Telah beberapa purnama Ayah Pin meninggalkan kita tanpa sebarang berita. Ura-ura Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan dilangit mungkin faktor utama mengapa sehingga berita ini ditaip pehak berkuasa agama semacam sepi sahaja untuk menangkapnya.
Lainlah kalau Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan di muka bumi ini. Mungkin pehak berkuasa agama termasuk Jakim akan lebih aggresif untuk menangkapnya. Semacam ada pilih kasih pehak berkuasa agama terutama Jakim dalam menjalankan tugas mereka!
Masyarakat umumnya sudah maklum akan berita Ayah Pin terkeluar dari agama Islam. Dengan berita audio video dan keratan akhbar yang menunjukkan cara sembahyang Ayah Pin macam mirip sami Hindu. Semacam membawa erti bahawa Ayah Pin penganut agama Hindu.
Jadi dengan dwi perayaan yang hampir sama tarikh sambutannya antara Deepavali dengan Hari Raya Aidil Fitri,sudah pasti melambai kepada Ayah Pin agar pulang kepangkuan keluarga dan pengikutnya yang tercinta.Ayah Pin bebas hendak merayakan mana-mana perayaan mengikut seleranya atau kedua-duanya serentak.
Tetapi kalau mengikut Fatwa Mufti negeri Perak yang tidak diwartakan, haram menyambut DeepaRaya serentak? Tak tahulah sejauh mana kebenaran Fatwa Mufti tersebut. Tetapi memandang ramai dikalangan pemimpin UMNO turut merayakan sambutan DeepaRaya. Sebagai menghormati pemimpin Barisan Nasional.Semacam Fatwa Mufti Perak yang tidak diwartakan macam cakap-cakap tak laku! Semacam layak di bakul sampahkan sahaja!
Kasihan Mufti Perak. Sejak akhir-akhir kewibawaan pehak berkuasa agama sering dipertikaikan.Tidak menghairankan sebab mereka ibarat Ulamak makan gaji.Masyarakat semakin ramai yang tidak peduli. Tambahan pula ramai Mufti atau Ulamak berfahaman Wahabi.Tetapi bab Fatwa yang mengatakan bab merokok haram oleh kerajaan Arab Saudi tidak pulak pehak Mufti hormati! Sebab ramai kalangan Ulamak termasuk Mufti yang mengeluarkan Fatwa DeepaRaya pun pernah merokok! Tak tahulah perkembangan terbaru , mungkin mereka sudah berhenti merokok.
Berbalik pada pehak berkuasa agama , janganlah terleka menyambut Hari Raya sampai kehadiran Ayah Pin ( jika benar dia pulang) tidak disedari oleh pehak berkuasa agama. Kalau ayah Pin pulang tanpa disedari oleh pehak berkuasa agama takut nanti masyarakat umum kata pehak berkuasa agama tak reti nak buat kerja. Pehak berkuasa agama semacam dihinggapi penyakit sindrom selamba je! Tak tahu nak buat apa-apa. Semua diserah pada pehak keselamatan seperti Polis dan Tentera.
Kalau macam tu baiklah ditukar pegawai-pegawai pehak berkuasa agama. Yang dapat berkhidmat dan membimbing pada masyarakat tanpa sekatan waktu dan tanpa mengira bayaran upah dan gaji.Cukuplah keredhaan Allah sebagai 'elaun' khidmat mereka pada masyarakat.
Kalau masih lagi tidak dapat menangkap ayah Pin , apa kata pehak berkuasa agama termasuk Jakim menggunakan khidmat Skylab yang menjumpai helikopter kat Sarawak tempoh hari. Dengan kepakaran pehak Skylab dengan izin Allah,berjaya juga menjumpai bangkai helikopter tersebut yang hilang hampir 3 minggu.Yang mana sebelumnya masih gagal ditemui biarpun dengan menggunakan teknologi canggih seperti helipkopter yang mampu mengesan hatta wang syiling 10 sen sekali pun.Tetapi masih gagal sehinggalah dengan bantuan Skylab!
Semoga pehak berkuasa agama berjaya dalam misi mereka !!! Kalau tidak penat jer pehak kerajaan memperhabiskan wang rakyat untuk membayar gaji mereka. Malang sekali rakyat Malaysia wang kerajaan dihabiskan begitu sahaja untuk membayar gaji pehak berkuasa agama tetapi tidak sensetif dengan tuntutan agama. Macam makan gaji buta jer mengikut loghat utara. Tunggulah ' habuan' anda diakhirat nanti.
Wassalam.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
