TAKZIAH KEPADA ONG KA TING...Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub bersama dua lagi anggota Parlimen PAS, Abdul Fatah Harun dan Dr Muhamad Hayati menziarahi Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting bagi mengucapkan takziah di atas kematian ibu beliau, Toh Kim Eng, 86. Mendiang Toh Kim Eng meninggal 23 Oktober lepas kerana sakit tua. Foto Wan Zahari.
 
Ketua Pemuda PAS ziarah, ucap takziah kepada Presiden MCA
Tuesday, October 25 @ 16:40:42 MYT


Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub petang ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Toh Kim Eng, ibu kepada Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting, yang meninggal dunia semalam, di Damansara Jaya, dekat sini.

Salahuddin, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menziarahi mendiang Kim Eng bersama ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman, dan ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun.

Mereka yang tiba kira-kira jam 2 petang, disambut oleh abang Ka Ting, Ong Ka Chuan, yang juga Setiausaha Agung MCA.

Mereka turut menandatangani buku takziah yang disediakan di situ.

Kim Eng, 86, meninggal dunia jam 5 pagi kerana sakit tua dan meninggalkan 11 anak dan 31 cucu dan cicit.

Jasadnya akan dikebumikan di Taman Peringatan Nilai Memorial pada 10 pagi esok. – lanh


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke