Assalamualaikum,

Saya kak shamsiah,harap dapat emailkan kelas2
penggajian Dr Mohd Asri yang diadakan di Kuala Lumpur.
Sekian terima kasih

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

>   Katakan Tidak Pada Wahabi 
>   Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
> 
> Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat
> berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah.
> Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen
> dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh
> seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan
> tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang
> dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang
> yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya
> sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. 
> 
> Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika
> seseorang memberikan pandangan agama yang bukan
> menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan
> agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan
> sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu
> menahu wahabi itu apa?! Bahkan yang membuat tuduhan
> itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu
> wahabi?!
> 
> Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
> melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu
> wahabi? Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan
> wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika
> kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga
> demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
> Hanifah juga wahabi? Dia diam. Ada yang kata: wahabi
> tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La
> ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH,
> tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka
> ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka
> kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz
> al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan
> mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka
> kafir?!! Ada yang kata wahabi adalah mereka yang
> belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar
> di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi.
> Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang
> Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami
> dan diimami oleh golongan yang sesat?!! Ada yang
>  kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita
> beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi
> bermazhab Hanbali. 
> 
> Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah
> pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ
> digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya
> sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang
> menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca
> buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya
> menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang
> ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada
> kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab
> fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya.
> Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh
> dalam hadith, sehingga al-Albani pernah
> mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai
> tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi
> ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak
> manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak
> dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh
> al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi
> al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab
> perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk
> memelihara benteng
>  tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran
> tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah
> menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara
> tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara
> dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
> gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah
> Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga
> memujinya dengan menyebut: "Sesuatu yang tiada syak
> padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk
> meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
> yang agung (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan
> manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85),
> bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah
> terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat,
> jihad dan mengembalikan individu muslim kepada
> berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang
> terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab
> pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk
> mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum
> dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah
> dan
>  penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab
> ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian
> (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan
> akidah yang bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah
> al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani
> ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian
> beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti
> apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji
> Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi
> atau tidak?!!!
> 
> Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah
> mazhab al-Imam al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh
> al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia
> agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya
> menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut
> yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka
> dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab
> dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh
> penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam
> al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh
> Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila
> saya baca antara apa yang disebut dalam kitab
> tersebut: "Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh
> keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang
> ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan
> berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya.
> Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta
> peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang
> belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih
> haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak
>  yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan
> anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan
> perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan
> memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya
> dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu wahabi?!!.
> Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak
> sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah
> ada dua mazhab al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah, mari
> kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata
> Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya)
> dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah
> bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan
> segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu
> daripada menanam dia dan kemudian daripadanya
> seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan
> demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang
> diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34).
> Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh
> Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin.
> Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut:
>  "Maka bid'ah yang tidak elok" (7/130). Apakah
> mereka semua juga wahabi?!!. 
> 
> Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban
> seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari
> tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: "awak wahabi".
> Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin
> ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi
> apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau
> menjawab: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi
> s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di
> masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban,
> membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti
> yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.
> Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun
> pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
> Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at
> dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula
> dengan niat tidak bergantung kepada manusia,
> kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah
> dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in
> dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang,
> yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga
> bercanggahan
>  dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu
> Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang
> berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah
> bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan
> ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala
> kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan
> itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap
> yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang
> bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam
> neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah,
> 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau
> juga wahhabi?!! 
> 
> Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh
> agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau
> membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara
> membaca al-Quran. Beliau berkata: "Ketahui
> sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi
> amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika
> mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan
> bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu
> lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran
> mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah
> yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang
> cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan
> banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya
> Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata
> -maknanya-: "Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan
> engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya.
> Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh
> dengan banyaknya golongan yang rosak". Adapun apa
> yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu
> melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang
>  lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang
> tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama.
> Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah
> keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya
> sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak
> membantahnya". 
=== message truncated ===



        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke