Assalamualaikum,
 
Sekadar pandangan dari saya yang cetek ilmu ini.
 
Bagi saya, untuk kita melabel sesuatu gerakan secara pukul rata adalah tidak betul kecuali gerakan itu sangat obvious kesesatannya seperti Qadiani kerana ketuanya mendakwa dia adalah Nabi, bertentangan dengan sabda Junjungan Mulia, Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam bahawa Baginda adalah Seal of the Prophet - Penutup semua Nabi (Nabi terakhir). Untuk kes Wahabi atau mana-mana gerakan Islam lain, kesalahan mereka perlulah dihalusi secara case -by-case, sambil menjelaskan lengkap dengan dalil dan nas dimanakah yang salah itu. Dari situ, kita akan nampak adakah ia isu pokok (fundamental) seperti masalah aqidah yang kita tidak boleh taqlid dan bersumber dari sumber yang zhann (sangka-sangka) bukan secara qat'ie (100% pasti). Sekiranya isunya adalah masalah cabang (furu') yang mana dibenarkan adanya khilafiah seperti bab-bab hukum syarak melibatkan soal ibadah khusus, maka kita perlulah berlapang dada jika mereka (gerakan under review) mempunyai pandangan berbeza. Ingatkah antum peristiwa yang mana Nabi memerintahkan sahabat melakukan solat asar sebaik tiba di Bani Quraizah? Sebahagian sahabat memahami bahawa tidak boleh solat asar kecuali telah menjejakkan kaki ke tempat itu (no matter how long it takes to reach there, never ever perform the solat). Manakala sebahagian sahabat lagi berpendapat bahawa mereka mesti bergerak pantas supaya dapat lakukan solat asar dalam waktunya. Kedua-dua pendapat diterima baginda.
 
Sebagai umat Islam, tanggungjawab kita hendaklah memastikan kita memilih sesuatu hukum berdasarkan pendapat yang paling raajih berdasarkan quwwatu dalil (kekuatan dalil). Sepatah kata Imam Syafie - Jika kamu menemui pendapat yang lebih kuat, buangkanlah pendapatku jauh-jauh. Jika seorang Mujtahid Mutlak boleh mengeluarkan pendapat sebegini 'humble' apatahlagi kita yang kurang ilmu ini berbanding dengan Imam Syafie. Disini, kita akan nampak bahawasanya, sungguhpun dibenarkan taqlid kepada mazhab(dalam bab hukum syara' - isu cabang) tetapi ia tidaklah menggugurkan tanggungjawab menuntut ilmu yang difardukan ke atas semua umat Islam. Tholab al-ilmi faridhatan 'ala kulli muslimin wa muslimat - menuntut ilmu itu diwajibkan keatas umat Islam laki-laki dan perempuan (hadis).
 
Satu perkara lagi, apapun aktiviti pembongkaran kesilapan oleh gerakan Islam, kita mesti niat ianya adalah dalam rangka menjalankan amar ma'ruf nahy anil munkar (ali imran 3:110,104) bukan untuk memulakan (initiate) satu permusuhan. Kita mengingatkan dan menasihati satu-sama lain (surah al-asr) dalam rangka kasih sayang sesama saudara seagama,  bukan untuk memusuhi mereka. Adalah tidak adil terus menghukum Wahabi sebagai sesat secara borong. This is totally unacceptable. Dalam pada itu juga, pastikan info yang dicari untuk dianalisa digali dari sumber mereka, bukan sumber sekunder, apatahlagi dari sumber musuh mereka. Tidak ada istilah your enemy's enemy is your friend kerana kita bukan berlawan dengan Kafir Harbi. Bukan apa, dikhuatiri hanya disebabkan suatu hal remeh yang jatuh dalam kategori khilafiah, kita lupa musuh di luar sana yang sedang enak mengganyang saudara seagama di Iraq, di Gujerat, di Selatan Thailand dll bahagian dunia. Kerana terlalu fokus pada kuman di seberang laut, kita lupa Gajah, Dinasour & T-Rex di depan mata yang berselindung disebalik Islam Liberal dan sekutu-sekutunya.
 
Semuga Allah Subhanahu Wa Taala akan memberi kita hidayah hingga kita mengetahui  yang benar itu benar hingga kita dapat mengikutinya dan menunjukkan kepada kita yang batil itu batil hingga kita mampu menjauhinya.
 
Maaf jika terkasar bahasa.
 
Wallahu 'alam.
 
 

 



 
On 11/14/05, "suria" <"suria"> wrote:
Wahabi ...sukar untuk dimengertikan..dalam mencari kebenaran kita
sering bertemu dengan permasalahan begini, so which one is right?
nak kata salah orang besar dalam wahabi ustad hussien yee, pendakwah
terkemuka..dia juga mempraktikkan pembelajaran bahasa arab secara
lafziah yang dipelopori ustad ghani ( kalau tak silap, dari negeri
sembilan)..ada seorang pengikut dia berikan saya handphone ustad
hussien yee utk bertanya lanjut tentang kelas bahasa arab ni..
dalam pencarian kebenaran kita sering berjumpa dengan
kebetulan...bulan ramadhan baru ni seorang ustad zainal abidin beri
tazkirah, di akhirnya beliau kata terlupa nak bawa buku utk dia beri
pada surau. buku itu tulisan tok guru beliau untuk menangkis fahaman
wahabi...dia beli 30 naskah tapi nak fisabilillah aja dermakan untuk
kebaikan umat..janjinya nak beri keesokkan harinya (
deepavali)...kebetulan deepavali saya terpaksa berangkat balik ke
kg, singgah di rumah kawan yang ayahnya tok imam surau tu siap
tinggal duit utk sedekah lagi dan tolong simpankan satu naskah utk
saya baca..
lepas raya ziarah rumah kawan tu katanya tak sempat ambil, ustad tu
bawa 15 naskah sekejap orang dah ambil...so i am wondering if anyone
here has the copy of this book, i would like to have one copy...tak
jumpa di kedai buku agama yang biasa saya kunjungi...
demi untuk kebaikan umat juga...setiap persoalan pasti ada jawapan...

--- In [email protected], Putri Eja wrote:
>
> WAHABI ADALAH WAHABI
>
> Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang
asli
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
>
> Namun ...
>
> Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi
>
> Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari
> diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
> Biarlah aku dipanggil Wahabi
> Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
> Biarkan aku dipanggil Wahabi
> Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
> Biarlah aku terus dipanggil Wahabi
>
>
>            
> ---------------------------------
>  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
>








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke