Assalamualaikum warahmatullah...

Abu Nadhal... Terima kasih banyak2. Rasanya saya tak mampu nak terima
kenyataan bila orang kata Raja Arab Saudi Wahabi dan Wahabi sebagai sesat.
Rasanya saya tak boleh nak terima golongan sesat masuk syurga sebab penjaga
Ka'bah diharamkan neraka. Tapi dengan penerangan yang panjang lebar ni,
Alhamdulillah...

Harap mereka yang kerap menghina Wahabi dapat baca dengan jelas. Saya bukan
Wahabi. Saya pun tak mahir dengan Wahabi. Tapi saya ada baca Kitab Fiqh
Mazhab Syafie (Al-Fiqh Al-Manhjaj) yang disebutkan di bawah ini. Kitab
tersebut mengandungi 8 jilid (untuk edisi terjemahan) tapi rasanya jilid ke
lapan yang berkenaan hukum hudud tak tercetak2 lagi...

Saya sarankan pengikut sebuah kumpulan SESAT yang sibuk MEMFITNAH JABATAN
AGAMA KITA SEBAGAI WAHABI baca kitab ni. Selain dari aliran Syafie,
disebutkan juga keterangan2 dari Mazhab yang lain. Gunakanlah kitab ini
untuk menghadapi DAKYAH SONGSANG KETUA ANDA. Jika anda menuduh saya
memfitnah ketua anda, sebenarnya dia lebih banyak memfitnah lebih ramai
orang. Hinggakan ke Raja Fadh sekali...

Sekali lagi, jutaan terima kasih buat Abu Nadhal. Rasanya insyaAllah saya
akan sebar2kan perkara ini. Saya bukan Wahabi. Juga tidak bertaklid kepada
Syafie tetapi saya berpegang teguh kepada Firman dan Hadith. Semoga Allah
mengampunkan kesemua kita...



                                                                                
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]                                         
                                                    
                      a.xom.com                      To:      
[email protected]                                                
                      Sent by:                       cc:                        
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: Bismillah 
[hidayahnet] FW: Katakan Tidak Pada Wahabi                      
                      s.com                                                     
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      11/16/2005 12:47 PM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



kan Tidak Pada Wahabi
Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama
tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen
dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu
tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang
dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa
sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan
pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh
golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai
‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?! Bahkan
yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain
sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi? Berbagai jawapan diberikan. Ada yang
katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu
dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal
dan Abu Hanifah juga wahabi? Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil.
Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud
Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini
menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di
Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka
diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!! Ada yang kata wahabi
adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di
Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu
sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami
dan diimami oleh golongan yang sesat?!! Ada yang kata wahabi ialah golongan
tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi
bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd
al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya
sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi,
sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.
Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan
sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia
bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia
sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga
al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada
sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak
dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr.
Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi
al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah
menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah
mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis
buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit
menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan
Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: "Sesuatu yang tiada
syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan
sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) "Jangan kamu
kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara
kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian),
membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang
dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd
al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan
kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf,
kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab
ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan,
yang menzahir timbangan akidah yang bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah
al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).
Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak
pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd
al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!

Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam
al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam
al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya
menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan
amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab
dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh
semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh
Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa
yang disebut dalam kitab tersebut: "Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh
keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan
dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan
seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan
(si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari
perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan
melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga
dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya"
(1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi. Apakah semua penulis
itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama
dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab
al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab
melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam
Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian
membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu
daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan
kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang
diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34). Demikian juga kenyataan
dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin.
Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak
elok" (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh
masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: "awak
wahabi". Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab,
ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban,
beliau menjawab: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para
sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu
Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat
pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang
ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka
membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua
rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian
mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para
sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan
dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan
diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan
dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu
ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu
bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam
neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar
Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab
al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan
mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: "Ketahui sesungguhnya
yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah
diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir
dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan
menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah
yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan
kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya
Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata -maknanya-: "Berpegang
dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang
melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan
banyaknya golongan yang rosak". Adapun apa yang dilakukan oleh golongan
jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke
atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram
dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah
keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu
membantahnya tetapi tidak membantahnya". (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s.
225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi
di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan
tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika mereka membaca
kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i
yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: "adapun
menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai
kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia
adalah bid’ah yang tidak disukai" (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab
5/320 Beirut: Dar al-Fikr).

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa
tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah
fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka
diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku
buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua
mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa
takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah
al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah
memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita
sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan
terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya,
memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari
mazhab al-Syafi'i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan
kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang
dengan mazhab al-Syafi'i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja
hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina
al-Imam al-Syafi'i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah
kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri
pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi'i dalam
majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat
cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu
bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).
Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: "Kebiasaannya, taksub kepada
sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap
sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku
kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca)
sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari
penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat
melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini
membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti.." (rujukan:
Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah
m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga
berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran
ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri
saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah
pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad
s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh
sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari
r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran,
sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan
sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan
khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan
pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya
ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan
lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang
tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari
awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan
berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang
ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi.
Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya. Dalam banyak
perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’
ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Golongan yang taksub ini tidak
membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya,
sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa
dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar
mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa
yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap
imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka
adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini
sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana
sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau
selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf
umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang
kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling
dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para
muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang
menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan
pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah". (rujukan: Dr. Yusuf
al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa
al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka
juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa
oleh Amerika terhadap beliau.

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama
hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang
diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para
ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam
al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita.
Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita
menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa
yang tertera dalam buku saya "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama &
Tokoh-Tokohnya" yang dicetak pada awal tahun 2004:

"Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan
al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia
merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.
Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi
hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang
mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if
dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali
sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya.
Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang
tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita
mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun
persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi
orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang
menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri,
atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H)
ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: "Aku
katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat
seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi,
Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali
bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak,
melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din
al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang
terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya
turut mengakui hal ini dengan menyatakan: "Adapun apa yang dianggap cacat
pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini
kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith".
(rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449,
Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum
al-Din antaranya:

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa
Al-Nihayah: "Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali
mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya
mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan
tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar
dan palsu".( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar
al-Kutub al-`Ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): "Kemudian datang Abu Hamid
al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan
mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak
tahu kebatilannya".( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut :
Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): "Adapun kitab al-Ihya
padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya
adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang
menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah
ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa
yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara
perkataan dan perbuatan".( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

-Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): "Abu Hamid (Al-Ghazali)
tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat
salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu.
Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu
al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan
dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya".( Ibn
Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz
al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita
katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di
negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu
Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu
itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab
persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas
pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan
memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah
untuk kami dan anda juga !!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang
buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya
itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh
golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang
yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta
kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’. Ya untuk syafii, ya untuk
Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan
taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk
dimazhabkan.


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



                                                            SPONSORED LINKS


                                                                 
 Divine inspiration                               Islam          
                                                                 



                            YAHOO! GROUPS LINKS

       Visit your group "hidayahnet" on the web.

       To unsubscribe from this group, send an email to:
       [EMAIL PROTECTED]

       Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke