TELUK INTAN 18 Nov. - Enam ajaran sesat dikesan di negeri Perak yang kebanyakannya bergerak aktif di kalangan masyarakat luar bandar, kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.
Sehubungan itu, beliau yakin lebih banyak kumpulan ajaran sesat mungkin wujud di negeri ini jika tidak ada pemantauan khusus dilakukan terhadap amalan serta ajaran dibawa oleh mereka.
``Kita sedang memantau secara rapi ajaran ini kerana kebanyakan mereka kini menjalankan ajaran itu secara senyap tetapi kita akan memberkas mereka jika sekiranya memberi kuliah atau berucap kepada orang ramai secara terang-terang,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pemurnian akidah Ajaran Tarikat Matabat Tujuh @ Wahdatul Wujud @ Tarikat Sakratul Maut yang dibawa oleh Hamzah Embi di Dewan Perbandaran Teluk Intan, Hilir Perak di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu nama-nam ajaran sesat tersebut dan kawasan mereka bergiat cergas.
Dalam pada itu, Hamzah Embi yang mendalangi ajaran Tarikat Martabat Tujuh @ Wahdatul Wujud @ Tarikat Sakratul Maut bersama isteri dan beberapa pengikutnya bertaubat dan dimurnikan akidahnya di hadapan Mufti Perak.
Ajaran yang dibawa oleh Hamzah Embi terbukti menyeleweng pada 1993 apabila Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat keputusan bahawa ajaran diamalkan oleh Hamzah Embi dan pengikutnya menyalahi, menyesatkan dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.
Sesiapa yang mengamalkannya dihukum syirik dan terkeluar daripada Islam.
Hamzah mengembangkan ajarannya yang antara lain mendakwa mempunyai keistimewaan luar biasa seperti bergaduh dengan hantu semasa menziarahi orang mati, mengamalkan ilmu kebatinan dalam mengubat penyakit, dapat melihat pahala, syurga dan neraka dan tidak perlu menunaikan solat Jumaat.
``Dia sudah mengucap dua kalimah syahadah di depan saya dan saya menganggap dia dan isterinya sudah bertaubat dengan kesalahan lalu.
``Saya berharap dia tidak mengamalkan lagi ajaran salah itu dan Jabatan Agama Islam Perak mengambil masa lebih tiga tahun untuk memurnikan akidah Hamzah,'' kata Harussani.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
