Sememangnya begitulah dalam mana mana pertembungan 2 atau lebih pihak yang bertentang dan yang bertemu dalam pentas yang sama, maka masing masing cuba meraih seberapa banyak sokongan yang boleh. Di medan politik ini dan di pentas DUN12, Pengkalan Pasir, maka bertemulah dua pihak, masing masing mengaku diri jaguh dalam pendirian masing masing.
 
PAS yang mempertahankan kerusi ini bediri di atas pendirian agama seperti yang lazim ia lakukan pada setiap pilihanraya samada kecil atau besar. Setelah lebih dari 2 penggal parlimen PAS memerintah negeri Kelantan dan mereka sendiri mengaku kelemahan yang terdapat terutama pada penggal pertama. Namun ia tetap berusaha memperbaiki diri untuk kebaikan rakyat keseluruhan nya di Kelantan.
 
Benih benih yang ditanam pada penggal pertama kini mula menampakkan hasil apabila pemimpin pemimpin baru mula muncul dan rakyat dari kaum dan agam lain mengakui pemerintahan PAS di Kelantan. Antara pencapaian terbesar PAS adalah dalam mengendalikan kewangan kerajaan Negeri sehingga dapat melunaskan lebih dari RM700 juta hutang kepada kerajaan Pusat. Sebagai sebuah negeri yang telah dilabel mundur ini merupakan satu kejayaan besar jika dibandingkan negeri negeri lain yang 'maju' tapi tidak langsung mampu membayar hutang mereka. Perlu juga diingat, hampir keseluruhan hutang RM700 juta itu berlaku sebelum pemerintahan PAS.
 
Pembangunan yang di bawa oleh kerajaan PAS Kelantan jauh berbeda dari Pusat atau negeri negeri di bawah naungan BN. Di Kelantan, pembangunan fizikal tidaklah sepesat namun ianya tetap wujud. Walau dikengkang oleh Pusat dan agensi agensi Pusat - terdapat sekurangnya satu kes di mana satu agensi pembangunan industri Pusat menghalang syarikat asing membuka kilang di Kelantan - kerajaan PAS masih dapat mengorak maju beberapa pelan pembangunan. Ini terbukti apabila beberapa agensi pengurusan tanah beberapa negeri lain yang telah berkunjung ke Kelantan untuk mempelajari sistem pengurusan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan. Mundur? Wallahu'alam.
 
Bagaimana pula dengan UMNO atau BN...? Saya tidak mahu menyatakan banyak tapi teringin bertanya: Menara Kembar Petronas (dahulunya tertinggi di dunia) yang megah tersergam di atas...maksiat pelbagai jenis di sekelilingnya - adakah itu pembangunan yang dihendaki? Tepuk dada tanyalah selera; di mana kemegahan itu sedangkan arkitek nya seorang rakyat asing, kedua menara dibina oleh 2 syarikat asing (Jepun dan Korea Selatan) dan buruh membina juga asing (kebanyakkan dari Indonesia, Bangladesh dan Thailand)? Masih bermegah? Astaghfirullahil azim.
 
Berbalik ke Pengkalan Pasir - Kerajaan PAS Kelantan sememangnya kini berada dalam keadaan amat tertekan. Apakah tidaknya apabila ia berdiri dengan dibantu hanya oleh Parti Keadilan Rakyat dan dimula diserang bertubi tubi oleh kerajaan Pusat yang mengerahkan keseluruhan tenaga parti parti di bawah naungan BN? Dan tentera kerajaan Pusat bersama UMNO dan BN tanpa segan silu menyalahgunakan pelbagai jentera kerajaan (hak awam) untuk tujuan mereka. Malah bukan itu sahaja, mereka juga telah mengerah tenaga 11 lagi kerajaan negeri untuk membantu mereka dengan contoh seperti Ketua Menteri Sabah sendiri turun padang di Kelantan?
 
Bayangkanlah wahai semua, betapa banyak sekali kewangan yang diperlukan oleh UMNO dan BN hanya untuk menewaskan kerajaan PAS Kelantan - mungkin tidak terkira banyaknya. Jumlah yang mungkin tidak terkira ini sama tingginya dengan keangkuhan dan kerakusan tamak kuasa pihak UMNO dan BN. Adakah diri kita juga angkuh dan rakus seperti mereka?


From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Pengkalan Pasir amat bermakna kepada rakyat Kelantan - Radzi

(Bernama) -- Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir yang bakal menghadapi pilihan raya kecil 6 Dis ini diingatkan bahawa undi mereka amat besar maknanya kepada rakyat Kelantan yang mahukan perubahan.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata mereka perlu sedar pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir itu amat penting kepada Barisan Nasional (BN) dan juga PAS.

Katanya PAS tidak boleh bergantung kepada majoriti mudah untuk satu kerusi untuk jangka masa yang lama walaupun sebelum pilihan raya umum akan datang dan mereka mungkin menyerah diri dengan syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak jika status 23 kerusi negeri dipegang PAS dan Umno dengan 22 kerusi.

"Pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri lain yang kalah berikutan majoriti tipis di Kelantan menunggu pengundi di Pengkalan Pasir membuat pilihan tepat yang akan memberi peluang kepada BN memerintah semula negeri ini", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PAS kini mempunyai 23 kerusi manakala BN 21 berikutan kematian wakil rakyat PAS DUN Pengkalan Pasir Wan Abdul Aziz Wan Jaffar akibat kanser paru-paru akhir bulan lepas.

Radzi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata hasil maklum balas daripada pengundi di kawasan itu menunjukkan ramai rakyat Kelantan mahukan perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan dengan kemenangan di Pengkalan Pasir, ia amat besar maknanya kepada hasrat rakyat negeri ini.

"Mereka kini dahagakan perubahan dan Barisan (BN) akan merebut peluang itu," katanya.

Beliau berkata banyak kerusi DUN di Kelantan dimenangi dengan majoriti tipis dan ini menunjukkan rakyat negeri ini bersedia menerima BN walaupun PAS menang tahun lepas.

Katanya Umno menyedari perkara itu dan sebab itu setiap anggota parti perlu bekerjasama dalam pilihan raya kecil ini dengan mengetepikan kepentingan diri masing-masing.

Radzi berkata pemilihan calon juga penting kepada BN memandangkan semasa pilihan raya kecil, pengundi akan meneliti secara mendalam pilihan itu berbanding semasa pilihan raya umum.

Katanya anggota parti juga perlu menerima seseorang calon yang dipilih dengan merapatkan barisan mereka untuk memastikan kemenangan selain memastikan peraturan pilihan raya dipatuhi.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 11/12/2005 08:17:00 AM


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke