Ni baru buku bertemu ruas....so far i read two books written by 
ashaari stil i cant link him with what he was accused....kena baca 
lagi...insyaallah..hari2 doa..tunjukkan lah aku jalan yang lurus ...
--- In [email protected], "piza" wrote:
>
> Assalamualaikum,
> 
> Khusus buat sdra ruzaihan semuga dirahmati Allah dan pembaca 
> hidayahnet semua,
> 
> Sukacita dimaklumkan bahawa dakwaan tersebut yg diforwardkan 
adalah 
> sekadar dakwaan berbentuk hearsay.Ia bukan dakwaan baru tetapi 
sudah 
> bertahun diletakkan di dalam satu egroups (redtailcanyon) oleh 
seorg 
> individu yang bukan org rufaqa. Tujuan beliau meletakkan dakwaan 
itu 
> kita serahkan kepada Allah SWT untuk menilainya.
> 
> Apapun, sekali lagi sukacita dimaklumkan, jika sdra-sdri teringin 
sgt 
> ndak bertanya maka jemputlah dtg ke program bedah buku yg sudah 
saya 
> maklumkan sebelum ini. Pihak PTS sudah menjemput wakil dari 
rufaqa/ex 
> arqam sebg salahseorg panel di dalam forum tersebut. Bertanyalah 
> secara bersemuka itu adalah lebih MACHO dan berwibawa daripada 
hanya 
> mendengar berita-berita dari internet yg tidak kita ketahui dari 
mana 
> sumber dan siapa penghantarnya.Dan kemudian menggunakan berita 
> tersebut seperti ia berita yang sahih sedangkan kita semua 
mengetahui 
> sebagai seorg yang beriman, telah dipertgjawabkan kepada kita utk 
> memeriksa setiap BERITA YG DITERIMA SAMA ADA BERITA ITU TEPAT 
> berdasarkan sumber dan akhlak pengirimnya. Kelemahan sebahagian 
besar 
> dari kita terlalu cepat sangat mempercayai berita-berita berbentuk 
> yang negatif lalu sering melatah-latah tanpa sempat memeriksa 
secara 
> BIJAKSANA dan menggunakan AKAL yg rasional tanpa PREJUDIS kepada 
> berita yang diterima.
> 
> Saya tidak suka memperpanjangkan isu kerana kelemahan org melayu 
dan 
> org islam terlalu suka memperpanjangkan isu yg remeh temeh 
sedangkan 
> kita semua tahu ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Dalam perjuangan 
> mendaulatkan islam, bukan cakap-cakap atau bincang-bincang yg 
utama 
> tetapi TINDAKAN DAN STRATEGI harus digembelingkan. Kita PERLU 
> memaparkan MODEL ISLAM itu dulu dalam kehidupan, barulah segala 
CAKAP-
> CAKAP dan BINCANG-BINCANG kita bermakna di SISI TUHAN.
> 
> sekian, wallahualam.
> 
> Ampun Maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung rasa.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> --- In [email protected], ruzaihan.junit wrote:
> >
> > Assalamualaikum warahmatullah....
> > 
> > Terima kasih Pak Ngah sebab frowardkan email ni. Berguna sangat 
> dalam
> > menghadapi dakyah Ashaari. Ada yang pernah saya dengar tapi ada 
> juga yang
> > baru pertama kali. Mari kita teliti satu persatu...
> > 
> > 1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang 
> pernah
> > menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji 
Asaari 
> meyakini
> > tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah 
> mukjizat Nabi
> > Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga 
> dikurniakan
> > mukjizat seperti Nabi Musa?
> > 
> > [Tongkat Nabi Musa as ni saya pernah dengar dari senior saya di 
> sekolah
> > dulu. Macam manapun, tongkat ni disimpan dan tidak ditunjukkan 
> kepada
> > sesiapa. Tapi ini perkara yang amat mustahil. Tongkat Nabi Musa 
as 
> adalah
> > tongkat yang biasa. Yang menjadikannya hebat adalah mukjizat 
Nabi 
> Musa as
> > sendiri dengan izin Allah.]
> > 
> > 2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat 
> Maut untuk
> > menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia 
> mendakwa ajal
> > kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya 
> memilik
> > 'karamah' sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian 
seseorang. 
> Dia
> > mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-
cita
> > politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.
> > 
> > [Hebat. Ini first time saya dengar. Kalau boleh bincang dengan 
> Malaikatul
> > Maut, lebih hebat dari Nabi Muhammad saw sendiri. Sedangkan Nabi 
saw
> > sendiri tidak tahu tarikh kematian umat Baginda...]
> > 
> > 3. Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib 
bertemu 
> dengan
> > beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam 
> Shafie dan
> > Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat 
> tersebut akan
> > diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang 
dibuat 
> pada
> > selepas subuh setiap hari.
> > 
> > [Ini dia pernah dakwa satu masa dulu. Inilah yang jadi punca 
saya 
> tak jadi
> > join Arqam. Kalau jumpa hantu boleh percaya la. Ni jumpa Nabi 
saw, 
> Imam
> > Sayfie rah dan lain2. Apa Nabi saw, Imam Syafie dan Ulama2 yang 
> lain tu
> > jadi hantu juga ke?]
> > 
> > 4. Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi 
dengan 
> mencintai
> > 'orang Tuhan' terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama 
> mendapatkan
> > cinta Allah. 'Orang Tuhan' adalah gelaran khusus untuk dirinya 
> dengan
> > menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, 
> untuk
> > mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu 
perlulah
> > mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu 
> ialah
> > dengan pengorbanan harta besar-besaran.
> > 
> > [Sebenarnya, memang benar kita akan mencapai cinta Allah dengan 
> mencintai
> > Ahlullah. Ahlullah adalah orang yang sentiasa dekat dengan 
Allah. 
> Cukup
> > sekadar menghormati bukanlah hingga tahap mendewa2kan.]
> > 
> > 5. Haji Asaaari mendakwa 'roh' Kaabah telah berpindah ke dalam 
> dirinya.
> > 'Roh' Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah 'sifat Kaabah yang 
boleh
> > mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat'. Perkara ini 
timbul 
> apabila
> > seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau 
> badannya
> > sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas 
bahawa 'roh' 
> Kaabah
> > sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang 
> menunaikan haji
> > 
> > dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi 
baik. 
> Tetapi,
> > dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran 
dan
> > membuat perubahan ke arah kebaikan.
> > 
> > [Ni benda baru. Tak pernah dengar pun. Ishk... Ishk... Ishk... 
Jom 
> kita
> > pakat pusing keliling Ashaari 7 kali. Dah dapat dah pahala tawaf.
> > Hehehe...]
> > 
> > 6. Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para
> > pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai 'kuasa' boleh 
> mengetahui
> > gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun 
> berada jauh
> > darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal 
oleh 
> Haji
> > Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang 
> arahan Haji
> > Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan 
apa 
> sahaja
> > demi kepentingan Haji Asaari.
> > 
> > [Yang ni saya konfius. Ada yang kata memang dia mengaku, tapi 
ada 
> yang kata
> > ini disebut2 oleh pengikutnya yang kononnya terasa kehadirannya 
> walaupu
> > dia tidak ada. Yang pastinya, kalau percaya ini, seseorang tu 
> beriman
> > kepada Ashaari, bukan kepada Allah.]
> > 
> > 7. Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin 
sering
> > mengatakan 'roh Abuya' (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi 
> tersebut
> > untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. 
> Para
> > pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat 
> Haji Asaari
> > mengetahui semua 'sejarah dosa' mereka. Dengan itu, penyucian 
dosa 
> perlu
> > dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta 
> yang boleh
> > kepada Haji Asaari.
> > 
> > [Ni sama la macam yang no 6 tu. Yang bab penyucian dosa tu 
memang 
> betul.
> > Sebab tu Arqam dulu kaya. Kalau nak berkorban harta pada jalan 
> Allah tak
> > salah tapi dianggap penyucian dosa pulak. Agaknya Allah pun 
boleh 
> dirasuah
> > ikut pemahaman Ashaari ni? Kalau nak maghfirahNya, kena bayar?
> > Astaghfirullah...]
> > 
> > 8. Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang 
dikeluarkannya 
> adalah
> > arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya 
> secara jaga.
> > Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan 
> mereka
> > sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil 
Rasulullah.
> > Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan
> > Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan 
menjadi 
> asas
> > kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama 
dalam
> > konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati 'mesej' itu 
tidak 
> menjadi
> > kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.
> > 
> > [Begitulah... Ini sinambungan item no 3. Inilah punca Arqam 
> diharamkan dan
> > Ashaari dipenjarakan.]
> > 
> > 9. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya 
> daripada
> > azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. 
> Ini kerana
> > peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di 
> akhirat.
> > 
> > [Ni first time saya dengar. Nak tanya sikit... Ashaari ni dah 
> pernah mati
> > ke?]
> > 
> > 10. Para pengikut didedahkan kepada amalan 'sunnah Abuya' yang 
> merujuk
> > kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai 
> contoh, 'makan
> > mengikut sunnah Abuya'. Secara tidak langsung, perkara tersebut 
> telah
> > mengikis konsep 'sunnah Nabi' di kalangan para pengikutnya. 
Konsep 
> ini
> > bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para 
> pengikutnya
> > dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.
> > 
> > [Sebenarnya, kalau ikuti pengakuan bekas2 pengikut Arqam dulu, 
kita 
> akan
> > dapati kebanyakan mereka yang tertarik dengan Arqam sebab 
pembawaan
> > Ashaari. Cara dia makan... Bercakap... Baik sangat konon. Sebab 
tu 
> orang
> > dia puja2 sangat sampai panggil sunnah Abuya. Padahal mulia lagi 
> sunnah
> > Nabi Muhammad saw]
> > 
> > 11. Dia menganggap dirinya adalah 'Super Soleh' iaitu orang yang 
> paling
> > tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama' yang 
> bertaraf
> > mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan 
terus 
> daripada
> > Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu 
kepada 
> para
> > pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan 
> terhadap
> > dirinya.
> > 
> > [Ini pun bukan benda baru. Dari dulu lagi, pengikut Arqam yang 
saya 
> kenal
> > cuba main2kan isu ni. Masalahnya memang ada ustaz atau orang 
soleh 
> yang
> > memperolehi ilham. Cuma... Dengan dakwaan2 menyimpang yang 
pernah 
> Ashaari
> > buat, layakkah dia dapat ilham tu? Wallhu'alam...]
> > 
> > 12. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada 
dosa, 
> iaitu
> > mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum 
> (terpelihara
> > daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan 
> maksiat atau
> > kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan
> > kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan 
akan 
> datang.
> > Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan 
berlaku
> > kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.
> > 
> > [Hm... Dah ngaku mahfuz pulak? Rasanya saya tak pernah dengar 
pulak 
> pasal
> > ni sebelum ni. Kalau dah dia Mahfuz, bagi anak nama Harun. Ha... 
> Baru jadi
> > Anak Bapak (filem P. Ramlee). Hehehe...]
> > 
> > 13. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat 
Ketua 
> Wali
> > pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara 
ghaib 
> dan
> > membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di 
alam 
> ghaib
> > telah 'berbai`ah' (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji 
> Asaari
> > meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam 
> tentang
> > kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah 
bersama 
> mereka.
> > 
> > [Saya belajar di sekolah agama dulu, salah satu perbezaan Wali 
dan 
> Rasul
> > ialah Wali merahsiakan kewalian dan keramahnya manakala Rasul 
> diwajibkan
> > menyebarkan kerasulan & mukjizatnya. Dah terang2 orang tua ni 
bukan 
> wali.]
> > 
> > 14. Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan 
> menjadi 'mazhab'
> > rasmi ketika 'zaman Daulah' berlaku nanti. Malah, dia 
berpendapat 
> Imam
> > Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai 
mazhab 
> rasmi.
> > 
> > [Ha... Ini menjadi asas pergerakan Arqam. Memang dia bangga 
sangat 
> dengan
> > aurad Muhammadiah dia. Memang dari dulu sampai sekarang. 
> Masalahnya, bab
> > fekah pun kelam kabut nak cerita, tetiba kata Imam Mahadi ikut 
> ajaran dia
> > pulak? Lawak... Lawak...]
> > 
> > 15. Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama' 
bertaraf 
> Rasul.
> > Dia menamakan dirinya 'Rasul yang bukan Rasul'. Dia berpendapat, 
> Allah
> > telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.
> > 
> > [Ni pun baru dengar. Betul dia cakap camtu? Astaghfirullahal 
> Azim... Nabi
> > Muhammad pernah berkata bahawa jika ada Nabi lagi selepas 
Baginda, 
> Baginda
> > tentu akan memilih Umar al-Khattab ra. Tak pulak sebut Ashaari. 
> Kan? Taubat
> > la aji oi...]
> > 
> > 16. Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji 
Asaari 
> tidak
> > menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa 
kini 
> tidak
> > mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap 
> orang lain.
> > Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada 
> para
> > pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, 
mengikut
> > pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama 
> yang tidak
> > bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang
> > dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat 
> merupakan
> > satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.
> > 
> > [Orang kalau buta iman gitu la. Syarat sah solat Jumaat 
antaranya 
> ialah 2
> > khutbah. Syarat sah khutbah pula ada beberapa perkara yang saya 
tak 
> ingat
> > satu persatu (ada dalam Kitab Fiqh Mazhab Shafie). Khutbah2 
Jumaat 
> selama
> > ini mencukup syarat & memang sah. Mangandungi semua rukun. Kalau 
> dia tak
> > pergi, macam mana dia boleh tau ada unsur fitnah? Malas cakap je 
> malas...
> > Dia tak bagi pengikutnya ikut sebab takut tempoh tahanan ISAnya
> > dilanjutkan. Ala... Pelakon popular la katakan... Ilmu dia 
banyak 
> mana
> > tiba2 nak pertikaikan khutbah yang dibuat oleh mereka yang 
> berpendidikan
> > tinggi? Betul, memang ada unsur politik dalam khutbah hari ini 
> tapi... Dari
> > segi rukun, ianya dipenuhi maka sah khutbahnya...]
> > 
> > 17. Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya 
boleh 
> dibuat
> > jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum
> > takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan 
> dan boleh
> > membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, 
sembahyang
> > tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang 
membawa 
> ibadah
> > tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan 
> ketinggian
> > taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.
> > 
> > [Ni pun dari dulu lagi saya dengar. Malah ketika saya bermalam 
di 
> markaz
> > mereka di Kandang, Melaka, beginilah keadaan mereka. Selepas 
solat, 
> nama
> > Ashaari termasuk dalam zikir. Lepas itu minat saya jadik kureng. 
> Mulanya
> > saya ingat pengikut je yang suka2 buat rupa2nya, memang orang 
tua 
> ni yang
> > ajar. Saya pernah tanya sorang bijak pandai tentang Bani Tamim 
ni. 
> Kata
> > dia... Kicap Tamin dia tau la... Hehehe...
> > 
> > Cara orang Arqam berdoa pun suka main berkat Nabi, berkat 
sohabat 
> dan lain.
> > Tanyalah ustaz2 yang selain dari orang Arqam. Perkara ni haram 
dan 
> mampu
> > membawa ke syirik. Sebab seolah2 Allah tu lemah dan perlukan 
berkat 
> Nabi
> > saw untuk tunaikan permintaan seseorang hamba...
> > 
> > Diorang ni solat pun berjemaah kat rumah je. Teringat saya, saya 
> pernah
> > tanya "Kenapa solat kat rumah je?" Kata mereka "Sebab nak 
rapatkan 
> ukhuwah
> > sesama ahli." "O..." Jawab saya. "Sesama ahli je? Dengan orang 
> kampung
> > taknak? Tak perlu?" Sorang pun tak jawab sampai hari ni...]
> > 
> > 18. Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang 
> akan
> > keluar ke alam realiti apabila 'Daulah Islamiah' berlaku di 
> Malaysia. Dia
> > berkata emas itu akan menjadi 'rezeki' untuk membangunkan 
Malaysia 
> dan
> > negara lain yang menyertai gagasan 'Daulah Islamiah'. Haji Asaari
> > berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan 
menjadi 
> negara
> > terkaya kerana 'terbukanya rezeki dari langit'.
> > 
> > [Ni belum ada orang cerita kat saya. Tapi... Pigidah! Banyak 
harta 
> konon.
> > Nak tunggu daulah dia konon. Bila? Bila? Cakap kosong boleh 
la...]
> > 
> > 19. Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi 
peribadi 
> Haji
> > Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di 
> kalangan para
> > pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji 
> Asaari,
> > koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.
> > 
> > [Ni pun baru juga. Yang saya tau dulu, gambar Ashaari banyak la 
> dalam
> > rumah2 orang2 Arqam ni. Lebih banyak dari tulisan khat nama 
Allah 
> dan Nabi
> > Muhammad. Lantak la. Agaknya dorang rasa Ashaari ni hensem 
sangat 
> kot???]
> > 
> > Begitulah kalau kita lemah iman... Bukan lemah ilmu tapi lemah 
> iman. Pokok
> > pangkal cerita di sini ialah iman. Perkukuhkan iman. Ingat, 
Israk 
> Mi'raj
> > hanya berlaku terhadap Nabi saw. Tidak orang lain. Selain 
peristiwa 
> itu,
> > kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam sighah Nabi Muhammad saw 
> adalah
> > yang boleh diterima akal sahaja. Jika seseorang mendakwa 
mempunyai 
> terlalu
> > banyak kelebihan seperti orang tua ni, berwaspadalah...
> > 
> > Sekian,
> > 
> > Wassalamualaikum warahmatullahi...
> > 
> > - Abu Naqibah -
> >
>








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke