Assalamualaikum,

Khusus buat sdra ruzaihan semuga dirahmati Allah dan pembaca 
hidayahnet semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa dakwaan tersebut yg diforwardkan adalah 
sekadar dakwaan berbentuk hearsay.Ia bukan dakwaan baru tetapi sudah 
bertahun diletakkan di dalam satu egroups (redtailcanyon) oleh seorg 
individu yang bukan org rufaqa. Tujuan beliau meletakkan dakwaan itu 
kita serahkan kepada Allah SWT untuk menilainya.

Apapun, sekali lagi sukacita dimaklumkan, jika sdra-sdri teringin sgt 
ndak bertanya maka jemputlah dtg ke program bedah buku yg sudah saya 
maklumkan sebelum ini. Pihak PTS sudah menjemput wakil dari rufaqa/ex 
arqam sebg salahseorg panel di dalam forum tersebut. Bertanyalah 
secara bersemuka itu adalah lebih MACHO dan berwibawa daripada hanya 
mendengar berita-berita dari internet yg tidak kita ketahui dari mana 
sumber dan siapa penghantarnya.Dan kemudian menggunakan berita 
tersebut seperti ia berita yang sahih sedangkan kita semua mengetahui 
sebagai seorg yang beriman, telah dipertgjawabkan kepada kita utk 
memeriksa setiap BERITA YG DITERIMA SAMA ADA BERITA ITU TEPAT 
berdasarkan sumber dan akhlak pengirimnya. Kelemahan sebahagian besar 
dari kita terlalu cepat sangat mempercayai berita-berita berbentuk 
yang negatif lalu sering melatah-latah tanpa sempat memeriksa secara 
BIJAKSANA dan menggunakan AKAL yg rasional tanpa PREJUDIS kepada 
berita yang diterima.

Saya tidak suka memperpanjangkan isu kerana kelemahan org melayu dan 
org islam terlalu suka memperpanjangkan isu yg remeh temeh sedangkan 
kita semua tahu ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Dalam perjuangan 
mendaulatkan islam, bukan cakap-cakap atau bincang-bincang yg utama 
tetapi TINDAKAN DAN STRATEGI harus digembelingkan. Kita PERLU 
memaparkan MODEL ISLAM itu dulu dalam kehidupan, barulah segala CAKAP-
CAKAP dan BINCANG-BINCANG kita bermakna di SISI TUHAN.

sekian, wallahualam.

Ampun Maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung rasa.








--- In [email protected], ruzaihan.junit wrote:
>
> Assalamualaikum warahmatullah....
> 
> Terima kasih Pak Ngah sebab frowardkan email ni. Berguna sangat 
dalam
> menghadapi dakyah Ashaari. Ada yang pernah saya dengar tapi ada 
juga yang
> baru pertama kali. Mari kita teliti satu persatu...
> 
> 1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang 
pernah
> menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari 
meyakini
> tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah 
mukjizat Nabi
> Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga 
dikurniakan
> mukjizat seperti Nabi Musa?
> 
> [Tongkat Nabi Musa as ni saya pernah dengar dari senior saya di 
sekolah
> dulu. Macam manapun, tongkat ni disimpan dan tidak ditunjukkan 
kepada
> sesiapa. Tapi ini perkara yang amat mustahil. Tongkat Nabi Musa as 
adalah
> tongkat yang biasa. Yang menjadikannya hebat adalah mukjizat Nabi 
Musa as
> sendiri dengan izin Allah.]
> 
> 2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat 
Maut untuk
> menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia 
mendakwa ajal
> kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya 
memilik
> 'karamah' sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian seseorang. 
Dia
> mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-cita
> politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.
> 
> [Hebat. Ini first time saya dengar. Kalau boleh bincang dengan 
Malaikatul
> Maut, lebih hebat dari Nabi Muhammad saw sendiri. Sedangkan Nabi saw
> sendiri tidak tahu tarikh kematian umat Baginda...]
> 
> 3. Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu 
dengan
> beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam 
Shafie dan
> Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat 
tersebut akan
> diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat 
pada
> selepas subuh setiap hari.
> 
> [Ini dia pernah dakwa satu masa dulu. Inilah yang jadi punca saya 
tak jadi
> join Arqam. Kalau jumpa hantu boleh percaya la. Ni jumpa Nabi saw, 
Imam
> Sayfie rah dan lain2. Apa Nabi saw, Imam Syafie dan Ulama2 yang 
lain tu
> jadi hantu juga ke?]
> 
> 4. Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi dengan 
mencintai
> 'orang Tuhan' terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama 
mendapatkan
> cinta Allah. 'Orang Tuhan' adalah gelaran khusus untuk dirinya 
dengan
> menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, 
untuk
> mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu perlulah
> mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu 
ialah
> dengan pengorbanan harta besar-besaran.
> 
> [Sebenarnya, memang benar kita akan mencapai cinta Allah dengan 
mencintai
> Ahlullah. Ahlullah adalah orang yang sentiasa dekat dengan Allah. 
Cukup
> sekadar menghormati bukanlah hingga tahap mendewa2kan.]
> 
> 5. Haji Asaaari mendakwa 'roh' Kaabah telah berpindah ke dalam 
dirinya.
> 'Roh' Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah 'sifat Kaabah yang boleh
> mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat'. Perkara ini timbul 
apabila
> seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau 
badannya
> sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas bahawa 'roh' 
Kaabah
> sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang 
menunaikan haji
> 
> dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi baik. 
Tetapi,
> dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran dan
> membuat perubahan ke arah kebaikan.
> 
> [Ni benda baru. Tak pernah dengar pun. Ishk... Ishk... Ishk... Jom 
kita
> pakat pusing keliling Ashaari 7 kali. Dah dapat dah pahala tawaf.
> Hehehe...]
> 
> 6. Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para
> pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai 'kuasa' boleh 
mengetahui
> gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun 
berada jauh
> darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal oleh 
Haji
> Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang 
arahan Haji
> Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan apa 
sahaja
> demi kepentingan Haji Asaari.
> 
> [Yang ni saya konfius. Ada yang kata memang dia mengaku, tapi ada 
yang kata
> ini disebut2 oleh pengikutnya yang kononnya terasa kehadirannya 
walaupu
> dia tidak ada. Yang pastinya, kalau percaya ini, seseorang tu 
beriman
> kepada Ashaari, bukan kepada Allah.]
> 
> 7. Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin sering
> mengatakan 'roh Abuya' (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi 
tersebut
> untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. 
Para
> pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat 
Haji Asaari
> mengetahui semua 'sejarah dosa' mereka. Dengan itu, penyucian dosa 
perlu
> dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta 
yang boleh
> kepada Haji Asaari.
> 
> [Ni sama la macam yang no 6 tu. Yang bab penyucian dosa tu memang 
betul.
> Sebab tu Arqam dulu kaya. Kalau nak berkorban harta pada jalan 
Allah tak
> salah tapi dianggap penyucian dosa pulak. Agaknya Allah pun boleh 
dirasuah
> ikut pemahaman Ashaari ni? Kalau nak maghfirahNya, kena bayar?
> Astaghfirullah...]
> 
> 8. Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya 
adalah
> arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya 
secara jaga.
> Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan 
mereka
> sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah.
> Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan
> Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan menjadi 
asas
> kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam
> konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati 'mesej' itu tidak 
menjadi
> kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.
> 
> [Begitulah... Ini sinambungan item no 3. Inilah punca Arqam 
diharamkan dan
> Ashaari dipenjarakan.]
> 
> 9. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya 
daripada
> azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. 
Ini kerana
> peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di 
akhirat.
> 
> [Ni first time saya dengar. Nak tanya sikit... Ashaari ni dah 
pernah mati
> ke?]
> 
> 10. Para pengikut didedahkan kepada amalan 'sunnah Abuya' yang 
merujuk
> kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai 
contoh, 'makan
> mengikut sunnah Abuya'. Secara tidak langsung, perkara tersebut 
telah
> mengikis konsep 'sunnah Nabi' di kalangan para pengikutnya. Konsep 
ini
> bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para 
pengikutnya
> dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.
> 
> [Sebenarnya, kalau ikuti pengakuan bekas2 pengikut Arqam dulu, kita 
akan
> dapati kebanyakan mereka yang tertarik dengan Arqam sebab pembawaan
> Ashaari. Cara dia makan... Bercakap... Baik sangat konon. Sebab tu 
orang
> dia puja2 sangat sampai panggil sunnah Abuya. Padahal mulia lagi 
sunnah
> Nabi Muhammad saw]
> 
> 11. Dia menganggap dirinya adalah 'Super Soleh' iaitu orang yang 
paling
> tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama' yang 
bertaraf
> mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan terus 
daripada
> Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu kepada 
para
> pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan 
terhadap
> dirinya.
> 
> [Ini pun bukan benda baru. Dari dulu lagi, pengikut Arqam yang saya 
kenal
> cuba main2kan isu ni. Masalahnya memang ada ustaz atau orang soleh 
yang
> memperolehi ilham. Cuma... Dengan dakwaan2 menyimpang yang pernah 
Ashaari
> buat, layakkah dia dapat ilham tu? Wallhu'alam...]
> 
> 12. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, 
iaitu
> mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum 
(terpelihara
> daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan 
maksiat atau
> kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan
> kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan 
datang.
> Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku
> kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.
> 
> [Hm... Dah ngaku mahfuz pulak? Rasanya saya tak pernah dengar pulak 
pasal
> ni sebelum ni. Kalau dah dia Mahfuz, bagi anak nama Harun. Ha... 
Baru jadi
> Anak Bapak (filem P. Ramlee). Hehehe...]
> 
> 13. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat Ketua 
Wali
> pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara ghaib 
dan
> membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di alam 
ghaib
> telah 'berbai`ah' (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji 
Asaari
> meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam 
tentang
> kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah bersama 
mereka.
> 
> [Saya belajar di sekolah agama dulu, salah satu perbezaan Wali dan 
Rasul
> ialah Wali merahsiakan kewalian dan keramahnya manakala Rasul 
diwajibkan
> menyebarkan kerasulan & mukjizatnya. Dah terang2 orang tua ni bukan 
wali.]
> 
> 14. Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan 
menjadi 'mazhab'
> rasmi ketika 'zaman Daulah' berlaku nanti. Malah, dia berpendapat 
Imam
> Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai mazhab 
rasmi.
> 
> [Ha... Ini menjadi asas pergerakan Arqam. Memang dia bangga sangat 
dengan
> aurad Muhammadiah dia. Memang dari dulu sampai sekarang. 
Masalahnya, bab
> fekah pun kelam kabut nak cerita, tetiba kata Imam Mahadi ikut 
ajaran dia
> pulak? Lawak... Lawak...]
> 
> 15. Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama' bertaraf 
Rasul.
> Dia menamakan dirinya 'Rasul yang bukan Rasul'. Dia berpendapat, 
Allah
> telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.
> 
> [Ni pun baru dengar. Betul dia cakap camtu? Astaghfirullahal 
Azim... Nabi
> Muhammad pernah berkata bahawa jika ada Nabi lagi selepas Baginda, 
Baginda
> tentu akan memilih Umar al-Khattab ra. Tak pulak sebut Ashaari. 
Kan? Taubat
> la aji oi...]
> 
> 16. Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji Asaari 
tidak
> menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa kini 
tidak
> mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap 
orang lain.
> Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada 
para
> pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, mengikut
> pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama 
yang tidak
> bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang
> dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat 
merupakan
> satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.
> 
> [Orang kalau buta iman gitu la. Syarat sah solat Jumaat antaranya 
ialah 2
> khutbah. Syarat sah khutbah pula ada beberapa perkara yang saya tak 
ingat
> satu persatu (ada dalam Kitab Fiqh Mazhab Shafie). Khutbah2 Jumaat 
selama
> ini mencukup syarat & memang sah. Mangandungi semua rukun. Kalau 
dia tak
> pergi, macam mana dia boleh tau ada unsur fitnah? Malas cakap je 
malas...
> Dia tak bagi pengikutnya ikut sebab takut tempoh tahanan ISAnya
> dilanjutkan. Ala... Pelakon popular la katakan... Ilmu dia banyak 
mana
> tiba2 nak pertikaikan khutbah yang dibuat oleh mereka yang 
berpendidikan
> tinggi? Betul, memang ada unsur politik dalam khutbah hari ini 
tapi... Dari
> segi rukun, ianya dipenuhi maka sah khutbahnya...]
> 
> 17. Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya boleh 
dibuat
> jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum
> takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan 
dan boleh
> membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, sembahyang
> tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang membawa 
ibadah
> tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan 
ketinggian
> taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.
> 
> [Ni pun dari dulu lagi saya dengar. Malah ketika saya bermalam di 
markaz
> mereka di Kandang, Melaka, beginilah keadaan mereka. Selepas solat, 
nama
> Ashaari termasuk dalam zikir. Lepas itu minat saya jadik kureng. 
Mulanya
> saya ingat pengikut je yang suka2 buat rupa2nya, memang orang tua 
ni yang
> ajar. Saya pernah tanya sorang bijak pandai tentang Bani Tamim ni. 
Kata
> dia... Kicap Tamin dia tau la... Hehehe...
> 
> Cara orang Arqam berdoa pun suka main berkat Nabi, berkat sohabat 
dan lain.
> Tanyalah ustaz2 yang selain dari orang Arqam. Perkara ni haram dan 
mampu
> membawa ke syirik. Sebab seolah2 Allah tu lemah dan perlukan berkat 
Nabi
> saw untuk tunaikan permintaan seseorang hamba...
> 
> Diorang ni solat pun berjemaah kat rumah je. Teringat saya, saya 
pernah
> tanya "Kenapa solat kat rumah je?" Kata mereka "Sebab nak rapatkan 
ukhuwah
> sesama ahli." "O..." Jawab saya. "Sesama ahli je? Dengan orang 
kampung
> taknak? Tak perlu?" Sorang pun tak jawab sampai hari ni...]
> 
> 18. Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang 
akan
> keluar ke alam realiti apabila 'Daulah Islamiah' berlaku di 
Malaysia. Dia
> berkata emas itu akan menjadi 'rezeki' untuk membangunkan Malaysia 
dan
> negara lain yang menyertai gagasan 'Daulah Islamiah'. Haji Asaari
> berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan menjadi 
negara
> terkaya kerana 'terbukanya rezeki dari langit'.
> 
> [Ni belum ada orang cerita kat saya. Tapi... Pigidah! Banyak harta 
konon.
> Nak tunggu daulah dia konon. Bila? Bila? Cakap kosong boleh la...]
> 
> 19. Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi peribadi 
Haji
> Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di 
kalangan para
> pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji 
Asaari,
> koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.
> 
> [Ni pun baru juga. Yang saya tau dulu, gambar Ashaari banyak la 
dalam
> rumah2 orang2 Arqam ni. Lebih banyak dari tulisan khat nama Allah 
dan Nabi
> Muhammad. Lantak la. Agaknya dorang rasa Ashaari ni hensem sangat 
kot???]
> 
> Begitulah kalau kita lemah iman... Bukan lemah ilmu tapi lemah 
iman. Pokok
> pangkal cerita di sini ialah iman. Perkukuhkan iman. Ingat, Israk 
Mi'raj
> hanya berlaku terhadap Nabi saw. Tidak orang lain. Selain peristiwa 
itu,
> kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam sighah Nabi Muhammad saw 
adalah
> yang boleh diterima akal sahaja. Jika seseorang mendakwa mempunyai 
terlalu
> banyak kelebihan seperti orang tua ni, berwaspadalah...
> 
> Sekian,
> 
> Wassalamualaikum warahmatullahi...
> 
> - Abu Naqibah -
>








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke