Salam.......
Yang BN beriya-iya sangat nak menang PR Pkln Pasir tu
kenapa ye? Nak memerintah negeri Kelantan ke? Kata
Kelantan tu miskin, dho'if, mundur, takde
hasil....ke.... ada "kekayaan tersembunyi" kat sana
yang BN nak kaut??  Atau nak bawa " musibah " masuk ke
Kelantan??
Jangan laa macam tu....kesian rakyat Kelantan nanti..
jadi macam rakyat Terengganu, BN cuma bagi "WANG
EHSAN" (minyak) bila Pas menang kat sana....MORAL....

Rakyat dah tahu temberang orang BN,  sebelum PR mcm2
ada...janji2, itu ini, tak dapat cara gentle, demo
guna cara auta. Cukup laa negeri2 lain dimajukan dan
diperkayakan dgn hasil2 yang DIRAGUI  keHALALan
sumbernya, hasil dari cukai rokok, cukai ARAK, cukai
JUDI, cukai dari pusat2 hiburan yang membekalkan
kegiatan MAKSIAT, RASUAH yang menafikan HAK mereka
yang berHAK, dan macam2 lagi....dan kalau BN menang
sekalipun di Kelantan, tolong lah JANGAN BAWA MASUK
BENDA2 NI KE NEGERI KELANTAN!!!!  PLEASEEEEE!.... I
BEG YOU MYLORD!!!.... Kesian & kasihanilah rakyat
Kelantan.

Banyak lagi benda2 mungkar (yang ditinggalkan oleh
ex-BN) kat sana yang belum habis di SETTLE oleh PAS,
BN nak bring-in yang lain lagi ke??...Nak bawa masuk
ISLAM HADHARI yang menghalalkan pesta2 hiburan yang
melalaikan tu, nak bawa masuk ISLAM HADHARI yang tak
marah kalau bini kita sendiri tak tutup 'aurat ( tak
tahu lah saya kalau hukum menutup 'aurat tu dah
REVISED)!! Itu belum kira bab-lain yang ditonjolkan
oleh segelintir pemimpin dari BN. Kalau dah waktu
Solat Maghrib, Datok tu ( Menteri ) bersama isterinya
yang separuh bogel menghadiri Anugerah apa entah
sedikit masa dulu, siap ada siaran langsung kat TV
lagi. Lps tu, dalam Majlis Anugerah tu pulak terdapat
unsur2 maksiat yang jelas dan nyata spt tarian dan
nyanyian dari artis wanita yang baligh ( yang hukumnya
WAJIB menutup 'aurat ) yang mengasyikkan dan
melalaikan (maksiat), sure terlepas waktu Maghrib
punya  bila majlis tamat dekat2 tengah malam! ISLAM 
ke macam tu?? Dan tak mustahil benda2 yang macam gini
dibawa masuk ke Kelantan kalau BN menang kat sana atas
alasan RAKYAT KELANTAN DAHAGAKAN HIBURAN!! Boleh
gitu?? 

Kalau dah penampilan segelintir orang KERAJAAN "Negara
Islam" dah macam gitu, agak2nya prinsip AMAL MA'RUF
NAHI MUNGKAR yang dianjurkan oleh Al-Quran akan
terlaksana ke? Al-Quran dah cakap..."KUUNTUM KHAIRA
UMMAH, UKHRIJAT LINNAASI TA'MURUUNA BIL MA'RUUFI WA
TANHAUNA 'ANIL MUNGKAR"....Tak ngaji Quran ke apa? 

Mungkin pada anda semua, masalah menutup 'aurat tu
dipandang kecil/ringan, tapi bagamana kalau kerajaan
menghalalkan pesta2 hiburan yang menyebabkan rakyat
tertinggal solat? (walaupun dia sendiri tak
meninggalkannya).AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR ke tu?? Dosa
besar beb!!...

Itu baru pasal 'aurat, belum lagi cerita benda2
mungkar yang lain yang JELAS dan NYATA diamalkan di
Negara Islam Malaysia ni. Biarlah Kelantan, tak maju
pun tak apa asalkan hidup rakyatnya tidak dimurkai
Allah. Semoga Kelantan Daarul Na'im sentiasa dirahmati
Allah...amiin!

Apa yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu
adalah dari kelemahan saya sendiri....

 "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAHI..."

Wassalam!






--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> 
> Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:      Mari
> berhujah atas isu moral
> 
>   Roslan SMS
>   
> Akhbar The STAR hari ini melaporkan yang Timbalan
> Presiden Umno Najib Tun Razak menggesa agar kerajaan
> PAS Kelantan membubarkan Dewan Undangan Negeri
> Kelantan kiranya tewas di pilihanraya kecil DUN
> Pengakalan Pasir 6 Disember ini. Kata beliau
> mustahil PAS dapat mentadbir negeri tersebut dengan
> selesa dengan kelebihan cuma 1 kerusi.
> 
> Kata beliau:
> 
> There was no provision in the constitution to force
> the Kelantan State Assembly to be dissolved but
> added that MORALLY, PAS should give the rakyat fresh
> mandate to choose a government of their choice. 
> 
> Tidak ada peruntukkan di dalam perlembagaan yang
> memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan,
> walaubagaimanapun dari segi MORAL, PAS sepatutnya
> memberikan mandate baru kepada rakyat bagi memilih
> kerajaan yang mereka mahu.
> 
> Bermakna kalau kerajaan PAS terus juga memerintah
> dengan majoriti 1 kerusi pada pandangan Najib PAS
> Kelantan tidak bermoral.
> 
> Menarik juga bila pemimpin Umno mula bersyarah dan
> mendendangkan lagu MORAL. Kerana pada persepsi
> masyarakat ramai biasanya yang tidak ber MORAL itu
> adalah Umno sendiri. Sekadar renungan berikut saya
> titipkan beberapa insiden TIDAK BERMORAL Umno untuk
> tatapan semua pihak. Mungkin senarainya boleh
> diperpanjangkan lagi.
> 
> Pertama:
> 
> Mengapa Rafidah Aziz masih Menteri MITI sehingga
> hari ini? Setelah , ditelanjangkan oleh bekas PM Tun
> Dr M, dibelasah dalam Perhimpunan Umno, dikerjakan
> dalam Dewan Rakyat kerajaan Umno BN masih
> mengekalkan Rafidah sehingga hari ini. Tidakkah
> tindakan Pak Lah dan Najib ini tidak ber MORAL?
> 
> Kedua:
> 
> Lembaga Disiplin Umno telah mendapati beberapa
> pemimpinnya terlibat dalam politik wang termasuklah
> seorang menteri, beberapa anggota EXCO termasuklah
> wakil rakyat. Ada yang digantung keahlian, diberi
> amaran dan seumpamanya. Kesalahan mereka adalah
> terlibat dalam politik wang iaitu menyogok orang
> lain untuk mendapatkan kuasa, ringkasnya mengamalkan
> rasuah. Umno sepatutnya dari segi MORAL melaporkan
> semua pesalah ini ke BPR untuk diadili pula menurut
> undang-undang negara. Mengapa tidak?
> 
> Ketiga:
> 
> Mereka-mereka di atas walaupun ada yang disuruh
> meletakkan jawatan Menteri dan seumpamanya, namun
> tidak melepaskan kerusi-kerusi mereka. Contohnya Isa
> Samad masih lagi seorang ahli parlimen. Dari segi
> MORAL sepatutnya Isa yang didapati bersalah
> bergelumang dengan rasuah politik turut dinasihat
> mengosongkan kerusinya. Mengapa tidak?
> 
> Keempat:
> 
> Kaum kerabat pemimpin Umno BN terang-terangan
> terlibat dalam perniagaan yang ada diantaranya
> terbabit dengan kontrak ataupun kepentingan
> kerajaan. Dulu orang menuduh Tun Dr M mengamalkan
> kronisma dan nepotisma, kini ianya sudah menjadi
> amalan biasa. Sepatutnya dari segi MORAL ahli
> keluarga Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib
> Presiden dan seluruh pimpinan kanan Umno dan BN
> tidak terlibat dalam amalan seumpama ini. Bolehkah
> dari segi MORAL umpamanya syarikat yang menantu PM
> menjadi salah seorang pengarahnya dibenarkan
> menganjurkan lawatan misi perniagaan ke negara luar
> yang turut disertai oleh PM dan menteri-menteri
> kanannya?
> 
> Kelima:
> 
> Pengerusi Briged Putera Umno secara terang-terangan
> dalam satu wawancara mendakwa bahawa beliau
> berkelulusan MBA dari sebuah universiti di AS.
> Apabila disiasat didapati bahawa beliau tidak pernah
> malah tidak layak pun memasuki IPT dengan latar
> belakang akademiknya yang rendah. Beliau didakwa
> telah membeli ijazah tersebut. Dari segi MORAL
> bagaimana Umno boleh membenarkan seorang yang
> sedemikian rupa memimpin pula anak-anak muda remaja
> di dalam parti tersebut?
> 
> Keenam:
> 
> Amalan menyogok dan menggula-gulakan para pengundi
> semasa PRU atau PR Kecil memang merupakan
> keistimewaan Umno zaman-berzaman! Malah ianya sedang
> pun berlaku di Pengkalan Pasir. Jelas tindakan ini
> tidak ber MORAL mengikut apa standard sekalipun.
> Termasuklah usaha untuk membeli adun-adun PAS dan
> semasa PRU lalu membeli calon-calon PAS sebegaimana
> yang ditangkap terang-terang di Johor.
> 
> Banyak lagi isu-isu moral yang lebih besar
> melibatkan Umno dan BN tidak ditangani dengan
> sewajar-wajarnya, tiba-tiba Najib dan para pemimpin
> Umno mahukan kerajaan PAS Kelantan bertindak
> mengikut moral.
> 
> Saya yakin sekiranya kempen PR Kecil di Pengkalan
> Pasir dapat dijamin dijalankan dengan seadil dan
> setelus-telusnya insyallah PAS akan dapat bertahan
> di sana, dan kestabilan kerjaaan PAS Kelantan
> terjamin.
> 
> Kalau ditakdirkan kalah sekalipun isu MORAL tidak
> berbangkit kerana Najib sendiri akui tiada
> peruntukkan dalam perlembagaan yang boleh memaksa
> sesebuah dewan dibubarkan dalam siatuasi sedemikian.
> Yang jelas terbabit dan terpalit dengan isu MORAL
> adalah Umno, maka selesaikanlah perkara-perkara
> moral dalam rumah tangga sendiri sebelum mahu
> menjenguk dan konon-kononnya membersih rumah tangga
> orang lain. [EMAIL PROTECTED]
>    
>   SILA KE BLOG ROSLAN SMS
>   http://n32.blogspot.com/
> 
> 
> 
>               
> ---------------------------------
>  Yahoo! Model Search  - Could you be the next
> catwalk superstar? Check out the competition now 



                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke