Kepada saudara-saudari semua,
Saya tidak dapat dan tak boleh nak mengutuk dan merendahkan bangsa saya
dan negara saya. Saya juga pengguna kereta nasional dan juga Toyota.
Jadi saya juga tahu masalah pengguna kereta nasional macam orang lain.
Saya tidak boleh dan tidak dapat mengutuk bangsa dan negara saya, juga
keazaman negara saya untuk mencapai negara maju dengan memulakan
industri kereta nasional pada awal 19801an.
Saya melihat proton lebih dari sekadar kereta nasional.
Saya melihat proton sebagai permulaan langkah utk berdiri sama tinggi
dgn orang lain. 
Saya melihat proton sebagai satu cara untuk melebarkan ekonomic base
negara ini. 
Saya melihat proton sebagai alat yang berguna untuk memperkuatkan
hubungkait ekonomi (economic linkages).
Saya melihat proton sebagai industri yang memberikan banyak pekerjaan
pada setiap hektar tanah jika dibandingkan dengan aktiviti pertanian.
Saya lihat proton sebagai satu perjudian yang besar pada negara. Dan
sekurang-kurangnya kita sebagai rakyat perlu menyokong perjudian besar
ini agar ianya berjaya.
Saya bukan orang proton. Saya tidak ada saham proton dan saya juga
tidak menyokong secara politik bekas PM terdahulu. Tapi saya rakyat
Malaysia. 
Kalau Wira saya setakat masalah power window, plastiknya tanggal sana
tanggal sini, boot kereta masuk air kalau hujan dan bumper tanggal kalau
tepuk sikit, itu perkara kecil pada saya.
Satu sahaja yang saya harapkan.
Agar Proton jangan menghampakan kami semua dimasa akan datang.
      

>>> Zam 12/11/2005 13:02:35 >>>
hidekan id saya yek.gunakan zam aje

Assalamualaikum.......

sebagai manusia kita takan pernah berpuas hati dengan apa yang kita
dapat
dan sebagai manusia gak kita tak sempurna. Walau camana sekalipun kita
cuba
jadik sempurna tetap takan sempurna. Camtu gak la dengan keta proton
tu.
yang buat tu manusia......

oh ya.......nape pandang kat keta nasional je.....keta import yang lain
pun
apa kurangnya. ada gak kerosakan pd keta2 yang baru dibeli tapi tak de
lak
yang komplen giler2.

pasal design lak. bg saya juara memang tak berapa cantik or memang tak
cantik pun tapi savvy ok pa.

heran sungguh org2 malaysia ni. kutuk keta nasional giler2. tak elok
lah,
injin tak power lah or body tak kuat lah.....boleh kata macam2 yang
tak
elok pasal keta negara sendiri......TUP! TUP! bila beli
keta.......haaaaaaa
order keta nasional gakkkkkkk..............entah la.

HE!HE!HE..........





                                                                       
                       
                    @                                                  
                       
                    Sent by:                To:    
[email protected]                 
                    [EMAIL PROTECTED]        cc:                        
                       
                    groups.com              Subject:     Re: Bismillah
[hidayahnet] Re:        
                                            Something about
Proton...fromproton staff I        
                                            guess....                  
                       
                    11/11/2005 08:49                                   
                       
                    AM                                                 
                       
                    Please respond                                     
                       
                    to hidayahnet                                      
                       
                                                                       
                       
                                                                       
                       




memang betol, aku sokong ko shah.... kita sebagai rakyat malaysia
memang la berbangga sangat kalo ada keta buatan malaysia...
sapa tak bangga geng.
tapi kalo ko nengok design je dah rasa nak muntah (contoh keta juara &
savvy)... camner ko nak beli, dah la harga pun mahal, kuality pun tah
pape tah....
contoh bapak aku guna proton wira (beli 5 tahun lepas)... baru guna
berapa bulan (kurang 2 bulan kalo tak silap) power window jammed..
heheheh bangga??? pastu hantar balik kat tempat dia... kena wat
appoinment plak... bukan esok atau lusa... dekat dua minggu baru
dapat. Bangga????
member aku baru beli Gen2 a week before raya... power window dah
kong dah, pastu pintu belakang sebelah kanan tutup tak boleh rapat...
hehehe... kualiti ke??? nak buking date untuk appoinment???
katanya bulan doblas baru dapat date.
macam shah kat, bukan nak tegakkan benang yang basah..
pikir la balik..

[EMAIL PROTECTED] wrote:
 that wrong answer.....

 siapa yg salah....dan patut dipersalahkan
 bukan nak menegakkan benang basah...
 tapi nak menegakkan keadilan....

 kenyataan dibawah ini patut di tujukan pada pihak yg sepatutnya:

 "memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang
datang
 dari lura negara itu sangat baik, tidakada cat cela. kereta, kain,
 barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar
 pengurursan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau bukan
 mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken
 rice, tak berapa sedap"

 kalau kerajaan sendiri dah mengiktiraf rakyat malaysia ni golongan
 kelas ketiga (hampir2 paria) apa nak buat....

 utk rakyat sendiri...kereta buat asal boleh...tin milo lagi kuat...
 yg di eksport...lain pulak..harga murah....rugi pun tak pe...
 kalau kain....utk rakyat malaysia...kain kapan lagi baik....
 kalau selipar....utk rakyat malaysia..selipar jepun RM2 lagi baik....

 cakap tak serupa bikin....suruh rakyat pakai buatan Malaysia...
 dia shoping...dlm rumah satu barang buatan malaysia pun takde...
 yg ada...itali....london....new york....ntah apa2 lagi....

 so nak salah kan sapa.....

 arios


 ----- Original Message -----
 From: <"Abd Mutalib Ibrahim"@od22.sharp.co.jp>
 To: <[email protected]>
 Sent: Wednesday, November 09, 2005 5:13 PM
 Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Something about
Proton...fromproton
 staff I guess....


 > Bangsa yang tak akan maju tu ialah bangsa yang suka merendahkan
kaum
 > sendiri. Tidak payah ada orang lain dari bangsa lain yang
merendahkan
 > mereka. Cukup bangsa sendiri untuk merendahkan kaum mereka sendiri.
 > Banyak juga saya tengok orang Melayu nak jadi orang putih ni.
Sebabnya
 > mereka nak jadi orang putih ialah sebab mereka memnadang rendah
pada
 > bangsa sendiri. Cakap macam orang putih. Pakaian dan hiburan macam
orang
 > putih. Cara makan macam orang putih. Pendek kata segala-galanya nak
jadi
 > macam orang putih.
 > Pandai betul orang Inggeris dulu-dulu menyematkan perasaan rendah
diri
 > dalam datok nenek kita dulu. Sampai sekarang anak cucu orang Melayu
 > masih terhegeh-hegeh nak jadi macam orang putih.
 >
 >
 > >>> "tokpayne"  31/10/2005 18:59:40 >>>
 > memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang
datang
 > dari lura negara itu sangat baik, tidakada cat cela. kereta, kain,
 > barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar
 > pengurursan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau
bukan
 > mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken
 > rice, tak berapa sedap.
 >
 > nasib proton ni pulak, bukan setakat economic reasons tapi saya
 > percaya lebih dari itu, ada agenda yang tersembunyi oleh
pihak-pihak
 > tertentu yang sejak dulu tak suka, benci, cemburu, proton
dilahirkan.
 > pihak dalam negara, pihak luar negara, sama saja. bukan kita tak
 > pernah tau bukan main banyak cubaan utk sabotage kereta proton.
sampai
 > sekarang, berapa bijik proton dapat masuk indonesia, singapore,dan
 > lain-lain negara? ya la, depa meman bagi alasan, tapi itu lah dia:
 > "alasan". Hakikatnya ialah takbulih masuk.
 >
 > Yang kita ni pulak, terikut-ikut dengan dakyah orang lain. tanpa
kita
 > sedari, kita termakan apa yang depa senmua kata. proton tak bagus,
 > proton itu proton ini. kerajaan kita pun akhirnya termakan jugak
 > dengan taktik halus ini.
 >
 > tapi jom kita tengok, yang jadi CEO proton tu orang bangsa apa
 > (melayu/malaysia), yang ramai kerja di proton tu orang apa
 > (melayu/malaysia), yang ramai jadi technician, engineer, manager
 > dsbnya orang apa (melayu/malaysia). tu sebabnya secara halus, orang
 > lain guna tektik untuk nak padamkan proton dari mukabumi ni. asakan
 > demi asakan, dari "pakar" luar hingga ke "pakar" dalam, orang biasa
 > hingga ke menteri, dari petani hingga ke ahli parlimen, sindir dan
 > kutuk proton.
 >
 > bab patriotik: memanglah, melayu, cina, india, iban, dusun dll
rakyat
 > malaysia ni, tak pernah ada sikap patriotik. penjajah dari portugis
 > hingga british dah berjaya sangat padamkan semangat patriotik kita
 > dalam apa hal pun.
 >
 > buka kita rakyat biasa ni sahaja ynag macam tu, menetri pun tak nak
 > tunjuk semangat patriotik ni. kereta resmi proton perdana, tapi
berapa
 > kerap depa pakai perdana? pakai mercedes jugak. menteri yang
approve
 > AP pun pakai toyota harrier. yang herannya, pasai apa kerajaan
 > persekutuan dan kerjaan negeri tak buat official policy, kereta
resmi
 > oleh PM, TPM, menteri, timbalan menteri, s/u parlimen, s/u politik,
MB
 > exco, KSN, KSU dan sapa-sapa lagi yang entitled to offcial car,
MUST
 > pakai ONLY perdana.Tengok PM India, pakai kereta Ambassador buatan
 > India jugak. walaupun kereta tu semua orang gelak kat shape dia. 
tu
 > patriotik namanya. Bila ada mesyuarat resmi antarabangsa, pakai
 > perdana. ni tidak, bila ada IC, pakai mercedes pakai bmw.
 >
 > ahh, malas la nak cakap bayak bulan2 posa ni. cakapun tak guna
jugak.
 > kita orang melayu terutamanya, memang dah macam tu. yan pandai,
fitnah
 > orang, adu-domba, surat layang, iri hati, hasad dengki. solat tak
 > tinggai, tapi hati berkarat dengan perangai buruk. tak tau mana
 > silapnya kita ni...
 >
 

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke