Assalamualaikum,
Kalau tak keberatan, saya ingin memberi pendapat. Sahabat saudara boleh memilih mana-mana daripada 3 syarat tersebut mengikut kemampuan. Pilihan pertama mungkin tidak dapat ditunaikan kerana sekarang ini tiada lagi hamba. Syarat kedua juga pada pendapat saya, kawan saudara tidak mungkin dapat tunaikan kerana puasa dalam bulan ramadhan pun beliau tak dapat tunaikan secara penuh. (Maafkan saya).
Perlu diingatkan bahawa puasa mengajar atau melatih diri kita untuk taat pada perintah Allah SWT dan laranganNya. Puasa bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, apa sahaja larangan Allah dan suruhanNya hendaklah kita patuhi dengan istiqomah. Kerana itulah Allah SWT ganjarkan fadhilat yang banyak dalam bulan ramadhan untuk hamba-hambaNya yang taat beribadah kepadaNya dan berusaha meninggalkan laranganNya. Walaubagaimanapun Allah Maha mengasihani hamba-hambaNya, dengan
membenarkan suami dan isteri bercampur di malam hari kerana Allah Maha mengetahui akan kelemahan hamba-hambaNya.
Syarat ke 3, memberi makan kepada fakir miskin. Insya Allah, sahabat saudara boleh memilih syarat tersebut. Ada pendapat yang mengatakan bahawa boleh digantikan dengan wang dengan syarat nilainya sama dengan nilai memberi makan 60 org. fakir miskin dan hendaklah diagihkan kepada 60 org. fakir miskin. Ada pendapat yang mengatakan bahawa jika suami isteri tidak dapat menahan nafsu semasa berpuasa, hendaklah mereka membatalkan dahulu puasa mereka dan mereka tidak perlu membayar fidiah cuma perlu menggantikan puasa selepas tamat puasa pada bulan ramadhan dengan kadar segera. Tetapi bagi suami isteri yang tidak membatalkan puasa terlebih dahulu dan terus dengan hajat mereka, mereka perlu membayar fidiah. Mintalah keampunan kepada Allah SWT diatas apa yang telah mereka lakukan. Sememangnya kita sebagai makhluk tiada kuasa, Allah jualah yang Maha
berkuasa.
Minta ustaz-ustaz fekah dalam group ini tolong tegur jika pendapat saya salah. Allah jua yang Maha mengetahui. Wallahu a'lam. Lahaulawala quwwata illah billah..
"Wan Abdul Hamid Wan Teh"@yahoo.com wrote:
Pilihan di sini bukan ikut suka, tetapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu yang
pertama, buat yang kedua, kalau yang kedua tak mampu barulah buat yang
ketiga. Belajarlah betul-betul.....
Wan Abd Hamid Wan Teh
Ketua Bahagian Agama, Falsafah dan Tamadun Islam, DBP.Kuala Lumpur
Malaysia
Tel. 603-21482190, H/P 019-2795797
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: [email protected]
Date: Wed, 9 Nov 2005 12:06:16 +0800
Subject: Bismillah [hidayahnet] persoalan agama
> TM-tolong hide is saya-gunakan zam aje.
>
> Assalamualaikum......
>
> soalan ini di ajukan oleh seorang kawan yang a bit musykil.
>
> sekiranya seorang hamba Allah itu meninggalkan puasa secara sengaja
> untuk
> bersama dengan isteri hukumnya wajib bagi dirinya membayar fidyah iaitu
> :-
>
> 1. memerdekakan hamba atau
> 2. puasa selama 60 hari berturut-turut atau
> 3. memberi makan 60 org fakir miskin
>
> soalannya begini :
>
> sekiranya dia memilih untuk memberi makan 60 org fakir miskin apakah
> perlu
> bagi dia untuk menyediakan makanan tersebut atau hanya memberi wang
> sebagai
> sedekah kepada fakir2 miskin tersebut.
>
> atau dia hanya perlu menunaikan perkara ke-2
>
> terimakasih
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> -----------------------------------------------------------------------
> ---
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
> not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
> sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
> a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
> change your mail delivery settings or email the moderators at
> [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
> digest".
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
>
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
