Menyambung puasa enam - Hari raya kedua
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
KEUTAMAAN Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Malah begitu besar ganjaran dan pahala yang Allah s.w.t janjikan kepada hamba-Nya yang menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan keinsafan.
Sementelah itu, bagi mengecapi nikmat kebesaran Ilahi, ada yang menyambung kembali puasa pada hari raya kedua selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi yang menjadikan puasa enam sebagai satu amalan, mereka merasakan ia adalah satu kewajipan yang harus dilaksanakan setiap tahun.
Pendapat Puteh Shaari, 59, yang mesra dengan panggilan Kak Ju, puasa enam dapat mendidik sifat sabar dalam dirinya kerana ketika orang lain bergembira dengan menghadiri rumah terbuka dan menikmati makanan yang enak, sebaliknya beliau menunaikan puasa enam bermula hari kedua.
"Itu kira satu dugaan sebab kita berpuasa dan orang lain makan. Kalau bulan Ramadan berbeza, sebab kita sama-sama berpuasa.
''Tapi alhamdulillah, Kak Ju mula amalkan puasa enam sejak belum kahwin lagi dan mendalami fadilatnya ketika Kak Ju masuk ke tingkatan khas sekolah agama," cerita beliau yang mula berpuasa sunat seawal usia 13 tahun kerana mengikut ibu bapanya yang selalu mengamalkan puasa sunat Syawal.
Membesar di kampung dan tinggal serumah bersama datuk dan nenek yang amat menitik beratkan pendidikan agama, turut mempengaruhi Zaihan Shafie, 61, mengamalkan puasa enam dan diteruskan hingga ke hari ini.
Acap kali melihat Zaihan atau dipanggil Makcik Han berpuasa sunat Syawal, anak-anaknya turut mengikut langkahnya dengan berpuasa enam.
"Kami sekeluarga cuba berpuasa pada hari kedua. Kalau tak boleh, kami cuba cari hari lain yang bersesuaian, janji pada bulan Syawal.
Puasa
''Apabila dah selesai puasa enam, kami sekeluarga sama-sama menyambut hari raya buat kali kedua pula. Tapi tak dibuat secara besar-besaran macam sambut Hari Raya Puasa," ujar Makcik Han yang mempunyai tiga orang anak.
Bagi Ijah Saud, 64, pada peringkat awal, beliau hanya berpuasa mengikut hari-hari tertentu sahaja jika ada kelapangan pada bulan Syawal.
Selepas anak bongsunya berusia lima tahun, Makcik Ijah mula mengamalkan puasa enam hari berturut-turut setiap tahun dan tidak pernah meninggalkannya.
"Mula-mula dulu memang puasa lompat-lompat. Tak kisahlah janji cukup enam hari dalam bulan Syawal. Kalau muda-muda dulu, tak boleh nak cukup puasa sebab kadang-kadang uzur. Jadi sekarang, dah tak ada masalah. Lagipun anak-anak semua dah besar," cerita nenek kepada 22 orang cucu ini.
Major Zulkifli Mohamad, 36, yang bertugas di markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Pertahanan, mula mengamalkan puasa enam setelah beliau menyedari pahalanya cukup besar ketika masih belajar dalam tingkatan lima.
"Bila sudah berkahwin, isteri pun ikut sama berpuasa. Selalunya kami mula berpuasa bila pulang dari kampung. Berpuasa seorang kalau tak berteman siapa nak sediakan sahur untuk saya?
''Kalau di kampung, orang selalu datang dan nanti kita serba salah nak puasa ataupun tidak," kata beliau yang merupakan bapa kepada dua orang anak ini.
Syaryanti Hussin, 30, pula mula berpuasa enam sejak bekerja sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Kebiasaannya cuti yang panjang memberi peluang kepada beliau menghabiskan puasa enam di kampung.
"Kalau balik dari kampung, susah sikit sebab banyak jemputan untuk rumah terbuka. Walaupun ia hanya ibadah sunat, tetapi kalau ada jemputan rumah terbuka, kita akan rasa serba salah.
''Jadi, saya pastikan, dapat puasa enam di kampung sampai habis. Kalau sempat, boleh buat puasa ganti sekali," ujarnya yang menyambut hari raya di Wakaf Baru, Kelantan.
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
