Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
& orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

InsyaAllah, tidak berapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal. Hari yang
kita namakan sebagai Aidilfitri ini adalah hari yang kita tunggu2 pada
setiap tahun. Inilah harinya kita merayakan kemenangan. Kemenangan
menentang hawa nafsu. Nafsu makan, nafsu minum, syahwat dan segala2nya pada
siang hari Ramadhan. Akan tetapi, benarkah ini hari kemenangan? Atau,
layakkan kita meraikan kemenangan di hari tersebut?

Semakin tahun, rasanya saya semakin malu untuk menyambut hari raya. Malu
bukan kerana kurang kemampuan sebaliknya malu kerana rasanya saya tidak
layak untuk merayakan kemenangan. Entahlah. Rasanya darjat puasa saya
terlalu rendah. Entahkan diterima entahkan tidak. Jangan2 puasa saya hanya
sebagaimana yang disebut oleh Baginda saw ‘hanya sekadar mendapat lapar dan
dahaga’.

Orang yang berpuasa diwajibkan menahan diri bukan sahaja daripada makan &
minum bahkan dari segala jenis syahwat. Selain itu, kita juga diwajibkan
berpuasa mulut, daripada mengumpat dan mengata, berpuasa telinga, daripada
mendengar perkara yang sia2, maksiat dan keji serta berpuasa mata daripada
melihat apa2 yang mengurangkan pahala puasa. Malah sebahagian ulama
berpendapat, mengumpat & mengata itu membatalkan puasa.

Akan tetapi lihatlah keadaan diri kita. Dalam berpuasa masih lagi sempat
mengata orang lain. Dalam berpuasa masih lagi sempat mendengar dan melihat
perkara keji. Dan apa yang lebih nyata, ketika puasa inilah kita ‘membelai’
nafsu kita dengan makanan yang enak2 hinggakan terjebak kepada pembaziran.
Jika ketika Ramadhan syaitan diikat, kita pula yang mengamalkan amalan
mereka. Bukankah membazir itu amalan syaitan?

Jika benar 1 Syawal itu tarikh kemenangan, saya rasa saya tidak layak
merayakannya. Kerana rasanya saya telah tewas sepanjang Ramadhan ini. Bukan
setakat mengamalkan apa2 yang boleh menjejaskan puasa, bahkan sering saya
mengabaikan peluang berbuat kebajikan & amal soleh. Di manakah letaknya
kemenangan kita? Adakah dengan sibuk membuat atau membeli kuih raya hingga
lima enam belas jenis? Atau pada baki lauk pauk untuk berbuka semalam?

Wallahu ‘alam. Namun, Ramadhan masih belum berakhir. Ketika saya menulis
artikel ini, baru 20 hari kita berpuasa. Masih ada baki 10 atau 9 hari lagi
untuk kita, saya dan anda semua, memperbetulkan puasa kita dan menambah
amalan2 kita. Moga2 Allah sudi menerima apa yang kita perbuat walaupun
secara terang kita amat jauh dari amalan sebagaimana yang Nabi saw
anjurkan. Jika tidak kita, sekurang2nya diri saya sendiri.

Seorang kawan saya berkata, dia telah kehilangan 3 kg semenjak berpuasa.
Alhamdulillah. Kemudian dia bertanya kepada saya pula. Saya katakan saya
tidak tahu. Dan saya tidak mahu tahu. Bagi saya berpuasa bukan untuk
menurunkan berat badan. Berpuasa hanya kerana Allah. Takut nanti, jika
matlamat saya untuk mengurangkan berat, bila berakhir Ramadhan, saya dapat
berat idaman tetapi kehilangan pahala. Kerana telah ‘dibayar’ dengan
penurunan berat badan.

Diriwayatkan, pada Hari Qiamah nanti, Allah akan memanggil 3 orang. Orang
yang pertama adalah seorang yang mati syahid. Lalu disebutkan nikmat2 yang
telah diterimanya ketika didunia dan ditanya apakah yang dia perbuat dengan
nikmat itu. Maka menjawablah dia bahawa dia telah berjuang pada jalan Allah
sehinggakan syahid. Lantas Allah mengatakan dia berdusta dan sebenarnya dia
berjihad supaya orang akan mengatakan dia seoranga pahlawan.

Oleh kerana dia telah dipanggil sebagai pahlawan, maka tidak ada lagi
kebaikannya dan dia pun dicampakkan ke neraka. Orang kedua, seorang alim
juga ditanyakan juga soalan yang sama. Maka berkatalah dia bahawa dia telah
mengajarkan ilmunya kepada orang ramai juga mengajar orang membaca al-Quran
demi keredhaan Allah. Maka dia juga diselar sebagai penipu kerana dia
sebenarnya berbuat demikian supaya dia digelar sebagai alim dan itu
telahpun diperolehi.

Orang ketiga pula adalah seorang hartawan. Maka jawapannya bagi soalan
tersebut ialah bahawa tiada satupun hartanya tidak dibelanjakan pada jalan
Allah. Maka dia juga digelar penipu kerana sebenarnya dia berbuat demikian
untuk dikatakan sebagai dermawan. Itu juga telah dia perolehi. Maka ketiga2
manusia ini diheret dengan keadaan muka terlangkup ke bawah dan dicampakkan
ke dalam api neraka. Masya Allah…

Maka agaknya, jika kita ditanya mengapakah kita berpuasa, lalu kita jawab
kerana Allah, adakah kemungkinan kita akan diselar sebagai penipu? Mungkin
Allah akan berkata bahawa sebenarnya kita berpuasa kerana hendak menurunkan
berat badan dan itu telahpun kita perolehi? Mungkinkah kita juga akan
diheret dengan muka terlangkup ke bawah dan dicampakkan ke dalam neraka
seperti mereka bertiga? Cubalah jawab sendiri. Wana’uzubillah…

Di bulan Ramadhan ini Allah telah menjanjikan sebuah malam yang teristimewa
yang terdapat pada 10 malam terakhir. Malam ini disebut sebagai malam
Laylatul Qadr. Besarnya malam Laylatul Qadr ini sehingga disebut di dalam
al-Quran sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah.
Bermakna, jika kita beramal pada malam ini, seumpama kita beramal selama
seribu bulan. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah.

