Bila PAS kalah, bandar Jengka terbiar![]()
Tuesday, November 22 @ 16:52:33 MYT
Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
BANDAR JENGKA, 22 Nov (Hrkh)- Bandar Jengka kini sudah boleh di kategorikan sebagai bandar 'terbiar' selepas hampir dua tahun Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun ) berkenaan dalam pilihan raya Umum Mac 2004.
Mungkin ini berlaku akibat dari keselesaan BN Jengka berada di tangan mereka dan tidak perlu dihiraukan sangat.

Jelas sekali BN tidak membawa perubahan kepada Jengka malah kemudahan sedia ada di bandar itu turut terbiar dan usang menjadikan bandar Jengka kelihatan buruk berbading bandar-bandar lain di Pahang.
Lebih mendukacitakan, ia
berlaku dalam keadaan bandar tersebut didiami hampir 100 peratus orang Melayu Islam yang mendiami tanah rancangan Felda di sekelilingnya.
Malah ia di war-warkan sebagai bandar contoh kepada orang Melayu yang dibangunkan oleh bapa pembangunan Malaysia, Tun Abdul Razak Husein.
Annuar Musa tutup LKWJ
Lembaga Kemajuan Jengka (LKWJ) sebuah agensi kerajaan pusat diamanahkan untuk membangun Jengka, tetapi LKWJ di tutup sekitar tahun 1995 oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Ketika itu, Dato' Seri Anwar Musa (Adun Kok Lanas, Kelantan) kerana didakwa telah mencapai matlamat penubuhanya.
Ekoran penutupan LKWJ menjadikan Bandar Jengka di tadbir terus oleh kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Maran (MDM) yang kemudiannya memalapkan bandar berkenaan.
MDM dengan segala kekurangan itu tentunya tidak mampu meneruskan survival LKWJ yang mempunyai peruntukan kewangan lebih besar serta pengurusan lebih profesional.
Meninjau Bandar Jengka hari ini amat
berbeza berbanding mengunjunginya tiga empat tahun dahulu, kini semak samun menjadi lanskap bagi bandar itu, Lanskap sedia ada tidak dijaga, rumput panjang tidak di potong dan dapat dilihat sekali pun di kawasan tumpuan ramai seperti di Nadi Kota, berdekatan Pejabat Pos, Balai Polis dan kawasan komersial lain. Apa tah lagi di taman-taman perumahan.
Bekas Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri menyatakan kerisauannya tentang masalah yang dihadapi Bandar Jengka.
"Dulu keadaan tidak begini, sekarang entah di mana silapnya,"keluh beliau.
Selain semak samun, bangunan milik kerajaan seperti Balora Mastika kelihatan begitu suram, chatnya semakin pudar dan disitulah letaknya pejabat kecil MDM yang mengurus pentadbiran MDM di Jengka.
Pentadbiran Bandar Jengka seharusnya tidak diurus oleh MDM, Jengka sepatutnya berdikari dan mempunyai Majlis Perbandaranya
sendiri. Ini kerana kemudahan yang ada di Jengka lebih hebat daripada Bandar Maran itu sendiri.
Lihatlah kemudahan seperti bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital, UiTM, pasar raya, bangunan komersil yang terdapat di Jengka ia lebih besar berbading kemudahan yang terdapat di bandar Maran.
Jika dibiarkan berterusan begitu dibimbangi Bandar Jengka lama kelamaan akan kembali menjadi bandar koboi, dengan prasarananya dibanggakan roboh satu-satu demi satu.
Begitu juga dengan kemudahan asas seperti jalan raya yang mula rosak dan tidak diperbaiki.
Jika dahulu alasan diberi kenapa Bandar Jengka tidak dimajukan kononnya kerana penduduk Jengka memilih PAS, kini alasan itu tidak relevan lagi kerana BN sudah menang tetapi apa yang berlaku keadaanya semakin teruk. Jengka masih tidak di bangunkan alasan kali ini kerajaan negeri tidak mempunyai wang.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Dahulu,
Dato' Tuan Ibrahim lantang menyuarakan masalah rakyat di kawasannya pada setiap persidangan Dun malah sehingga kini beliau masih menyuarakan beberapa perkara ayng harus diberi keutamaan untuk Jengka seperti pembesaran jalan raya Simpang Awah - Bandar Jengka serta meluaskan kawasan Bandar Jengka.
Ini penting untuk proses perbandaran Jengka di samping meningkatkan taraf peneroka yang menjadi penduduk majoriti sekitar Jengka.
-ZS
-ZS
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.