Halang Agenda Melayu: Kenyataan Khairy hina rakyat Kelantan
Friday, November 11 @ 15:54:32 MYT


Matlamat menguasai ekuiti kekayaan negara bagi orang Melayu sebanyak 30 peratus tidak pernah tercapai kerana amalan politik wang bermaharajalela di dalam Umno.

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang kononnya PAS penghalang agenda Melayu dilihat sebagai mengelirukan serta menghina rakyat Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Shafie Abu Bakar berkata, kenyataan Khairy ketika berkempen di Pengkalan Pasir itu jelas menghina rakyat Kelantan yang telah memilih PAS memerintah negeri itu.

Dr Shafie berkata, dalam keghairahan Khairy berkempen dalam pilihan raya kecil itu, beliau (Khairy) berpendapat seolah-olah Melayu itu hanyalah Umno semata-mata dan tiada pihak lain yang boleh memajukan Melayu.

"Kenyataan itu adalah retorik basi yang diulang-ulang setiap kali menjelang dan hingga mesyuarat agung Umno. Nampaknya, kini ia dibawa ke Pengkalan Pasir, sedangkan agenda Melayu yang berasaskan pada pembangunan, hakikatnya suatu kegagalan," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya, matlamat menguasai ekuiti kekayaan negara bagi orang Melayu sebanyak 30 peratus tidak pernah tercapai kerana amalan politik wang bermaharajalela di dalam Umno.

"Inikah agenda Melayu yang hendak Khairy bawa ke Kelantan?" soal beliau lagi.

Dr Shafie yang juga bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, meneliti pada takrif Melayu, di mana mereka yang mengamalkan budaya dan adat istiadat Melayu dan beragama Islam, maka Melayu Kelantan adalah lebih unggul berbanding Melayu Umno.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Kelantan bahawa kerajaan Pusat bukan sahaja menyekat peruntukan kerajaan negeri Kelantan, tetapi menyekat peluang ekonomi bagi negeri tersebut.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan adalah kerajaan yang benar-benar menjunjung identiti Melayu-Islam yang bersih daripada rasuah dan berjaya mengusahakan pembangunan bagi negeri Kelantan, malah berjaya melangsaikan hutang lapuk yang ditinggalkan Umno-Barisan Nasional sejumlah RM700 juta dan menjadikannya satu-satunya negeri yang tidak berhutang dengan kerajaan Pusat.

Justeru, beliau menambah penduduk di Kelantan, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir perlu berbangga dengan keunikan dan kemajuan Kelantan dan memberi mandat kepada calon PAS di DUN itu bagi membolehkan PAS terus membina identiti Melayu-Islam secara kukuh. - AN/mns.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke