From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tue, 8 Nov 2005 02:55:12 -0800 (PST)
Date: Tue, 8 Nov 2005 02:55:12 -0800 (PST)
(Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari Selasa diberitahu bahawa bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Sharif Jajang merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB).
Penolong Pengurus Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Kelantan Nor Azman Noh, 37, berkata Laporan Tahunan KSB bertarikh 12 Mei 1997 dan 13 April 1998 menunjukkan bahawa Mohamed Sharif memiliki pegangan saham terbesar individu iaitu sebanyak 111,875 unit daripada senarai 20 pemegang saham terbesar syarikat berkenaan.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) Zulkarnain Hassan pada perbicaraan hari pertama Mohamed Sharif, 62, yang menghadapi tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang, lapan tahun lepas.
Mohamed Sharif dituduh melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kedudukan awam bagi faedah dirinya iaitu telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat KSB di mana Mohamed Sharif mempunyai kepentingan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 16 Jun 1997, ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil yang dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang.
Tuduhan mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nor Azman yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata dua dokumen itu merupakan antara beberapa salinan dokumen berkanun mengenai KSB yang diserahkan kepada Penguasa Kanan BPR Putrajaya M.Kanakaraja, 42, semasa pegawai itu menemuinya di pejabat berhubung kes membabitkan KSB dan IKMAS.
Perbicaraan yang turut menarik perhatian ramai itu menyaksikan pihak pendakwaan mengemukakan sebanyak 12 salinan dokumen sebagai bahan kes untuk diteliti oleh saksi berkenaan.
Terdahulu, Nor Azman berkata butiran salinan rekod mengenai pengarah dan setiausaha KSB bertarikh 31 Mac 1992 menunjukkan bahawa Mohamed Sharif, Md Som Osman dan Mohd Yusof Dahlan ialah pengarah syarikat itu dan Mohamed Sharif dilantik menjadi pengerusi syarikat berkenaan pada 3 Mac 1992.
Nor Azman berkata butiran rekod mengenai pengarah dan setiausaha KSB bertarikh 11 Jun 1997 bagaimanapun menunjukkan bahawa Mohamed Sharif telah meletak jawatan sebagai pengarah syarikat berkenaan dan pada tarikh yang sama anaknya Shahrum telah dilantik sebagai salah seorang pengarah KSB.
Mohamed Sharif diwakili Datuk Muhammad Shafee Abdullah dengan dibantu Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar disambung esok.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 11/08/2005 06:54:00 PM
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
