http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=8143
 
Oleh: zain y.s (Nov 11, 2002 - 04:28 AM)
(1)
Alhamdulillah, di Ramadhan al-Mubarak ini, Allah telah memberikan sedikit kesempatan kepada saya untuk menulis. Dan, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana al-ahkam online masih terus berada di dunia internet pada ramadhan kali ini, dan mudahan2 pada ramadhan2 mendatang.
 
Tulisan ini hanya sebagai "warm up" setelah lama bercuti… Dan insyaallah, jika tidak ada apa2 masalah saya akan cuba menulis di ruangan Fikrah ini seperti biasa. Namun tugas2 pengendalian al-ahkam berkemungkinan masih belum boleh saya jalankan.
----------------------
(2)
Bila orang bertanya kepada saya: "Ustaz ikut cara mana? Kaum tua atau kaum muda?"
Saya akan jawab, "Saya adalah genarasi baru Islam, tidak kaum tua dan tidak kaum muda. Berbalah itu adalah sesuatu yang amat buruk."
---------------------
(3)
Ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya setiap kali menyambut ramadhan al-mubarak. Ia berlaku mutakhir ini. Mungkin sejak pertengahan atau akhir tahun 90an.
Masjid2 di sebahagian tempat di Utara ini, sudah menjadi satu trend sembahyang tarawih 8 rakaat + 3 witir (=11 rakaat). Selesai sahaja imam memberi salam untuk rakaat ke-8, maka separuh dari jamaah akan keluar dari masjid. Kebanyakannya golongan muda.
Saya tidak tahu, samada trend ini berlaku di tempat2 lain di Malaysia ini.
Untuk pengetahuan, mereka yang bersembahyang tarawih 8 rakaat ini bukanlah terdiri dari aliran Kaum Muda, tetapi pemuda2 biasa yang ikut makan kenduri arwah, bertahlilan dan bermaulid-rasul..
---------------------
(4)
Cuba fikirkan.. Ketika kita berbalah cara mana yang sunnah dan cara mana yang bid'ah.. Ketika kita menuding jari kpd org lain.. Ini bid'ah! Muncul satu trend 8 rakaat (11 rakaat).
Saya tidak bercadang untuk membahas dari sudut hukum tentang hal ini. Kerana ini sudah banyak diperkatakan dan diberdebatkan.
 
Cuma ada beberapa kesimpulan yg boleh kita lihat:

Pertama: Ketika kaum tua mempertahankan caranya, anak-anak mudanya sibuk mempraktikkan cara kaum muda. Barangkali, nanti ada amalan2 lain termasuk barzanji, tahlilan dsbnya sudah tidak diambil perhatian oleh mereka. Bukan bermaksud mereka sudah tidak kuat agamanya, tetapi mereka ada tanggapan lain terhadap amalan ini.
 
Ini bermakna sebahagian dari amalan2 yang dipertahankan bukanlah sesuatu yang mesti. Maksudnya, bukanlah semua orang Islam mesti amalkan itu… Contoh: Orang Islam mesti amalkan kenduri tahlilan.. Mesti baca barzanji… Dsbnya..
 
Ia kadangkala amalan agama yang bukan asas yang berkait dengan budaya dan sistem masyarakat setempat. Contoh, kenduri tahlilan adalah untuk manfaat si mati. Ini adalah amalan agama. Manakala, kalau tak pergi ke kenduri, kita akan jadi kera sumbang. Ini adalah aktiviti sosial. Padahal untuk menyampaikan manfaat kepada si mati bukanlah mesti dengan mengadakan kenduri tahlilan. Dan bersosial pula bukanlah mesti hanya dengan pergi ke kenduri berkenaan sahaja.
 
Kerana ramai umat Islam di negara lain bahkan tidak mengenal apa itu kenduri arwah. Apa itu bacaan barzanji. Kalaulah ia sesuatu yang mesti diamalkan oleh umat Islam, di mana tanpanya Islam seseorang akan kurang atau tidak diterima, maka masyakat Islam dari negara yang tidak mengamalkan tahlilan sudah tentu begitu malang sekali.
 
Trend amalan orang-orang yang kuat beragama pada masa akan datang barangkali akan berubah dengan berubahnya cara dan gaya hidup masyarakat Islam. Bersosial mungkin bukan dengan kenduri tahlilan sahaja. Barangkali melalui aktiviti2 lain, spt usrah, qiyamullail dsbnya. Dan untuk menyampaikan pahala orang hidup kepada si mati, berkemungkinan dengan cara lain.. Bukan lagi dengan cara mengadakan majlis kenduri-kendara dsbnya.
 
Kedua: Sebelum ini kaum muda cuba membawa masuk amalan 11 rakaat, tetapi mendapat tentangan hebat dari kaum tua.
Tetapi bagaimana pula trend 11 rakaat yang dibawa oleh anak2 muda ini tidak diserang oleh kaum tua?
Ini bermakna ada yang tidak kena pada pendekatan yang digunakan sehingga menyebabkan kemarahan kaum tua.
Saya berpendapat, kalaulah cara serang dan ganyang oleh kaum muda tidak digunakan sebaliknya cara dan pendekatan golongan muda ini diserapkan pada perkara2 lain yang ditolak oleh mereka termasuk sifat 20, tawassul, talqin dsbnya, sudah tentu semua itu akan diterima 'secara resminya' sebagai sebahagian dari amalan yg tak perlu dihambat dan diserang.
Orang akan terima tidak bertalqin itu sbg sebahagian dari amalan sebahagian masyarakat yang perlu dihormati. Barangkali, tok imam akan tanya kpd waris: "Apakah mayat ini mahu ditalqinkan atau tidak?"
Setiap kali mahu memulakan kelas pengajian tauhid, si Ustaz akan bertanya, "Cara sifat 20 atau cara salafi.."
-----------------
(5)
Banyak perkara yang cukup buruk di dunia ini, antaranya ialah berbalah sesama sendiri!


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke