Marilah kita berhijrah. Apa yang perlu kita pertahankan bukanlah 
BANGSA MELAYU sahaja tetapi yang lebih penting adalah ISLAM itu 
sendiri. Sebab ISLAM itu adalah kasih-sayang... saling 
menghormati.... saling memerlukan... dan paling utama meyakini Tiada 
Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.

no commentlah zurayuni saya dah lama nak sedarkan orang melayu ni, 
kena hentam lagi ada. Islam lebih penting dari melayu tu sendiri, 
hanya di malaysia termaktub dalam perlembagaan orang melayu itu 
adalah orang yang beragama islam tapi hari ni.........

--- In [email protected], "zurayuni" wrote:
>
> Assalamualaikum
> 
> 
> 
> Maaf kiraya nukilan menyakitkan mata yang membaca. Dan juga tiada 
lain yang kuharapkan selain keredhaan dariNYA. Yang buruk dari saya 
dan baik itu dari ALLH jua.
> 
> 
> 
> Isu bangsa "C" nak menjatuhkan bangsa MELAYU ni mmg dah lama. 
Perancangan mereka ni mmg licik. Saya ambil contoh tempat saya 
bertugas skrg ni, sektor swasta yang pemiliknya ada bangsa C. Kat 
firm ni, pekerja bangsa C hampir 50 orang dan bangsa melayu hanya 6 
orang. Kalau ada kekosongan jawatan, mereka lebih cenderung 
mengambil pekerja baru dari bangsa mereka sendiri. Sebabnya... 
semangat perkauman mereka terlalu kuat. Kita tak boleh salahkan 
bangsa C ni, sebab mereka telah menunjukkan satu sikap saling 
memerlukan dan tak akan berpaling tadah demi mendaulatkan bangsa 
mereka. Yang silapnya adalah bangsa kita sendiri. Ambil saje pepatah 
mudah, masuk kandang kambing ...... mengembek, masuk kandang 
harimau.... mengaum. Ni tak, masuk kandang lembu... tapi berkokok. 
Camne nak berjaya. Ini bukan bermakna kita harus ubah cara hidup dgn 
mengikut cara hidup bangsa lain tetapi kita harus tetap kukuh, 
pendirian kita haurs jitu, Al-Quran dan Al-Hadis terus dijunjung 
sebagai panduan hidup, barulah Islam seterusnya Melayu... 
CEMERLANG... GEMILANG... DAN TERBILANG. Ini tak, kebanyakan kita 
mudah hanyut dan leka. 
> 
>  
> 
> Pemimpin kita pun satu, mereka sepatutnya menjadi tunjang dan 
contoh yang paling baik untuk rakyat. Asyik2 isu dunia yg sementara 
jer di titik-beratkan. Pemimpin ni tak tahu ke bahawa segala yang 
berlaku di dunia ni berpunca dari batiniah. Cuba fikirkan... apa 
sebab gejala rasuah tak dapat dihapuskan. Kenapa kejadian jenayah 
masih berleluasa dan banyak kenapa lagi. Sebabnya... kebanyakan 
ROHANI kita telah sakit dan ianya perlukan rawatan segera sebelum 
menjadi lebih kronik. Ambil isu mudah... kenapa wanita diwajibkan 
menutup rambut kepala (bg yang telah baligh)? Rasanya kita semua 
tahu kenapa? Ingat... perintah Allah tentang perkara ni main-main 
ke! Dia lebih mengetahui dari mula Dia mencipta dunia dan dari awal 
Dia mencipta Adam dan Hawa jadi tak yah lah kita susah-susah nak 
kupas arahan Allah ni sampai timbul hukum-hukum yang mengarut.
> 
>  
> 
> ADUH SALIHA..... mmg tak habis kalau citer pasal bangsa Melayu 
yang hampir terhakis melayunya. Tengok iklan jawatan kosong, salah 
satu syarat kelayakan jawatan ialah mesti fasih berbahasa Cina / 
Mandarin. Apa ni? Benda camni tak sepatutnya berlaku di negara 
Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Bangsa Melayu. Yang best 
pula.. pergi sektor yang ownernya adalah Bangsa Melayu lain pula 
citernya. Mereka ni lebih terbuka dalam memilih pekerja. Bangsa apa 
pun yang dirasakan layak, mereka sapu. Mmg la bagus tapi sedar tak, 
ada owner Melayu yg lebih suka ambil pekerja dari bangsa lain sbb 
kebanyakan pekerja melayu ni pemalas. Kerja 3 jam, rehat 5 jam. 
Sebab apa jadi camtu, sbb kita bangsa melayu tidak menanamkan sikap 
bahawa kerja yang kita lakukan adalah satu ibadah. Kalau kita anggap 
kerja tu satu ibadah, kita akan rasa tenang dan seronak dalam buat 
kerja. Kita akan rasa takut nak "mengular". Itu yang saya kata, 
pentingnya Al-Quran dan Al-Hadis dijadikan panduan. Yang lagi best, 
orang melayu kita kalau offc ada buat function, dia akan hanyut. 
Minuman keras berbotol. Lupa dunia. Tahu tak kita wahai orang 
melayu, bangsa lain tersenyum melihat kita macam ni. Sembahyang lagi 
la... agak2nya seminggu sekali atau setahun sekali atau sekali-
sekala jer. Apa la nak jadi dgn bangsa melayu ni yang mengatakan 
mereka Islam. Saya sedih melihat keadaan ini. Tahu tak, kalau 
pegangan Agama kita kuat... org akan hormat pada kita. Hormat ini 
bukan bermaksud mereka tunduk pada kita tetapi hormat yang penuh 
keikhlasan. Juga harus ingat, dunia jangan dilupakan. Sebab tu ada 
pepatah "Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya dan 
bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi". 
Nah... bukan ke akhirat harus selari dengan dunia baru kejayaan di 
dalam genggaman.
> 
>  
> 
> Bangkitlah... wahai bangsaku. Takkan kita nak pandang sepi 
kematian pejuang-pejuang Islam seperti Dr. Azhari yang bijak itu 
mati begitu sahaja. Dan mahukah kita melihat lebih ramainya Azhari 
mati nanti. Sikap kita harus berubah. Tanamkan sedari awal didikan 
Islam. Dengan itu tak perlu kita menitiskan airmata melihat 
peristiwa-peristiwa sedih ini terus berlaku. Pemimpin juga harus 
berubah. Kalau pemimpin sendiri tak mampu membentuk institusi 
kekeluargaan Islam dengan berjaya, saya rasa mereka tak layak 
menjadi pemimpin. Buat bertambah masalah jer nanti.
> 
>  
> 
> Marilah kita berhijrah. Apa yang perlu kita pertahankan bukanlah 
BANGSA MELAYU sahaja tetapi yang lebih penting adalah ISLAM itu 
sendiri. Sebab ISLAM itu adalah kasih-sayang... saling 
menghormati.... saling memerlukan... dan paling utama meyakini Tiada 
Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah.
> 
>  
> 
> Wassalam
>








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke