SUASANA DI PARSI SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.

Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.

Oleh: Pak Ngah

Parsi merupakan salah satu dari dua kuasa besar yang dikagumi dan digeruni sebelum kedatangan Islam. Negara Parsi walaupun menjadi kuasa besar dunia di samping Rom serta dianggap paling maju dari aspek kebendaan dan falsafah tetapi tanpa aqidah yang benar dan sahih maka mereka telah mencipta falsafah yang karut dan menyesatkan kerana tanpa bimbingan agama yang benar. Mereka terkenal sebagai penganut agama Majusi iaitu menjadikan Api sebagai Tuhan yang mereka sembah.

Di antara falsafah mereka ialah Zoroaster yang menjadi pegangan golongan bangsawan di Parsi. Ajaran ini memberi kelebihan kepada orang-orang yang berkahwin dengan ahli keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya. Masyarakat kita mengenali perkara ini sebagai sumbang mahram. Mereka berkahwin dengan ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. Malah pemerintah mereka yang bernama Yazdegerd ke-2 (651M) yang memerintah dipertengahan abad ke-5 telah berkahwin dengan puterinya .

Di Parsi juga lahir ajaran Mazdak yang mengistiharkan bahawa manusia itu hendaklah bebas di dalam memakai dan menggunakan apa sahaja termasuklah segala harta dan perempuan semuanya menjadi halal dengan tidak ada apa-apa batas sempadan pun.

Di Parsi juga lahir suatu kepercayaan yang dikenalai dengan nama 'Hak Ketuhanan Yang Suci' iaitu menurut keyakinan ini raja-raja adalah bayangan Tuhan di atas Mukabumi. Maharaja Parsi mendakwa bahawa dalam diri mereka mengalir darah Tuhan. Oleh itu rakyat hendaklah mempersucikan dan memuja mereka sebagai Tuhan.

Apa saja perbuatan yang dilakukan oleh Raja walaupun perbuatan jahat, hendaklah dianggap mulia dan baik. Rakyat dipaksa memberi ketaatan kepada Raja seperti taatkan Tuhan.

Di Parsi juga wujud berbagai-bagai cukai yang membebankan rakyat seperti cukai ke atas tiap-tiap jiwa, cukai pakaian, cukai perabut, cukai orang mati dan sebagainya cukai yang menindas rakyat.

Kedatangan Islam hanya mengenakan cukai yang sedikit iaitu jizyah bagi mereka yang tidak mahu menganut agama Islam yang jauh lebih rendah dari cukai yang dikenakan oleh pemerintahan Parsi yang zalim.

Tentera Islam memberi pilihan kepada rakyat Parsi dan wilayah-wilayah yang ingin ditakluki iaitu:

  1. Masuk Islam dan mereka akan dapat hak dan kewajipan sebagai warganegara empayar Islam.
  2. Membayar Jizyah iaitu cukai yang diwajibkan atas setiap individu kecuali kanak-kanak dan orang tua. Apabila membayar jizyah, mereka dapat menikmati dan menggunakan alat kelengkapan Negara seperti warga Muslim seperti pengairan, polisi dan lain-lain.
  3. Berperang sekiranya tidak mahu memenuhi kedua-dua syarat di atas.

Wallahu a'lam….

-
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke