Fakta yang menarik untuk dikongsi...kelakar ada, sakkit hati pun ada...sebab last2, tuan empunya badan pun tak ketinggalan mengiklankan diri sendiri...
 
Saya nak protes pun tak ada sebab yang kukuh utk saya protes..nak setuju 100% pun rasanya macam tak berbaloi..bagi saya pokok pangkalnya pada diri sendiri...bak kata orang sekarang le...SENDRI MAU INGAT LO.......
 
Soal keinginan utk berpasangan, pada pendapat saya, itu fitrah...sudah terang dan nyata...manusia malahan makhluk ALlah yang lain, semuanya diciptakan berpasang-pasangan...kalau ada lelaki, adalah perempuan...ada jantan, sudah tentu ada betina...
 
Semua orang tahu, manusia dikurniakan akal, yang membezakan darjat manusia dengan binatang...jadi, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya...gunakan nikmat yang ALlah beri untuk membezakan antara halal dan yang haram...kalau itupun kita tak sudi nak buat...halal dan haram kita satukan...secara otomatik, hidup kita malah darjat kita tak jauh bezanya dengan binatang....
 
Bagi yang sedang bercinta, selamat berbahagia..ingat Tuhan banyak2...moga2 kalian tidak tersasar jauh..insyaAllah...kalau yang sedang kecewa..redhalah..insyaALlah, penggantinya pasti yang lebih baik...(pesanan ikhlas untuk semua dan untuk diri saya sendiri..............uhuk!!!!)
 
....................Pilihlah yang terbaik....insyaALlah..pasti redha Allah menanti....

IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
From: imran husaini
meh le couple...

apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dpt fitnah) glamer tau.glamer nagn menda x baik
2) seronok (dpt dosa)bincang masalah masing-masing macam orang
 dah kahwin la pulak.uhuk2
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada).. luah jgn x luah 
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..masuk tenet duk berjam2 
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)  yups kalau solat pun cam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik2
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) kdg2 muram sbb bergaduh ngan awek..padan muka

Cool lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)sanggup
utamakan awek..serius gila bila kita terserempak dia duk dating. Kita macam nak telan jer.Renggang dgn kawan2 kerana couple 

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) fuyyo 

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/skodeng/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./ipt/pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak. serta kurang bendungan dr mak ayah yg ingat anak dia baik sgt 

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab..Weeeii..pegi ke umah orag tua dia dating depan mak ayah dia..sambey2 tackle mak ngan ayah dia lak klu betul2 gentelman @ gentelwomen.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..hangpa x de marka..mana tau.. 

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. patutla ada karan rupanya antara dua jenis ni. Hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan.. mak!! ayah!! nak couple jugak..leh tak.

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu..,merengek macam anak x cukup susu..adiusss.. lelaki apa lagi.. ada chance ni..tumbuh tanduk la kawan tu 

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

Cool haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pantang dipuji pulak tu kaum hawa..mudah kembang hidup..boleh sumbat kerbau.. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu..ahak2 tolong ada boaya di sebalik batu.

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, Alghaayah la tubarrirul wasiilah,sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Dimanakah kedudukan anda-bercouple atau tidak, perlu atau tidak, berikan hujah anda kenapa perlu bercouple dimanakah batasan2 bercouple?? Rolling Eyes
 
p/s   psssstt jgn bgtahu orang yer dgn ini pakcik mengiklankan pakcik ni masih bujang


Yahoo! Personals
Single? There's someone we'd like you to meet.
Lots of someones, actually. Try Yahoo! Personals

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke