Sultan kesal rakyat Kedah tertinggal kemudahan asas
Thursday, November 17 @ 21:25:32 MYT


Oleh HELMI KHALID
ALOR STAR, 17 Nov (Hrkh) - Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah hari ini menyuarakan rasa hati rakyat yang selama ini masih belum menikmati beberapa kemudahan asas di kampung-kampung.

Seterusnya baginda juga menegur bahawa terdapat kawasan penempatan rakyat terutamanya golongan nelayan yang terdedah kepada ancaman hakisan dan ombak besar serta perlunya kerajaan Kedah membuat perubahan drastik dalam kaedah menyalurkan bantuan kepada goilongan yang memerlukan.
Tuanku Sultan Kedah bertitah demikian ketika mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet Kedah 2006 di Wisma Darul Aman, di sini.
Turut berangkat, Tuanku Sultanah Kedah, Tuanku Hajjah Haminah Binti Haji Hamidun, Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik, Raja Puan Muda, Kerabat DiRaja, pembesar istana, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan.
Titah baginda, "walaupun peruntukan untuk prasarana luar bandar telah disediakan selama ini, namun Beta masih mendengar keluhan rakyat di kawasan tertentu yang belum dapat menikmati kemudahan jalan kampung dan lampu jalan di dalam kawasan masing-masing.
"Oleh itu Beta berharap supaya isu ini diteliti agar tiada lagi kampung yang tidak memiliki prasarana asas."
Menyentuh pembelaan terhadap golongan nelayan baginda bertitah," Beta sukacita di atas usaha Kerajaan Negeri untuk memoden dan mempelbagaikan aktiviti perikanan bagi meningkatkan pendapatan nelayan.
"Golongan ini perlu dibela kerana mereka tergolong di dalam kumpulan berpendapatan rendah dan mendiami di kawasan yang belum mempunyai prasarana yang sempurna.
Beta mendapat maklum terdapat kawasan penempatan nelayan yang terdedah kepada ancaman hakisan dan ombak besar.
"Beta berharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan tapak perumahan yang baru dan selesa kepada golongan ini bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku, langkah ini juga akan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga nelayan di masa hadapan."
Selain itu, titah ucapan Tuanku Sultan Kedah kali ini juga menyeru agar dibuat perubahan yang lebih sistematik ke atas kaedah penyaluran bantuan agar golongan termiskin dapat dibasmi sepenuhnya menjelang tahun 2009.
"Antaranya ialah penubuhan pengkalan data mengenai Program Rakyat Termiskin di Peringkat Negeri bagi tujuan mendaftar keluarga termiskin, mengesan kedudukan sosioekonomi dan menyalurkan bantuan yang diperlukan," sambung baginda lagi.
Dijadualkan pada jam 3.00 petang ini, Pemangku Menteri Besar Kedah, Dato' Mahdzir Khalid akan membentangkan Bajet Kedah 2006, tentu sekali titah ucapan Tuanku Sultan ini menjadi satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri yang beria-ria muncul sebagai negeri maju pada 2010 nanti tercabar memandangkan kejayaan yang dicapai tidak dirasai sepenuhnya oleh rakyat selama ini.
Istiadat pembukaan pagi tadi sedikit tercemar dengan kealpaan Spekear, Dato Md. Rozai Shaffian yang menangguhkan persidangan sebaik sahaja selesai titah ucapan Tuanku Sultan.
Sejurus pengumuman oleh Spekear, sebahagian besar dif-dif yang berada dalam dewan bangun untuk bersurai termasuk para Exco kerajaan, bagaimanapun duduk semula apabila mendengar pengumuman,"Sekarang dijemput, Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kedah untuk membaca doa."
-zs


Yahoo! Model Search - Could you be the next catwalk superstar? Check out the competition now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke