Assalamualaikum,
Apabila ditelusuri makna talkin, dapatlah diketahui bahawa talkin itu adalah mengajar orang yang sedang nazak seperti mana sabda Nabi - "Ajarkanlah orang yang hendak meninggal dunia itu kalimat Laa ila ha illallah kerana dia melihat apa yang kamu tidak nampak".
Malangnya, umat Islam hari ini memahami bahawa talkin ialah mengajar jenazah yang telah dikebumikan. Maka, orang hidup kononnya mendapat 'manfaat' dari talkin itu dan bukannya si mati. Bukankah telah kita ketahui bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara - ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Doa ini juga bukan mesti pada hari2 tertentu mcm yang Hindu buat ( 7, 40, 100, 1000 hari ). Kalau rajin selak ruangan OBITUARY, antum akan nampak angka-angka ini yang mana Hindu buat 'tahlil' untuk simati.
Berdasarkan beberapa contoh di atas, ini bukan bermakna saya ini penyokong Wahabi. Saya hanya meneliti apa yang jatuh dalam kategori bid'ah berdasarkan nas/dalil, selain dari sesi usrah yang saya hadiri secara regular setiap minggu.
Membaca Yaasin di malam Jumaat hukumnya sunat tetapi perlu diingat bahawasanya, bukan malam jumaat sahaja yang sunat baca, tetapi ia juga sunat di malam-malam lain, juga di masa-masa lain (contoh: siang hari). Tidak pula ditemukan nas yang mengatakan membaca yaasin di malam jumaat itu sunat secara specific (exclusively on Friday nite). Jika antum ada, silalah kemukakan untuk diteliti bersama.
Sikap kita
Apabila kita tidak tahu, wajiblah kita mencari supaya kesamaran kita tercerah jua. Janganlah hanya kerana ia disebut oleh golongan cendekiawan agama ia mesti confirm 100% tepat seolah-olah mereka ma'sum.
Dalam kuliah Syariah yang saya hadiri secara part time di sebuah IPTA setiap minggu, pensyarah berstatus prof madya yang ada PhD mengatakan hal-hal yang "pelik-pelik" yang antaranya:-
1. Rasuah (sogokan) tidak dianggap rasuah jika niat nak elakkan projek/tender diambil oleh pihak kafir. Disini, matlamat menghalalkan cara.
2. Duit bunga (riba/interest) adalah hak orang miskin so dermakan pada golongan itu atau buat tandas.
3. Penggunaan DNA bagi bagi tujuan genetic re-engineering keatas tomato boleh asalkan produk akhir (end product) tidak ada ciri DNA asal iaitu babi.
Antum bayangkan jika kita anggap segala kata2 orang bergelar prof mesti betul, alamat lepas ni ramailah orang Islam yang menjolok sana-sini sebab nak dapat projek dan tender.
Sepatah kata Saidina Ali - Unzhur maa qiila laa tanzhur man qaala - lihatlah apa yang dikatakan, bukan pandang siapa yang berkata.
Semuga kita bukan tergolong pada orang yang simply jump to final conclusion tanpa menyelidiki secara adil berdasarkan nas yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah, bukan sekadar membuat tuduhan berdasarkan 'hearsay' semata-mata.
Wallahu 'alam.
On 11/27/05, "suria" <"suria"> wrote:
cuba baca suratkhabar hari ni, i reserve my comment;
Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan
cerdik pandai muda
Oleh NAZERI NONG SAMAH
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan
sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan
semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.
Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang
meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa,
berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat
yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.
Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi
pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai
ultrakonservatif ini.
Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu
melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan
yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah
dan khurafat.
Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr.
Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman
ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di
kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara
ini.
``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan
sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat,
tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.
``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi
penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul,
syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini
hari ini.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak
kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan
majoriti umat Islam negara ini.
Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul
Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18
Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.
``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul
Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan
ekstremnya itu.
``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga
menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di
Turki,'' katanya.
Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul
Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran
yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman
ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan
dengan mereka.
Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman
ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah
itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.
``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil
pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada
pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.
``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain
daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof
Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut
dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah
wal jamaah.
``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras
khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga
menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.
``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,''
katanya.
Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan
ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan
bijaksana demi kebaikan agama.
``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan
kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq
sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.
--- In [email protected], "abuamir_qalantani" wrote:
>
> waalaikumussalam..
>
> cuba kita kaji atau mencari jawapan dalam kitab kitab tafsir yg
> muktabar..kenapa Allah berfirman "taatlah kamu kepada Allah dan
> taatlah kamu kepada rasul dan pemimpin dikalangan kamu". persoalan
> kenapa pada kalimah pemimpin,Allah tak letak kalimah taat? hanya
> untuk Allah dan rasul,Allah letak kalimah taat,tapi bila sampai
kat
> kalimah pemimpin,Allah tak letak kalimah taat...
>
> --- In [email protected], bingkisan nurani wrote:
> >
> > Assalamualaikum......
> >
> > Biasanya wahabi nie sering dikaitkan dgn mereka yg hanya
percaya
> pada Al-Quran dan Hadith sahaja,mereka nie biasanya menolak segala
> pendapat dari Ulama2 malah ada segelintir dari mereka menolak
amalan
> para sahabat,contoh amalan solat terawih 20 rakaat yg saidina umar
> anjurkan dan sebagainyer,alasan mereka itu semua binaah dan
> Rasulullah tak pernah melakukan perkara tersebut.
> >
> > Tapi mungkin mereka lupa Allah S.W.T sendiri memberi mandat
> kepada ulama2 seperti mana firmanNya Dalam Al-Quran
> > 'TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL DAN pemimpin dari kamu'
> > maka persoalan timbul pulak,
> > andai kita taati Allah,Allah tak pernah silap,Andai kamu taati
> Rasulullah,jika Rasulullah silap Allah akan menegur dan
> membetulakan,tp kalau kamu hanya mentaati pemimpin dari kamu(ulama)
> kalau mereka silap siapa yg akan menegur?
> > maka disini juga kite kene ingat Rasulullah juga pernah
> bersabda 'aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yg manajika kamu
> mengikutnya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-
> sunnah,
> >
> > maka pilihlah pemimpin dari mereka yg berpandukan 2 sumber ini,
> > tak salah kalau kite mengikut kata2 ulama2 selagi mereka
> mengikut sumber asal iaitu Al-Quran dan as-sunnah,
> >
> > jangan senang2 mengatakan sesuatu itu khurafat,syirik atau
> sebagainya hanya kerana Rasulullah tak pernah lakukan,memang benar
> Rasulullah pernah bersabda bahawa segala yang baru itu adalah
> bidaah, tapi kite kene ingat juga bahawa Rasulullah juga pernah
> bersabda bahawa apa yg Sahabat aku lakukan ada benar,bidaah itu
ada
> juga bidaah hasanah,
> >
> > Sebagai contoh zaman Rasulullah tak ada pembukuan AL-
Quran,masa
> tu Al-Quran hanya dihafal atau di tulis atas kulit binatang atau
> kulit kayu,tp selepas itu Al-Quran dikumpulkan dan dibukukan sebab
> ramai para hafiz yg meninggal,dlm hal penceraian kalau si suami
ckp
> dia jatuhkan talak 3 pun dikire talak satu,tp masa zaman para
> sahabat ia menjadi seoalah2 permain hingga asyik menyebut talak
> 3,sebab tuh khalifah pada zaman tersebut meletakkan kalau sebut
> talak 3 maka jatuh talak 3,dalam pembayaran zakat,mazhab syafie
tak
> benarkan pembayaran ditukar ke dlm bentuk wang dan zaman
Rasulullah
> pun tak dibuat pembayar zakat menggunakan duit,tp mazhab hanafi
> (kalau tak silap) membenarkan,(nmpk sgt kite kat m'sia bukan ikut
> sepenuhnya mazhab syafie tul tak)
> >
> > maka fikirlah semula siapa kite dan sejauh mana iman kite yang
> melayakkan kite menuduh perbuatan itu dan ini adalah bidaah dan
> khurafat melainkan ia adalah sesutu yg jelas nyata dan terang
> bertentangan dari ajaran Islam,
> >
> > tp dalam masa yang sama janganlah kite mengutuk mereka yang
> hanya berpegang pada Al-Quran dan Hadith sebagai wahabi atau lebih
> teruk melebelkan mereka sesat sebab mereka juga bersumberkan Al-
> Quran dan Hadith,
> >
> > Waallualam
> >
> >
> >
> > --- In [email protected], Putri Eja wrote:
> > >
> > > WAHABI ADALAH WAHABI
> > >
> > > Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah
> yang
> > asli
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-
Syafie
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh
Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
> > > Lalu aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
> > >
> > > Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
> > >
> > > Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
> > >
> > > Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
> > >
> > > Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
> > >
> > > Namun ...
> > >
> > > Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah
> aku
> > dipanggil Wahabi
> > >
> > > Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah
dari
> > > diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
> > Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > >
> > > Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
> > > Biarlah aku dipanggil Wahabi
> > > Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
> > > Biarkan aku dipanggil Wahabi
> > > Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
> > > Biarlah aku terus dipanggil Wahabi
> > >
> > >
> > >
> > > ---------------------------------
> > > Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
> > >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > -----------------------------------------------------------------
--
> -------
> >
> > All views expressed herein belong to the individuals concerned
and
> do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
> sanctioned or approved otherwise.
> >
> > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish
> to get a daily digest of emails by logging-on to
> http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings
or
> email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
> title "change to daily digest".
> >
> >
> >
> > SPONSORED LINKS
> > Divine inspiration Islam
> >
> > ---------------------------------
> > YAHOO! GROUPS LINKS
> >
> >
> >
> > Visit your group "hidayahnet" on the web.
> >
> > To unsubscribe from this group, send an email to:
> > [EMAIL PROTECTED]
> >
> > Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
> Service.
> >
> >
> > ---------------------------------
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> > ---------------------------------
> > Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
> >
>
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
