Assalamualaikum,
 
Bagi saya, jika niat adalah hendak membongkar kemaksiatan yang dilakukan oleh seorang lelaki dan wanita Islam, kenapa mesti mention Putera dan Puteri? Saya nampak, penulis lebih berminat hendak highlight parti yang dianggotai oleh tertuduh , rather than melakukan amar ma'ruf nay munkar dalam erti kata sebenar. Kalau yang melakukannya ialah anggota NISA - are u going to highlight it also or try to rephrase it in such a way that the political ideology will never ever be revealed?
 
UMNO atau bukan UMNO - mereka tetap orang Islam dan tidak boleh melabel secara pukul rata. Kelakuan mereka tidak mewakili populasi anggota UMNO. Kenapa agaknya mereka (Putera dan Puteri) jadi begini? Sudah adakah yang cuba mendekati orang UMNO dan cuba mentarbiah mereka agar mengambil Islam, agar meninggalkan perjuangan politik berasaskan assobiyah (nasionalisme) yang dilarang Rasulullah? Telahkah ada yang mendekati agar mereka memenuhi kehendak seksual dengan jalan yang syar'ie?
 
Kadang2 kita nampak kesalahan orang lain dan terus nak 'highlight' tetapi diri kita sendiri yang kononnya lebih alim dari pihak yang dituduh itu tidak buat dakwah pun untuk mengajak mereka itu mematuhi hukum syarak sebaliknya lebih highlight nak menang undi.
 
Sepatah kata Abdullah bin Rawahah - "Aku amat membenci orang Yahudi tetapi aku tetap melaksanakan keadilan".
 
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan ( Surah Al Maidah: 8)
 
Mari kita sama-sama ajak orang UMNO kembali pada Islam....untuk mencapai redha Allah, bukan ganjaran duniawi.
 
 
CM - Pernah mendengar kisah seorang orang UMNO yang tidak tahu perjuangan assobiyah itu haram...Semuga Allah mudahkan perjalanan dakwah ukhti (seorang bekas ketua wanita) yang telah insaf itu. Amin!
 
Lagi Puteri Umno ditangkap khalwat
Friday, November 18 @ 18:07:59 MYT ( www.harakahdaily.net)


OLEH EKMAL YUSOF
IPOH, 18 Nov (Hrkh) - Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) telah menangkap seorang anggota Puteri Umno yang disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah teres di Taman Suria, Taiping pada malam 12 November lalu.

Menurut seorang jurucakap JAIP, mereka bertindak berdasarkan maklumat orang ramai.

Sepasukan penguatkuasa Pencegah Maksiat telah membuat serbuan dan menangkap seorang anggota Puteri Umno sedang berdua-duan dengan seorang lelaki bukan suaminya di rumah wanita itu sendiri di Taman Suria, Taiping.

Anggota Puteri Umno yang baru menjanda itu bersama dengan teman lelakinya itu dibawa ke Balai Polis Pekan Taiping malam itu juga.

Pasangan tersebut telah diikat jamin mulut sehingga dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Sekiranya kedua-dua tidak hadir, penjamin itu akan dikenakan denda RM3,000.00 setiap seorang.

Menurut jurucakap JAIP, ini adalah kes kedua membabitkan Puteri Umno ditangkap dalam tuduhan berkhalwat.

Dalam kejadian pertama, seorang anggota Puteri ditangkap bersama dengan seorang anggota Pemuda Umno Jun lalu.

Oktober lalu, anggota Pemuda Umno itu Roslan Hasani telah pun dihadapkan ke Mahkamah Syariah Taiping dan telah dijatuhkan denda sebanyak RM1,500.00.

Pasangannya, ahli Puteri Umno itu masih dalam ikat jamin dan belum lagi dihadapkan ke mahkamh kerana dikatakan sakit.

Pihak JAIP menyatakan, kes itu akan didibicarakan di Mahkamah Syariah Taiping pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
-zs




--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke