menghadapi Ramadhan yang mulia
ini. Inilah bulan yang ditunggu2 oleh para sahabat Rasulullah saw dan para
tabien dahulu kerana di bulan ini segala amalan diberikan pahala yang
berganda. Saya percaya begitu juga kita. Turut sama menantikan kedatangan
Ramadhan. Kerana yang pastinya, selepas Ramadhan akan muncul pula Syawal.
Kerana sebenarnya kita lebih menantikan Syawal...

Seronok rasanya melihat masjid2 mula dipenuhi dengan orang2 yang
bersemangat hendak menunaikan sunat tarawih. Sehinggakan saya sendiri agak
terkejut apabila terpaksa meletakkan kereta di luar perkarangan masjid
apabila tempat letak kereta penuh pada malam2 awal puasa tempohari. Dan
betambah terkejut melihat barisan jemaah yang hadir untuk bersolat Asar
pada hari yang keesokannya.

Alhamdulillah... Kalau biasa saf untuk Isyak hanya lebih kurang 3 barisan,
di bulan Ramadhan boleh mencecah ke 10 barisan saf. Adalah lebih kurang 500
orang jamaah. Seronok melihat keadaan ini. Jika beginilah keadaan umat
Islam pada setiap masa, insyaAllah Masjidil Aqsa dan Batul Maqdis telah
lama berada di tangan kita. Yang bimbangnya jika ini hanya semangat
Ramadhan saja. Atau seperti kata rakan saya, iman bubur lambok.

Kerana selepas waktu Asar, ada diedarkan bubur lambok secara percuma untuk
semua jamaah. Hm... Harap2 tidak sedemikian rupa. Saya harap ini hanya
telahan teman saya. Saya harap jemaah yang memenuhi ruangan masjid pada
hari ini akan terus memenuhi ruang yang sama pada hari2 yang berikutnya,
walaupun tiada lagi solat tarawih atau pembahagian bubur lambok secara
percuma. Kerana solat jemaah ini begitu penting letaknya dalam agama.

Ramai orang pandai berkata solat itu tiang agama. Maka jika tidak didirikan
solat, tidak akan tertegaklah agamanya. Ya, memang betul. Tetapi mari kita
renungkan. Jika dengan hanya sebatang tiang, berapa besarkah bangunan yang
mampu kita dirikan? Rasanya hanya sebuah khemah. Itupun tidak berapa kukuh
dan mudah goyah apabila ditiup angin. Bukan? Bagaimana caranya hendak
mengukuhkan sesebuah binaan?

Bangunan yang kukuh biasanya mempunyai banyak tiang. Kesemua tiang2 ini
bekerjasama memikul beban untuk mendirikan bangunan tersebut. Begitulah
keadaannya solat berjemaah. Jika solat bersendirian, kita seolah2 hanya
mendirikan sebuah khemah. Tetapi dengan solat berjemaah, kita mampu
memperkukuhkan 'bangunan' agama kita. Bayangkan jika setiap lelaki Islam di
dunia ini berjamaah. Berapa kukuhkah agama kita?

Nabi saw begitu menekankan pentingnya solat berjamaah ini hinggakan baginda
saw pernah 'mengugut' untuk membakar rumah mereka yang enggan ke masjid.
Jadi mengapakah di antara kita masih berat untuk berjamaah? Berbagai2
alasan kita cuba berikan. Sibuklah. Mengantuklah. Dan bermacam2 lagi. Yang
peliknya, bila tiba Ramadhan, bila tiba solat tarawih, semua alasan
tersebut hilang dengan sendirinya.

Apa sebenarnya masalah umat kita hari ini? Saya sebenarnya bukan berniat
menyindir orang lain. Sebaliknya saya berbicara mengenai diri saya sendiri.
Entahlah. Kadangkala saya tahu Asar kian menjelma. Tetapi saya tetap sibuk
hendak keluar berbelanja. Walaupun apalah salahnya saya tunggu sebentar
hingga selesai Asar. Tetapi tidak. Itu yang saya pelik dengan diri saya dan
kita semua. Terlalu mengambil ringan perihal solat berjamaah ini.

Jika Baginda saw melihat keadaan umat kita pada hari ini, tentu Baginda saw
akan risau. Risau di mana hendak dicari kayu dengan banyaknya untuk
membakar rumah2 kita yang enggan berjamaah ini. Agaknya habis hutan2 di
Pahang digunakan kayunya untuk dibuat kayu api. Tak sempat hendak dicuri
lagi agaknya. Jika begini keadaannya, bagaimanakah kita dapat menewaskan
musuh2 Islam yang sentiasa tidak senang dengan kita?

Cantiknya solat jemaah ini kerana di dalamnya terdapat konsep kepemimpinan
menurut Islam. Tidak terujakah di hati melihat bagaimana seorang imam mampu
mengawal pergerakan beribu orang di belakangnya tanpa perlu menoleh kepada
mereka? Hanya cukup dengan bertakbir "Allahu Akbar" maka seluruh makmum di
belakangnya akan turut mengikuti sebagaimana perbuatannya.

Bukankah ini lebih hebat dari kawad angkatan tentera. Di Hari Kebangsaan
yang biasanya diadakan perbarisan, selalu kita menyatakan rasa kagum
melihat bagaimana mereka yang berbaris boleh bergerak dengan serentak.
Begitu cantik sekali sedangkan kita lupa bahawa sebagai seorang muslim,
kita tidak perlu berusaha sekeras mereka namun kita boleh melakukan yang
lebih cantik dari itu.

Pada asasnya seorang imam mestilah Muslim. Imam juga mestilah orang yang
mengetahui dan faham perbuatan solat tersebut selain memiliki bacaan yang
baik. Takkanlah seorang yang terus sujud selepas ruku’, tanpa ibtidal boleh
diangkat menjadi imam. Jika imam sering melakukan kesilapan tetapi kita
terus2an mengangkatnya menjadi imam, maka sebenarnya kesalahan adalah atas
bahu kita sendiri.

Begitulah secara relatifnya dengan pentadbiran. Seorang ketua itu wajib
mengetahui cara2 mentadbir. Selain memiliki iman dan ketaqwaan yang kuat
terhadap Allah dan Rasulullah. Sekiranya kita tahu seseorang itu
menyongsang hukum Allah, wajarkah kita terus melantiknya? Sekiranya ya,
maka kitalah yang patut dipersalahkan atas kesannya. Begitu juga, sahkah
sebuah kerajaan jika kita melantik kafir sebagai pemimpin? Jawablah
sendiri.

Ini bukan khutbah politik. Saya hanya berbicara perkara yang haq. Berbalik
kepada persoalan solat tadi, pesanan abang saya sering bermain di fikiran
saya. Katanya, dalam solat ada segalanya. Dalam solat kita mengucap 2
kalimah shahadah. Kita juga berpuasa kerana makan dan minum akan
membatalkan solat. Kita juga menzakatkan masa kita untuk ke masjid.
Bukankah masa itu juga harta bagi kita?

Paling penting, solat adalah menghadapkan diri kepada Allah. Jika orang
yang menunaikan haji menjadi tetamu Allah, bukankah setiap masjid juga
merupakan rumah Allah? Dan bukankah kita yang dijemput melalui seruan azan
juga merupakan tetamu Allah? Beruntunglah sesiapa yang menunaikan solat
berjamaah di masjid kerana telah menjadi tetamu kepada Pemilik seruan azan
tersebut.

Hari ini kita sering terdengar di sana sini orang bercerita tentang
kemunduran umat Islam. Hari ini juga kita sudah lali mendengar keluhan
orang terhadap tindakan jahat tentera kafirun terhadap saudara2 kita. Akan
tetapi, hari ini juga, selepas puas berbicara tentang kemunduran umat
Islam, selepas penat mengeluh tentang saudara2 yang dizalimi, kita pulang
ke rumah masing2 dan bersolat bersendirian. Mengapa boleh jadi sebegitu?

Kita sayangkan Allah. Kita sayangkan Rasulullah saw. Kita juga sayangkan
Islam. Tetapi kita masih enggan sama2 berdiri mengukuhkan agama yang kita
kata maha suci ini. Kita lebih suka berpuak2 atau membuat khemah2 kecil
dari bergabung membentuk sebuah tembok yang utuh dan kukuh bagi menyekat
kamaraan musuh Islam. Maka bagaimanakah dengan cara sebegitu kita mampu
melindungi agama kita ini?

Ayuhlah saudara sekalian. Hari ini, mari kita buktikan kepada setiap mata
di dunia ini bahawa Islam sebenarnya benar2 kukuh. Mari kita buktikan
bahawa Islam benar2 bersatu. Kita berhak berbeza pendapat. Kita berhak
berbeza fahaman. Tetapi bila bercerita tentang iman, kita mesti satu.
Apabila bercerita tentang imam, juga mesti satu. Janganlah kerana kita
berselisih faham politik, maka kita dengan rela melemahkan agama kita.

Berhentilah dari perbuatan memulaukan mereka yang pegangan politiknya
berbeza dengan apa yang kita pegang. Sebenarnya inilah punca kemunduran
umat. Inilah punca Islam dipijak. Bukan kerana terlalu ringankan dunia dan
terlalu kejarkan akhirat tetapi sebenarnya kerana terlalu sayangkan dan
terlalu beratkan perkara duniawi. Bagaimana boleh kepercayaan politik kita
lebih tebal dari kepercayaan terhadap Nabi saw?

Semoga berkat Ramadhan yang Mubarak ini, jemaah yang hadir takkan susut2
lagi. Bahkan semakin bertambah jumlah bilangannya. Marilah. Marilah kita
bersama jadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak kukuhnya ukhuwah sesama
kita. Marilah saudara sekalian. Saya menyeru kepada anda diri saya sendiri.
Mari penuhi masjid kita. Bukan hanya ketika tarawih, bukan juga kerana
bubur lambok. Sebaliknya kerana kita sayangkan Allah, Nabi saw dan Islam.

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-

Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED]

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke