Alhamdulillah, jika sdr tak sempit fikiran. Terima
kasih kerana berikan saya peluang pula untuk jelaskan
persepsi JIHAD. Harapnya sdr teliti dengan fikiran
yang terbuka luas.

Apa yang saya khuatirkan ialah 'keluasan berfikir'
tanpa batasan boleh mengundang kepada satu persepsi
liar, yang berkait dengan Liberalisme. Sebab
Liberalisme itu merupakan doktrin yang membinasakan
Islam melalui interpretasi yang bathil. Misalnya bab
JIHAD. Interpretasi yang salah terhadap JIHAD boleh
mengundang kerosakan pada ajaran Islam yang murni.
Lalu menukar maksud atau hakikat sebenarnya seperti
yang cuba sdr sampai dalam posting sdr dibawah sana.

Jihad dalam Islam

Sebagaimana solat, jihad adalah sebahagian dari ajaran
Islam. Jihad termasuk di antara kewajiban dalam Islam
yang sangat agung, yang menjadi 'klimaks' peribadatan
dalam Islam.

Secara bahasa, jihad bermakna: mengerahkan kemampuan
dan tenaga yang ada, baik dengan perkataan mahupun
perbuatan (Fayruz Abadi, Kamus Al-Muhîth, kata
ja-ha-da.) Secara bahasa, jihad juga bererti:
mengerahkan seluruh kemampuan untuk memperoleh tujuan
(An-Naysaburi, Tafsîr an-Naysâbûrî, XI/126).

Adapun dalam pengertian syar'î (syariat), para ahli
fikih (fuqaha) mendefinisikan jihad sebagai usaha
mengerahkan segenap kekuatan dalam perang fi
sabilillah secara langsung maupun memberikan bantuan
kewangan, pendapat, atau perbanyakan logistik, dan
lain-lain (untuk memenangkan pertempuran). Kerana itu,
peperangan dalam rangka meninggikan kalimat Allah
itulah yang disebut dengan jihad. (An-Nabhani,
Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah, II/153. Lihat juga,
Ibn Abidin, Hâsyiyah Ibn Abidin, III/336).

Di dalam al-Quran, jihad dalam pengertian perang ini
terdiri dari 24 kata. (Lihat Muhammad Husain Haikal,
Al-Jihâd wa al-Qitâl. I/12) Kewajiban jihad (perang)
ini telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam al-Quran di
dalam banyak ayatnya. (Lihat, misalnya: QS an-Nisa'
4]: 95); QS at-Taubah [9]: 41; 86, 87, 88; QS ash-Shaf
[61]: 4). Bahkan jihad (perang) di jalan Allah
merupakan amalan utama dan agung yang pelakunya akan
meraih syurga dan kenikmatan yang abadi di akhirat.
(Lihat, misalnya: QS an-Nisaa' [4]: 95; QS an-Nisa'
[4]: 95; QS at-Taubah [9]: 111; QS al-Anfal [8]: 74;
QS al-Maidah [5]: 35; QS al-Hujurat [49]: 15; QS
as-Shaff [61]: 11-12. Sebaliknya, Allah telah mencela
dan mengancam orang-orang yang enggan berjihad
(berperang) di jalan Allah (Lihat, misalnya: QS
at-Taubah [9]: 38-39; QS al-Anfal [8]: 15-16; QS
at-Taubah [9]: 24).

Jihad berlaku dalam 3 masa;

1. Sebahagian dari biladul muslimin (negeri kaum
muslim) diperangi oleh kaum kuffar.

2. Sekelompok kaum muslim diperangi oleh kaum kuffar.

3. Pengisytiharan Khalifah kaum muslim, apabila usaha
dakwah terhalang oleh kekuatan tentera kaum kuffar.

Jihad tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk
aktiviti balas-dendam peribadi atau manifestasi
kebencian kepada suatu bangsa/negara dengan
mengorbankan nyawa manusia tanpa hak syar’iy.

Pilihanraya juga adalah Jihad ?

Jika kenyataan bahawa Pilihanraya (dalam konteks
perjuangan berpentaskan demokrasi di Malaysia)
merupakan Jihad, maka saya menafikan sekeras-kerasnya
kerana setakat yang saya fahami tiada satu dalil pun
yang menyokong kenyataan tersebut. Bahkan dia kaedah
syarak mahupun ijtihad yang sesuai digunapakai bagi
mengabsahkan (legalize) pilihanraya sebagai satu jalan
Jihad. Hakikatnya, biarpun pilihanraya merupakan suatu
keharusan (mubah) disisi Islam, namun mekanisme
tersebut bagi memperoleh kuasa memerintah merupakan
suatu jalan bathil menegakkan kalimat Allah
(hukum-hukum-Nya) secara sempurna kerana;

1. Tiada dalil yang menyandarkan amalan tersebut
diteladankan Rasulullah SAW dalam konteks mendirikan
negara Islam. [nota: Rasulullah memerintahkan kaum
muslim memilih wakil selepas Bai'at Aqabah II dalam
konteks membentuk struktur daulah Islam]

2. Al-Ghayah (objektif) pilihanraya itu berkesudahan
dengan terbentuknya sebuah majlis legislatif (DUN
mahupun Dewan Rakyat) bagi sesebuah negara demokrasi
yang pada sisi hukumnya, majlis tersebut adalah suatu
kemungkaran (kemaksiatan) paling besar. (QS al-An'am
[6]: 57)

3. Secara rasionalnya, pilihanraya hanyalah luahan
harapan majoriti rakyat memilih kepimpinan yang
membentuk sistem pemerintahan berasaskan demokrasi.
Maneuver sebegini merupakan hadharah (budaya) kaum
kuffar dalam sistem politik (pemerintahan) mereka. Ia
menyentuh aspek tasyabbuh (menyerupai), dimana
Rasulullah SAW mengharamkan kita meniru-niru hadharah
suatu kaum selain Islam.

4. Dasar demokrasi itu adalah kebebasan. Setiap negara
dibentuk melalui perlembagaan (constitution), dalam
setiap constitution yang berdiri diatas demokrasi
pasti ia memelihara konsep kebebasan tersebut, dan
sama sekali tidak akan memberikan peluang kepada
sesiapapun membubarkan clause-clause kebal tersebut.

Kesimpulan

Barat sentiasa mencari-cari peluang untuk merosakkan
Islam melalui serangan kasar dan halus. Hegemoni barat
melalui pemikiran adalah antara serangannya yang
paling berkesan. Seni serangan melalui slogan-slogan
'logik' diguna bagi menyampaikan maksud kesesatan.
Lihat saja pengertian Jihad yang kini keliru
dikebanyakkan minda kaum muslim. Interpretasi liar
sebegini melemahkan umat dan menjauhkan umat dari
hakikat sebenarnya. Bukan sekadar jihad, malah
perkataan 'Islam' itu sendiri diperkotak-katikkan
dengan pelbagai cara. Menyandarkan sesuatu dengan
Islam seperti 'Islam Hadhari', 'Islam Liberal', 'Islam
Fundamental' juga merupakan suatu idea yang cuba
merosakkan Islam dari segi imej dan perlaksanaannya.

Islam hadir dengan suatu keunikan dan keistimewaan
tersendiri. Ajarannya lengkap dan sempurna tanpa perlu
diubahsuai sesuai dengan kehendak nafsu mahupun
evolusi zaman. Serangan barat melecehkan sebahagian
besar ajaran Islam menyebabkan ramai umat Islam
mengambil sikap 'defensive apologetic' yang kononnya
Islam itu 'luas' (universe) sesuai sepanjang zaman,
'bebas' (liberal), 'mesra' (friendly) dsb. Etika ini
seolah-olah cuba menggadaikan nilai ketegasan Islam.
Padahal telah tercatit batas-batas (julat) yang halal
dan haram, yang wajib-mandub-harus-makruh dalam
nas-nas sarih (jelas).

Pemurnian kembali segenap ajaran Islam adalah dengan
merevisi setiap tsaqafah (keilmuan) Islam.
Menghadirkan dalil-dalil syarak yang khas dan tepat
kepada interpretasi suatu terminology mahupun
epistemology. Usaha demikian sangat lancar ketika
dalam naungan daulah Khilafah seketika dahulu. Kini,
tanpa khilafah umat teraba-raba mencari jalan keluar
kepada permasalahan minda dan fizikal. Akhirnya
disesat jauhkan lagi oleh barat yang sentiasa
dahagakan darah, maruah dan kekayaan kaum muslim.



Tidakkah kita sedar lagi nasib demikian perlu diubah
dengan diri kita sendiri ?

wsl




--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> jgn berfikiran sempit....JIHAD
> itu luas, jgn fikir nak mati free aje...
> 
> utk pengetahuan saya bukan MELAYU...
> yg memang selalu layu....
> saya tak pernah berbangga dgn darah bangsa
> saya...saya lebih bangga kalau saya ISLAM...
> walaupun IMAN senipis bawang....
> 
> ikut kemampuan masing2 utk bertindak...
> dan utk mengubah berbagai cara....
> satu....dgn perbuatan kalau mampu...
> dua....dgn perkataan kalau mampu..
> tiga...dgn hati (doa) kalau tak mampu sangat...
> 
> paling mudah....pangkah lah yg sebaik-baiknya
> masa mengundi 2007 nanti....ini JIHAD juga...
> anda takut kalau anak keturunan anda tak makan...
> anda takut kalau takde air..takde elektrik...
> itu kata2 org kampung yg takut berubah...
> takut merasa susah lagi....
> rezeki ALLAH dimana-mana....tak semestinya
> di beri oleh KERAjaan....
> 
> cik Roshayati bagaimana pula....
> 
> 
> ----- Original Message ----- 
> From: <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[email protected]>
> Sent: Tuesday, November 22, 2005 2:39 PM
> Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Isu tudung -
> Cerita Unta dan Tuan
> nya
> 
> 
> > JIHAD apa yang anda maksudkan di sini, boleh
> huraikan
> > atau terangkan dengan lebih jelas?
> >
> > Apa yang saya maksudkan ialah, kita orang Islam
> (saya
> > lebih suka guna Islam dari Melayu) ni, bila dah
> > terantuk baru nak bising, bila sakit, baru sibuk
> cari
> > ubat.
> > Kita hanya bising bila ada isu yang timbul, jika
> > tidak, kita duduk dan tengok saja apa yang terjadi
> > keliling kita.
> >
> > --- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> > > isu pakai tudung kena bising jugak...
> > >
> > > tapi yg lebih penting isu pakai seluar nampak
> > > lurah punggung (JUBO bahasa lebih sedap kot) dgn
> > > sependa....
> > > yg makin menjadi-jadi dikalangan anak2
> gadis....mak2
> > > gadis....
> > >
> > > aurat tu nothing dah....
> > >
> > > berlapang2 dada jugak, JIHAD kena teruskan....
> > >
> > >
> > > ----- Original Message ----- 
> > > From: <[EMAIL PROTECTED]>;
> > > <[EMAIL PROTECTED]>
> > > To: <[email protected]>
> > > Sent: Wednesday, November 16, 2005 5:27 PM
> > > Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: Isu
> tudung -
> > > Cerita Unta dan Tuan
> > > nya
> > >
> > >
> > > > Salam...
> > > >
> > > > Sepatutnya tak payah la kita bising2 dan
> > > pertikaikan
> > > > hal ni yang pada saya hanya hal yang remeh
> temeh.
> > > Isu
> > > > tak pakai tudung atau keengganan untuk
> > > mengenakanya
> > > > sama ada oleh bukan Islam atau dengan bahasa
> yang
> > > lain
> > > > orang kafir atau oleh orang Islam tu sendiri.
> > > > Sepatutnya kita tak surprise dengan keadaan ni
> > > atau
> > > > keadaan2 lain yang lebih teruk lagi. Bilamana
> kita
> > > > "terpaksa" walaupun takda siapa yang paksa
> kita
> > > tunduk
> > > > dengan golongan kafir ni.
> > > > Kita sepatutnya berlapang hati kerana kita
> sendiri
> > > > yang pilih untuk hidup dalam ALAM KEHIDUPAN
> > > SEKULAR
> > > > tanpa ada rasa untuk berubah ke arah kehidupan
> > > yang
> > > > lebih baik.
> > > > Kita kan selesa dengan keadaan sekarang.
> Kereta
> > > ada,
> > > > rumah ada walaupun semuanya hutang dan
> bergantung
> > > > dengan riba. Jadi jika ada isu sekali sekala
> tu,
> > > tutup
> > > > mata je la.
> > > > --- [EMAIL PROTECTED],
> > > > [EMAIL PROTECTED]
> > > wrote:
> > > >
> > > > > Inilah dia apabila hukum politik diberi
> > > keutamaan
> > > > > daripada hukum agama, maka bercelarulah
> mereka
> > > yang
> > > > > mementingkan politik sahaja. Malangnya,
> mereka
> > > > > mengeheret pula orang Islam yang ingin
> memberi
> > > > > keutamaan pada hukum agama. Kepada yang
> bukan
> > > Islam,
> > > > > reaksi mereka boleh kita faham. Tapi apa
> yang
> > > dapat
> > > > > kita lakukan pada orang Islam yang
> mempertikai
> > > hukum
> > > > > agama sendiri.
> > > > >
> > > > >   Isu terbaru ini bermula di UIA apabila
> seorang
> > > > > pelajar peremppuan bukan Islam enggan
> > > menggunakan
> > > > > tudung untuk upacara konvokesyen. Keengganan
> > > beliau
> > > > > kemudian disokong oleh beberpa lagi dan,
> sefaham
> > > > > saya, beliau dibenarkan ke upacara itu tanpa
> > > > > bertudung.
> > > > >
> > > > >   Lihatlah wahai Malaysia: seorang sahaja
> yang
> > > > > membuat bising maka kita terpaksa tunduk.
> Selama
> > > > > belajar di UIA, pelajar itu tidak pernah
> dipaksa
> > > > > memakai tudung dan diminta berbuat demikian
> > > HANYA
> > > > > untuk satu hari sahaja di atas dasar
> menghormati
> > > > > upacara itu. Namun, pihak UIA yang terpaksa
> > > > > bertunduk di atas desakan politik.
> > > > >
> > > > >   Pada saya, ianya sama seperti cerita Unta
> dan
> > > > > Orang Arab. Di atas dasar keperimanusian, si
> > > Arab
> > > > > membenarkan si Unta tunggangan nya
> memanaskan
> > > > > bahagian kepala di dalam khemah. Untuk
> > > memendekan
> > > > > cerita, maka sedikit demi sedikit si Unta
> > > memasukkan
> > > > > badannya sehingga keselurahan berada dalam
> > > khemah
> > > > > dan si Arab itu pula berada di luar.
> Begitulah
> > > juga
> > > > > nampaknya nasib kita orang Islam di Malaysia
> > > ini.
> > > > >
> > > > >   Sewaktu kecil dahulu, saya dan ramai rakan
> > > sekolah
> > > > > terpaksa melalui satu jalan di mana terdapat
> > > jualan
> > > > > babi panggang terbuka. Sememangnya babi itu
> > > haram
> > > > > bagi umat Islam dan bau daging panggang dan
> asap
> > > itu
> > > > > terpaksa kami rempuhi walau kami tidak
> menyukai.
> > > > > Namun, kami tidak membising kerana ianya hak
> > > mereka
> > > > > untuk membakar dan memakan - kami akur dan
> > > homati
> > > > > hak itu. Tapi kini, nampaknya tiada yang
> > > menghormati
> > > > > hak kami malah memperikaikan nya. Kemana
> > > kesudahan
> > > > > kita?
> 
=== message truncated ===



                
__________________________________ 
Yahoo! Music Unlimited 
Access over 1 million songs. Try it free. 
http://music.yahoo.com/unlimited/





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke