Salam~
 
Bila Caring Mommy berceloteh bab ni, saya teringat masa musim menduduki kertas 
SPM dulu. Orang tua saya tak pulak buat baca yassin atau sembelih kambing 
ataupun buat 'air penerang'. Selamba jer. Mungkin sebab result trial agak 
meyakinkan saya tidak akan kecundang dalam SPM.
 
Abang saya pernah kata, SRP (sekarang ni PMR) umpama longkang/parit sebab kita 
cuma gores A B C D E saja. Tapi SPM pulak lain, macam sungai ! Nak melangkah 
tak boleh, kena berenang. Silap kuak atau kais, boleh lemas dalam arus. SPM 
lebih susah dari STPM katanya sebab itu pertama kali kita menulis jawapan yang 
subjektif, mungkin memuaskan pemeriksa kertas jawapan, mungkin sebaliknya, 1001 
kemungkinan.
 
Alhamdulillah, apa pun saya simpan sebagai motivasi madiyyah dalam diri saya 
hingga akhirnya saya agak cemerlang dalam sekolah saya. Dengan pencapaian 
akademik itulah saya melangkah ke menara gading (walaupun masa masuk U dulu tak 
nampak pun gading di main entrancenya).
 
Channel akademi dan peluang meraih pekerjaan zaman saya agak cerah. Biasiswa 
pelajaran masih ada, 2-3 pihak buat tawaran. Yes or No ajer kata orang. Kerja 
pun macam tu juga. Banyak peluang pekerjaan yang selayaknya. Pendekata, peluang 
tu memang cerahlah berbanding hari ini.
 
Sekarang ni, bila lihat wajah student-student, tak kira lah peringkat sekolah 
mahupun IPT, mereka menyelitkan 1001 corak, yang mungkin pada kiraan saya 
sebagai hasrat dan cita-cita mereka terhadap usaha mereka kini.
 
Lihat saja persaingan Gred dan CGPA, bukan calang-calang angka ! Zaman saya 
dulu nak bilang jumlah pelajar yang cecah 8A untuk SPM pun susah nak lepas dari 
jari sebelah tangan. Nak jumpa student yang 'four-flat' pun payah sangat !
 
Bukan setakat akademik, pengalaman pun tak kurang hebat. Ada yang dah berani 
berinovasi dalam seni kejuruteraan, ICT dan lain-lain. Ringkasnya, memang agak 
membanggakan.
 
Sayang seribu kali sayang, kecemerlangan akademik dan bakat kebanyakkan mereka 
tidak dapat diapplikasi dalam kehidupan realiti kerana peluang yang gemilang 
seperti dulu, peluang yang saya kira bagi mereka lebih hebat dari apa yang saya 
perolehi.
 
Dalam satu siaran TV baru-baru ini, terselit suatu drama dipentas sebuah majlis 
konvokesyen IPTA. Suara latar menyampaikan bait-bait indah yang menggambarkan 
suasana ceria, gilang gemilang dari wajah-wajah ibubapa para siswazah yang 
berjaya menamatkan pengajian IPT mereka. Tiba-tiba orang sebelah saya bersuara 
dengan selamba,
 
"SEJURUS SELEPAS 'SALAM-ANGGUK' DENGAN CANSELOR, TETIBA ADA ORANG HULUR SATU 
SURAT 'KHAS' DIBAWAH PENTAS YANG TERTULIS SATU BARIS AYAT -- SILA BUAT BAYARAN 
PINJAMAN PTPTN ANDA SEBELUM TARIKH YANG DICATATKAN DIATAS -- !"
 
Ha ha ha.. Tak sempatpun siswazah tu menghadiri temuduga bekerja dan menikmati 
gaji pertama alam pekerjaan, tak sempatpun ibubapa siswazah tu pulang membawa 
anak cemerlang mereka ke kampung untuk kenduri kesyukuran, tak sempatpun sijil 
tauliah diposkan, DAH TANGGUNG BEBAN ! Beban yang berat bagi graduan yang bukan 
dari kalangan orang kaya.
 
Demikianlah senario yang berlaku disekeliling kita. Angka pengangguran, gejala 
sosial yang menular dikalangan graduan kian meruncing dan mencengkam kehidupan 
kita. Tekanan ini berlaku kerana suasana kehidupan kita dibaluti dengan sistem 
selain Islam. Sistem yang tidak mempedulikan nasib umat melain golongan 
tertentu sahaja. Sistem Kapitalisme yang hanya mengaut keuntungan dan kekayaan 
dari perahan keringat rakyat terbanyak.
 
Islam ada penyelesaian dalam hal ini, sebagaimana yang dipost message oleh 
netter DIWK beberapa ketika lalu dibawah subjek "Penyelesaian Islam Atas 
Kemiskinan".
 
Selain dari doa, solat hajat untuk lulus akademik dan membina kerjaya, 
janganlah kita lupa perjuangan urusan pendidikan dan kerjaya ini untuk para 
pelajar dan generasi pengganti kita nanti. Perjuangan itu tidak boleh diabaikan 
kerana kita perlu yakin bahawa Islam itu sistem kehidupan yang diwahyukan 
kepada umat manusia oleh Allah (Al-Khaliq), yang capable memandu kebahagian 
manusia pada bila-bila dan dimana saja anda berada..
 
Wassalam

Caring Mommy <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

 

Assalamualaikum,

 

Solat adalah ibadah seorang hamba kepada Rabb-Nya. Solat wajib dilakukan 
sebagai memenuhi perintah ayat Akimussolah...juga hadis Nabi – Solluu kamaa 
ro'ai tumuunii usollii – Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku sedang 
melakukan melakukan solat (HR Bukhari & Muslim). Solat adalah ibadah tauqifiyah 
(hak penuh Allah) yang mana setiap muslim yang melaksanakan ibadah wajib 
terikat secara penuh kepada apa sahaja yang dinyatakan oleh nas, iaitu wahyu 
Allah Subhanahu Wa Taala. Hikmah yang didapati dari seorang Muslim yang 
melakukan solat ialah terhindar dari perbuatan keji dan munkar. Inna solata 
tanha 'anil fahsya iwal munkar – Al Ankabut:45. Solat juga dilakukan dalam 
rangka memohon kepada Rabbnya keampunan, rahmat, rezeki dsb. Solat menjadi 
penghubung seorang hamba dengan Sang Pencipta – bahwa dalam rangka memenuhi 
atau mematuhi sesuatu perintah/kewajipan/kefarduan ataupun memenuhi naluri 
bersifat material dan non-material – permohonan diajukan terus kepada Nya. 
Tiada ada
 orang tengah. Tidak ada Wali atau Kuali untuk memberi Syafaat. 

 

( # q ã Z Š Ï è t F ó ™ $ # u r Î Ž ö 9 ¢ Á 9 $ $ Î / Í o 4 q n = 
¢ Á 9 $ # u r 4 $ p k ¨ X Î ) u r î o u Ž  Î 7 s 3 s 9 ž w Î ) ' n ? 
t ã t û ü Ï è Ï ± » s ƒ ø : $ # Ç Í Î È    

45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan 
sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada 
orang-orang Yang khusyuk; (Al Baqarah 2:45) 

 

Sungguhpun solat dilakukan untuk mencapai apa yang diimpikan, seorang Muslim 
hendaklah memahami dengan jelas bahawa untuk meraih suatu impian, kita 
hendaklah melakukan semua perkara yang dapat membawa kepada tercapainya 
matlamat   tersebut. Inilah yang dinamakan aktiviti fizikal. Dalam kes solat 
hajat, disamping melakukan solat hajat, amat penting difahami bahawasanya, 
kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa adanya usaha & segala aktiviti yang 
dapat membawa kepada kejayaan tersebut. Disamping berdoa, pelajar hendaklah 
belajar dengan bijak (study smart) bukan sekadar belajar dengan kuat (study 
hard). Membiasakan diri dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun 
lepas, mencari nota, menghadiri kelas tambahan (tiusyen), perbincangan dsb. 
Paling penting juga, pelajar tahu apa kehendak soalan dan menjawab dengan 
tepat. 

 

Saya mengulas isu ini kerana ada dikalangan masyarakat kita yang sering 
menitik-beratkan bab solat hajat, bagi anak makan segala supplement supaya otak 
cerdas, beri anak minum air penawar, air jampi, dll tetapi pada masa yang sama, 
aktiviti fizikal (sebab-akibat atau cause-effect) tidak dilakukan atau tidak 
dimaksimakan menyebabkan kejayaan yang diharapkan tidak seperti yang diimpikan. 
Hakikatnya, bangsa asing yang tidak berdoa tetap dapat mencapai kejayaan 
cemerlang – semata-mata kerana memenuhi segala sunatullah untuk menggapainya. 

 

Menurut cerita kakak saya di sekolah anaknya, majlis solat hajat bukan sahaja 
dilakukan oleh ibu-bapa dan pelajar muslim tetapi juga oleh penganut Hindu. 
Yang lucu, murid Cina kata – kami tak payah buat sebab yang Islam dan Hindu 
dah doakan! 

 

Untuk berjaya juga, pelajar sendiri mesti ada matlamat jelas apa yang hendak 
dicapai. Jika hendak Straight As – mesti  tahu apa yang perlu dibuat untuk 
mendapatnya. Berapa banyak usaha yang perlu dicurahkan. Berapa banyak 
pengorbanan perlu dilakukan. Berapa banyak masa perlu diambil. Adakah cukup 
dengan study last minute??? 

 

Anda bayangkan sahaja membuat sebiji kek tetapi mengadunnya tidak mengikut 
prosedur. Bakar kek sebelum suhu oven telah naik ke tahap yang ditetapkan. 
Cukupkah sekadar berdoa Hari Raya anda akan diserikan dengan sebiji kek buatan 
sendiri? 

 

 

CM – mengidam kek orang Kulim.. emmmm


On 10/16/05, Hj. Mas Rukin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

        Dalam sistem pendidikan negara ini, peperiksaan SPM menjadi titik 
kritikal bagi seorang pelajar menentukan destinasi kerjaya mereka. Bukan SPM 
sahaja, malah sebenarnya kemasukan ketingkatan 4 menentukan jurusan sains tulin 
atau sains campuran perdagangan, teknikal atau lain-lain yang bakal menentukan 
hala tuju kerjaya mereka dimasa hadapan. Ada yang beroleh apa yang mereka 
citakan, tidak kurang juga ramai yang tersangkut dan terpaksa berpuas hati 
dengan kursus yang ditawarkan. Mereka yang paling tidak bernasib baik ialah 
mereka yang berakhir dengan pengangguran tidak menentu. 

        Anak-anak kita ini memerlukan pertolongan dari kita. Kita mungkin tidak 
ada anak yang menduduki SPM tahun ini, tetapi mengambil sempena bulan yang 
mulia ini, marilah kita beramai-ramai memberi sokongan moral kepada anak-anak 
saudara Islam kita yang sedang menghadapi SPM. Marilah luangkan sebanyak masa 
yang kita mampu untuk solat hajat dilokasi qariah masing-masing, mendoakan dan 
memohon kepada Allah SWT agar memberikan pertolongan Nya kepada anak-anak Islam 
ini supaya mereka dapat belajar dengan tenang, mendapat semangat dan kekuatan 
menghadapi cabaran, dijauhkan dari segala musibah, dilapangkan dan 
dipermudahkan kerja mereka, diberi petunjuk agar ilmu yang mereka pelajari 
selama ini dapat dimenafaatkan untuk kebaikan manusia, dijadikan insan yang 
soleh, mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi tunggak ummah terbilang 
dimasa hadapan nanti. Mudah-mudahan dengan berkat doa dan ibadah yang 
dilakukan, semakin ramai anak-anak Islam yang berjaya didalam SPM nanti dan 
seterusnya
 kehidupan masa depan mereka. 

        Seruan ini dibuat dengan ikhlas kepada tuan-tuan sempena bulan yang 
mulia ini. Bersama-samalah kita menyeru saudara-saudara Islam yang lain dengan 
menyampaikan seruan ini kepada mereka. Anugerah Allah SWT kepada kita dalam 
bentuk teknologi internet membolehkan kita menyampaikan mesej e-mel seruan ini 
kepada ramai saudara-saudara Islam dengan kadar murah yang tidak membebankan. 
Mesej ini juga boleh dicetak dan diberikan kepada AJK surau atau mesjid. 

        Diatas usaha dan sedekah tuan-tuan itu, hanya Allah SWT sahaja yang 
dapat membalasnya.

        Sekian, terima kasih dan wassalam.

Ikhlas dari,

Hj. Mas Rukin

 

 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke