Assalamualaikum......
Biasanya wahabi nie sering dikaitkan dgn mereka yg hanya percaya pada Al-Quran dan Hadith sahaja,mereka nie biasanya menolak segala pendapat dari Ulama2 malah ada segelintir dari mereka menolak amalan para sahabat,contoh amalan solat terawih 20 rakaat yg saidina umar anjurkan dan sebagainyer,alasan mereka itu semua binaah dan Rasulullah tak pernah melakukan perkara tersebut.
Tapi mungkin mereka lupa Allah S.W.T sendiri memberi mandat kepada ulama2 seperti mana firmanNya Dalam Al-Quran
'TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL DAN pemimpin dari kamu'
maka persoalan timbul pulak,
andai kita taati Allah,Allah tak pernah silap,Andai kamu taati Rasulullah,jika Rasulullah silap Allah akan menegur dan membetulakan,tp kalau kamu hanya mentaati pemimpin dari kamu(ulama)kalau mereka silap siapa yg akan menegur?
maka disini juga kite kene ingat
Rasulullah juga pernah bersabda 'aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yg manajika kamu mengikutnya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-sunnah,
maka pilihlah pemimpin dari mereka yg berpandukan 2 sumber ini,
tak salah kalau kite mengikut kata2 ulama2 selagi mereka mengikut sumber asal iaitu Al-Quran dan as-sunnah,
jangan senang2 mengatakan sesuatu itu khurafat,syirik atau sebagainya hanya kerana Rasulullah tak pernah lakukan,memang benar Rasulullah pernah bersabda bahawa segala yang baru itu adalah bidaah, tapi kite kene ingat juga bahawa Rasulullah juga pernah bersabda bahawa apa yg Sahabat aku lakukan ada benar,bidaah itu ada juga bidaah hasanah,
Sebagai contoh zaman Rasulullah tak ada pembukuan AL-Quran,masa tu Al-Quran hanya dihafal atau di tulis atas kulit binatang atau kulit kayu,tp selepas itu Al-Quran dikumpulkan dan dibukukan sebab ramai para hafiz yg
meninggal,dlm hal penceraian kalau si suami ckp dia jatuhkan talak 3 pun dikire talak satu,tp masa zaman para sahabat ia menjadi seoalah2 permain hingga asyik menyebut talak 3,sebab tuh khalifah pada zaman tersebut meletakkan kalau sebut talak 3 maka jatuh talak 3,dalam pembayaran zakat,mazhab syafie tak benarkan pembayaran ditukar ke dlm bentuk wang dan zaman Rasulullah pun tak dibuat pembayar zakat menggunakan duit,tp mazhab hanafi(kalau tak silap) membenarkan,(nmpk sgt kite kat m'sia bukan ikut sepenuhnya mazhab syafie tul tak)
maka fikirlah semula siapa kite dan sejauh mana iman kite yang melayakkan kite menuduh perbuatan itu dan ini adalah bidaah dan khurafat melainkan ia adalah sesutu yg jelas nyata dan terang bertentangan dari ajaran Islam,
tp dalam masa yang sama janganlah kite mengutuk mereka yang hanya berpegang pada Al-Quran dan Hadith sebagai wahabi atau lebih teruk melebelkan mereka sesat sebab mereka juga
bersumberkan Al-Quran dan Hadith,
Waallualam
--- In [email protected], Putri Eja wrote:
>
> WAHABI ADALAH WAHABI
>
> Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang
asli
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
> Lalu aku dipanggil Wahabi
>
> Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
>
> Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
>
> Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
>
> Namun ...
>
> Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi
>
> Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari
> diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
>
> Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
> Biarlah aku dipanggil Wahabi
> Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
> Biarkan aku dipanggil Wahabi
> Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
> Biarlah aku terus dipanggil Wahabi
>
>
>
> ---------------------------------
> Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
>
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
- Bismillah [hidayahnet] Biarlah aku dipanggil Wahabi bingkisan nurani
- Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku dipanggil Wa... abuamir_qalantani
- Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku dipanggi... suria
- Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku ... Caring Mommy
- Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku ... accfinbcd
- Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah ... Rozali Abdullah
- Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku ... suria
- Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah... saidanafisah
- Bismillah [hidayahnet] Re: Biarlah aku dipa... saidanafisah
