Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

        Dalam sistem pendidikan negara ini, peperiksaan SPM menjadi titik kritikal bagi seorang pelajar menentukan destinasi kerjaya mereka. Bukan SPM sahaja, malah sebenarnya kemasukan ketingkatan 4 menentukan jurusan sains tulin atau sains campuran perdagangan, teknikal atau lain-lain yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka dimasa hadapan. Ada yang beroleh apa yang mereka citakan, tidak kurang juga ramai yang tersangkut dan terpaksa berpuas hati dengan kursus yang ditawarkan. Mereka yang paling tidak bernasib baik ialah mereka yang berakhir dengan pengangguran tidak menentu.

        Anak-anak kita ini memerlukan pertolongan dari kita. Kita mungkin tidak ada anak yang menduduki SPM tahun ini, tetapi mengambil sempena bulan yang mulia ini, marilah kita beramai-ramai memberi sokongan moral kepada anak-anak saudara Islam kita yang sedang menghadapi SPM. Marilah luangkan sebanyak masa yang kita mampu untuk solat hajat dilokasi qariah masing-masing, mendoakan dan memohon kepada Allah SWT agar memberikan pertolongan Nya kepada anak-anak Islam ini supaya mereka dapat belajar dengan tenang, mendapat semangat dan kekuatan menghadapi cabaran, dijauhkan dari segala musibah, dilapangkan dan dipermudahkan kerja mereka, diberi petunjuk agar ilmu yang mereka pelajari selama ini dapat dimenafaatkan untuk kebaikan manusia, dijadikan insan yang soleh, mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi tunggak ummah terbilang dimasa hadapan nanti. Mudah-mudahan dengan berkat doa dan ibadah yang dilakukan, semakin ramai anak-anak Islam yang berjaya didalam SPM nanti dan seterusnya kehidupan masa depan mereka.

        Seruan ini dibuat dengan ikhlas kepada tuan-tuan sempena bulan yang mulia ini. Bersama-samalah kita menyeru saudara-saudara Islam yang lain dengan menyampaikan seruan ini kepada mereka. Anugerah Allah SWT kepada kita dalam bentuk teknologi internet membolehkan kita menyampaikan mesej e-mel seruan ini kepada ramai saudara-saudara Islam dengan kadar murah yang tidak membebankan. Mesej ini juga boleh dicetak dan diberikan kepada AJK surau atau mesjid.

        Diatas usaha dan sedekah tuan-tuan itu, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Sekian, terima kasih dan wassalam.

Ikhlas dari,

Hj. Mas Rukin

 

 



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke