Assalamualaikum warahmatullah...

Bukankah lebih elok memulakan bicara dengan salam? Kerana salam ini hanya
diturunkan kepada mukmin...

Anda betul la... memang anda betul bila kata nanti ada orang terkeliru.
Kerana anda sendiri orang yang terkeliru. Yes... Nak bebaskan diri dari
subsidi? Bagus... Anda mampu. Bagaimana dengan Pak Mat yang duduk di
Segamat yang kerjanya hanya menoreh getah dengan pendapatan RM10 sehari.
Bagaimana dan Mak Timah, ibu tunggal yang menyara 5 anaknya dengan menjual
kuih di pagi hari?

Bukan cakap besar. Tapi naiklah harga minyak hingga RM2.50 seliter pun
insyaAllah saya masih mampu dengan kedudukan saya sekarang. Tetapi cuba
fikirkan orang lain. Orang2 yang sengaja direndahkan pengetahuannya melalui
propaganda media eletronik dan cetak. Orang yang terpedaya dengan
mengatakan ini kerajaan yang mampu membela mereka tetapi sebenarnya memeras
mereka.

Saudara ambil kira kesan ke atas ekonomi negara semata2. Bagaimana dengan
kesan terhadap kehidupan sosial? Seorang bapa, terpaksa menangung 6 orang
anak. Dengan kenaikan harga barang yang melampau2, kesan dari kenaikan
harga minyak, si bapa terpaksa bekerja lebih masa. Si ibu juga terpaksa
bekerja dan meninggalkan tanggungjawab kepada anak yang sulung.

Bagaimana kisah seterusnya? Fikirkanlah sendiri. Dah banyak terjadi di
seluruh negara. Manakala ibu bapa yang muda pula mengambil keputusan untuk
mengurangkan bilangan anak kerana bimbang tidak mampu. Maka jadilah 1
tambah 1 sama dengan 1. Apa kesannya? Akhirnya, orang Melayu semakin tidak
mampu dan semakin mengecut bilangannya. Manakala bangsa yang asalnya
pendatang yang tetap mampu akhirnya menjadi majoriti.

Manakah lebih utama? Agenda bangsa agenda tembolok pemimpin? Saudara dengan
'tenang' katakan duit Petronas disalurkan untuk bahagian lain
kemasyarakatan. Cuba senaraikan bahagian lain tersebut? Cuba? Tidak... Duit
Petronas telah digunakan untuk pilihanraya baru2 ini. Termasuk untuk
membayar calon pembangkang supaya menarik diri. Ingat UMNO ade duit RM4j?

Nak tanya pakar pasal GDP boleh tapi siapa pakar tu? Sedangkan ulama boleh
dibeli (Mashitah & Firdaus, sebagai contoh). Begitu juga hakim2. Bagaimana
pula pakar2 yang memang bekerja untuk duit itu? Tak payah la. Kan saya dah
kata. Ianya adalah laungan propaganda politik untuk membutakan mata rakyat
dan seteusnya mengelirukan mereka. Contoh terbaik adalah saudara sendiri.

Nak kurangkan kos kononnya kena kurangkan gaji saya. Kalau ada jaminan
dengan kurangnya gaji saya semua barang akan turun harga, saya sanggup!
Demi Allah saya sanggup. Biar saya susah di dunia asalkan saya senang di
akhirat. Itu juga satu pengorbanan dari saya. Dan KERANA SAYA BUKAN SEPERTI
PEMERINTAH YANG DALAM MERUNGUT KEKURANGAN BAJET TETAP NAK NAIKKAN GAJI
MENTERI.

Kenapa tak turunkan gaji para menteri dulu? Kenapa Pak Lah, Najib dan Hamid
Osman yang sibuk promosi Islam Hadhari taknak ikut macam khalifah dulu2
yang menjadi semakin miskin selepas bergelar khalifah? Kenapa menteri2
mesti pakai kereta besar, ada bodyguard, rumah besar dan sebagainya?
Kenapa? Itu duit siapa? DUIT SIAPA??? Duit anda, duit saya, duit petronas
dan duit kita semua. Yang pasti bukan duit mereka.

Jika kerajaan telah menurunkan gaji para menteri, telah memotong banyak
perbelanjaan tidak perlu seperti promosi pemberian percuma dadah, kondom
dan jarum suntikan tu, kalau kerajaan dah betul2 gunakan duit Petronas pada
jalan yang benar, dan kemudian terpaksa juga menaikkan harga minyak,
rasanya rakyat takkan bersungut. Kerana telah nampak di mata apa yang
mereka usahakan.

Saudara kata pilih pemimpin lain? Memang saya buat. Dan ramai orang buat.
Tapi kalau dah terjadi macam peristiwa di Terengganu di mana beberapa buah
bas pengundi hantu ditahan, kalau dah jadi kes seperti di Terengganu juga
di mana rakyat disuap dengan wang 'kononnya' ehsan, kalau dah terjadi
seperti di Selangor di mana SPR membantu BN dengan menutup lewat tempat
mengundi, kalau dah terjadi seperti di Kuala Lumpur di mana kertas undi
yang terpangkah calon pembangkang dijumpai dalam tong sampah dan kalau dah
terjadi seperti di tempat2 lain di mana orang yang dah berbelas kali
mengundi di kawasan itu tiba2 tercampak ke bukan kawasan lain sebaliknya
negeri lain, bagaimana caranya hendak menewaskan mereka? Revolusi? Tak
mungkin... Dari zaman Hang Tuah lagi orang Melayu pengecut angkat senjata.
Hingga terpaksa tandatangan Pakatan Murni sebab takut sangat berperang.
Akhirnya, jadilah kita seperti anak Palestin di bumi Malaysia Merdeka.

Raya raya juga. Tapi ingat mereka yang serba kekurangan. Kalau orang yang
sebelum naik harga minyak pun dah tak mampu nak beraya, bagaimana mereka
nak beraya tahun ni? Tahun depan, selepas minyak naik lagi nanti? Jangan
pentingkan diri sendiri. Cuba ingat orang lain. Kita mampu takkan mampu
selamanya. Tiba2, kita yang dok sokong orang tarik subsidi ni, kena buang
kerja pulak. Ha... Baru tau masa tu camne rasa orang yang susah hari ni.

Terfikir pulak. Kalau Islam Hadhari ni diamalkan oleh para sohabat dan
Rasulullah saw sendiri, kenapa Pak Lah tak berbuat seperti para sohabat
yang berkeliling kota mencari orang susah bahkan sanggup belapar untuk
orang lain ketika mereka menjadi khalifah? Agaknya orang yang dok sayang
sangat kat kerajaan ni dan dok sokong sangat Islam hadhari ni boleh jawab
kot? Wallhu'alam...

Apa2 pun, macam orang Melayu yang lain, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir
Batin...

Wassalamualaikum...

- Abu Naqibah -



                                                                                
                                                        
                      "asetip"@hoespc11.na.                                     
                                                        
                      xom.com                        To:      
<[email protected]>                                              
                      Sent by:                       cc:                        
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: FW: Bismillah 
[hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak                        
                      s.com                                                     
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      10/19/2005 05:22 PM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



Memanglah Petronas buat duit, tapi sebahagian tu dah jadi subsidi ke
rakyat. Kerajan nak kurangkan subsidi minyak sebab nak salurkan ke
bahagaian lain kemasyarakatan etc.

Petronas buat deep sea exploration pun sebab nak dapatkan lebih minyak,
salah satu daripada langkah untuk "energy security". Tapi jangan sebab
jumpa telaga minyak baru then kita sudah fikir nak minta subsidi jer.
Penemuan telaga minyak baru merupakan bonus dan dlm masa yang sama kita
kena berusaha memajukan diri sendiri dan bebas dari subsidi minyak.

Pasal nak compare dengan harga barangan lain dgn Malaysia. Kita buat
comparison pasal minyak bukannya barangan lain. Kalau anda nak barangan
lain juga turun maka semua orang terutamanya pengeluar kena turunkan harga
barangan, gaji kena turun (itu pun kalau anda bersedia), harga barang
mentah tempatan kena turun, harga barang metah import sudah pasti tak boleh
turun! (kecuali kena subsidi - subsidi lagi). Tapi, masalahnya, macamana
nak turunkan kos? Sanggup ke anda selama ni bertani jual sayur RM10/sebakul
tiba-tiba nak kena jual RM2/sebakul? Jangan marah-marah. Kalau anda nak tau
kenapa pergilah bertanya kat pakar ekonomi. Ianya ada kaitan dengan GDP dan
economi balancing. Negara mana yg ada GDP tinggi tapi living cost rendah.
Besok kalau Indonesia dan Vientnam sudah mencapai tahap ekonomi dan GDP
seperti kita, sudah tentu RM100 yang anda katakan itu sudah jadi tidak
cukup.

Tapi yang pasti kecekapan tenaga merupakan salah satu measurenya.

Beginilah, di bulan mulia ni tak perlu lah marah-marah. Nak lagi
terperinci, pergilah tanya pihak berkenan yang berwajib. Tak baik buat
provoke kat sini yang boleh mengelirukan orang ramai. Apa yang anda kata
itu mungkin betul dimata anda tapi kurang tepat di mata orang yang pakar
dan mahir.

Mesti ada sebab yang anda kurang paham so, bertanyalah pada mereka yang
lagi arif.

Pasal masuk "duit masuk kocek" ni, saya no komen. Itu hanya Tuhan yang tau.
Saya takut mencampurinya kerana tidak arif dan tahu terperinci
berkenaannya. Takut nanti tersalah membuat fitnah.

Kalau tidak suka pengurusan petronas, kenapa tidak tukar sahaja. Pemimpin
tidak bagus kenapa tidak tukar saja. Kan kata kerajaan dipilih oleh rakyat,
so pilih lah yang mana anda suka dengan proses pemilihan yang ada. Carilah
kerajaan yang masing-masing rasa lebih adil. Bukan macam tu? Paling tidak
kena berusaha bersungguh-sunguh dan menjadi contoh pemimpin yang adil. Buat
macam apa yang kita katakan kearah keadilan.

Minta maaf ler di bulan puasa ni. Tapi saya rasa penerangan selama ni sudah
diberi. Maka, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya. Cara
terbaik untuk menilai ialah dengan berusaha dan membuat research
mengenainya. Setelah itu, terpulanglah. Anda dengan pemikiran anda, saya
dengan pendapat saya. Saya tetap dengan pendapat saya bukan kerana hendak
menyokong penipuan politik, tapi lebih ke arah membaiki diri sendiri
membebaskan diri dari subsidi, dan mengamalkan kecekapan tenaga. Kalau anda
masih macam tu, itu hak andalah. Kita sudah berbincang dan cukup takat ini.
Ikut kata hati masing-masing. Tak perlulah bising-bising sebab nanti ada
orang yang lagi keliru...

Sekian . Terima kasih dan minta maaf sekali lagi.

asetip




             -----Original Message-----
             From: ruzaihan.junit [mailto:ruzaihan.junit]
             Sent: Fri 10/14/2005 9:25 AM
             To: [email protected]
             Cc:
             Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links













------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke