Masuk neraka sakiti hati jiran
DALAM satu rancangan agama yang disiarkan di televisyen, penceramahnya berkata, seseorang yang menyakiti hati jiran akan menjadi ahli neraka, walaupun dia kuat beribadat. Adakah ini benar? Bolehkah Datuk terangkan dengan jelas, apa yang dimaksudkan menyakiti hati jiran dan contohnya? Apa yang perlu dilakukan jika ia dilakukan tanpa kita sedari? PEMBACA SETIA, Perak JAWAPAN Memang benar ada hadis menyebut, ada seorang wanita yang sangat kuat beribadat pada waktu malam, bahkan dia berpuasa pada waktu siang, tetapi pada masa sama dia suka menyakiti hati jiran dengan perkataan dan perbuatan. Oleh itu, segala amalan baik yang dilakukan tidak dapat menyelamatkan dia dan dia dimasukkan ke neraka. Ini membuktikan ibadat dalam diri harus seiring dengan amalan dan hubungan sesama manusia. Jika pincang salah satu, belum tentu akan terlepas daripada azab Allah. Apa saja yang menyakitkan hati jiran dalam perbuatan seperti mengata, mengumpat, malah memasak makanan yang berbau sehingga jiran terhidu baunya, juga perlu dijaga. Rasulullah s.a.w pernah berpesan supaya jika membawa balik makanan, segera dibawa masuk ke rumah kerana bimbang anak-anak jiran nampak dan menimbulkan keinginan, kecuali jika kita mampu menghulurkan sedikit kepada mereka. Perbuatan yang dilakukan tanpa disedari tidak akan dihukum dalam agama Islam. Yang diambil kira ialah perbuatan yang disengajakan. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