Diriwayatkan, Baginda Nabi saw telah mendengar akan kisah usia umat2 nabi2
terdahulu yang umur mereka panjang2 belaka. Maka Nabi saw yang amat
menyayangi umatnya itu bersedih mengenangkan umatnya yang berusia pendek.
Bagaimanakah dapat menandingi amalan umat2 nabi2 terdahulu yang rata2
umurnya mencecah 100 tahun. Maka dengan itu Allah mengurniakan Laylatul
Qadr kepada umat Muhammad saw.

Satu malam Laylatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Dan seribu bulan
itu bersamaan 83 tahun 4 bulan. Bermakna dengan amalan pada satu malam ini,
kita seumpama beribadah selama 83 tahun 4 bulan. Dan seandainya usia kita
63 tahun dan telah mendapat peluang beribadah pada malam Laylatul Qadr
selama separuh dari usia kita, bagaimana? Umat siapakah yang lebih banyak
amalannya?

Atas sifat kasih Nabi Muhammad saw, maka kita diberi peluang yang sungguh
hebat ini. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengambil peluang? Saya
sendiri rasanya selama hidup ini lebih banyak tidur pada malam2 terakhir
Ramadhan daripada bangun beribadah. Inilah sifatnya orang yang dungu dan
bebal. Semoga Allah mengampuni saya. Namun bilakah malam yang tepat
Laylatul Qadr itu, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Saudara2ku, dalam menghampiri Syawal yang nyata menggembirakan hati ini,
marilah kita jenguk sebentar kepada saudara2 kita yang serba kekurangan.
Tanyakanlah khabar mereka dan adalah lebih baik jika dapat kita membantu.
Mereka juga berperasaan sama seperti kita. Ingin beraya, berpakaian elok
dan makan makanan yang terbaik di pagi 1 Syawal nanti. Ayuhlah. Janganlah
kita terlalu memikirkan tembolok kita sendiri sahaja.

Juga marilah kita kenangkan mereka yang kehilangan ahli keluarga mereka
dalam bulan yang mulia ini. Saya sendiri kehilangan seorang sahabat yang
saya kasihi. PM kita, Saudara Lutfi Othman dan juga keluarga pelakon Ismail
Din turut merasakannya. Juga orang2 lain yang tidak sampai ke pendengaran
kita berita kematian mereka. Tentu sekali Aidilfitri tahun ini tidak
semeriah tahun2 yang sudah dengan kurangnya seorang dari orang2 yang mereka
kasihi.

Benar Aidilfitri hari untuk kita bergembira. Benar Aidilfitri hari untuk
kita meraikan kemenangan. Namun, saat kita gembira pasti masih ada yang
berduka. Maka jalankanlah hak kita sebagai muslim untuk ketawa dan menangis
bersama terhadap saudara muslim kita yang lain. Jika kita gembira, belum
tentu orang lain gembira. Kita sendiri tidak tahu sampai bila kegembiraan
kita. Tahun depan giliran siapa pula untuk berduka?

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
terutama kepada rakan2 seperjuangan, rakan2 penulis, rakan2 sekerja dan
juga mereka yang tidak jemu2 menghantar emel menyatakan sokongan dan minat
terhadap tulisan saya. Alhamdulillah… Segalanya adalah kurniaan Allah
semata2. Namun sokongan yang anda berikan juga banyak membantu saya
menulis.

Juga kepada mereka yang kurang atau langsung tidak menggemari tulisan saya,
ribuan ampun dan maaf saya pohonkan. Kita mungkin berbeza pendapat namun
kita percaya kepada Tuhan, Malaikat, Kitab dan Rasul yang sama. Maka atas
semangat itu, saya pinta agar segala salah silap dan terkasar bahasa yang
telah saya lakukan mendapat kemaafan. Semoga selepas ini kita mampu
berbincang dengan lebih berhikmah lagi.

Juga kepada mereka yang tidak dapat beraya di kampung bersama keluarga
seperti pasukan keselamatan, pelajar2 yang belajar di luar negara juga
petugas di luar pesisir (offshore) dan yang lain2nya tidak kira di mana jua
anda berada. Semoga Allah memberkati pengorbanan yang anda lakukan ini.
Semoga Allah membalas dengan sebaik2 balasan buat anda semua. Sesungguhnya
Allah itu Sebaik2 Pemberi Balasan.

Akhir sekali, untuk kesemua mereka yang membaca posting ini. Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa. Saya hanya berkongsi sedikit pengetahuan dan
semoga kita beroleh kebaikan daripadanya. Bukan menunjuk pandai atau sibuk
mengatakan orang lain. Saya hanya mengingatkan diri saya khasnya dan
saudara2 sekalian secara amnya. Semoga Allah memberkati kita atas usaha
yang sedikit ini.

‘SELAMAT HARI RAYA AILDIL FITRI 1426H. MAAF ZAHIR DAN BATIN.’

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-

Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED]

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke