Pasukan sukarelawan PAS memberikan khidmat di Balakot
Tuesday, October 18 @ 15:05:21 MYT


"Bau mayat menyelubungi bandar ini," kata Dr Hatta Ramli dari Balakot.

BALAKOT, Pakistan, 18 Okt (Hrkh)- Pasukan Sukarelawan PAS akan memberikan perkhidmatan di bandar Balakot, Pakistan yang telah 95 peratus bangunannya hancur akibat gempa bumi.

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yang kini berada di sana berkata, sembilan anggota sukarelawan PAS yang menyertai kumpulan pertama misi kemanusiaan PAS itu akan bersama dengan Yayasan Al Khidmat memberikan bantuan kepada penduduk bandar itu.

Dr Hatta berkata demikian dalam laporannya yang dihantar ke pejabat Harakahdaily melalui SMS.

Beliau bersama dengan Dr Dzulkifli Ahmad berada di Pakistan mulai 15 Oktober lalu untuk membuat persiapan bagi menentukan di mana pasukan sukarelawan PAS hendak memberikan khidmat mereka.

Hampir kesemua penghuni di bandar itu kini tinggal di khemah setelah rumah-rumah dan bangunan hancur musnah, kata Dr Hatta.

"Bau mayat menyelubungi bandar ini," kata beliau dari sana.

Yayasan Al Khidmat, yang bakal menjadi tuanrumah kepada kerja sukarelawan dari PAS ini, membina hospital lapangan di situ.

Tugas utama mereka kini adalah membuat pembedahan terhadap mangsa gempabumi yang mengalami banyak kecederaan di sana-sini.

"Team dari Malaysia akan membantu di sini di samping ke kawasan-kawasan pergunungan di sekitar bandar ini untuk mengesan mangsa yang sakit atau cedera," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Beliau mengingatkan, para sukarelawan ini akan berhadapan dengan cuaca yang sejuk sehingga menggigil terutama pada waktu malam.

Pasukan pertama sukarelawan PAS sampai di Pakistan 17 Oktober semalam dua hari selepas Dr Hatta dan Dr Dzuul sebagai pasukan peninjau smapa.

Mereka akan berada di sana sehingga 24 Oktober sebelum pasukan kedua akan sampai pada 26 Oktober.

Pasukan pertama diketuai oleh AJK PAS Pusat, Ir Amirudin Hamzah.
-ZS


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke