Ni ada stranger sent to me, so i wont be responsibled for anything...

JUDI, ARAK MAKIN HEBAT DI KELANTAN
Posted on Thursday, June 27 @ 09:01:43 MYT 
Topic:  
Oleh: Gamal Fikri dan Sudeeman Razak 

Gejala sosial semakin meruncing di Kelantan dengan terbongkarnya 
beberapa pusat judi di Kota Bharu. Beberapa kedai kopi dan restoran 
Cina, khususnya di Jalan Kuala Krai dan sekitar Padang Merdeka, 
dijadikan pusat judi oleh kumpulan tertentu. 

Siasatan RISIK selama tiga bulan mendapati agen-agen judi yang 
beroperasi di situ sering didatangi pelanggan yang mahu mereka 
membeli nombor ekor daripada taukeh-taukeh judi. Hampir semua agen 
dan pelanggan adalah orang Islam negeri ini. 
Agen-agen ini akan mengenakan komisyen 30 peratus sebagai upah 
mendapatkan setiap kertas judi. Misalnya, jika pertaruhan bagi satu 
kertas judi ialah RM10, pelanggan kena bayar RM13 kepada agen judi. 
Setiap kertas judi yang di tempah disahkan dengan cara menurun 
tandatangan. 

Jika ada pelanggan yang menang, agen judi sanggup membayar tunai 
dengan wang sendiri dengan potongan 20 peratus dan menuntut wang 
pertaruhan daripada taukeh judi. Difahamkan kegiatan judi yang sama 
modus operandinya semakin berleluasa dan bergerak secara senyap 
menerusi kumpulan tertentu di bandar-bandar lain di Kelantan. 

Wartawan RISIK yang menyamar sebagai pelanggan berkata gejala ini 
turut membabitkan ramai belia. 

Seorang pelanggan berumur dalam lingkungan 30an berkata: Setakat 
ini, tak jadi masalah untuk beli kertas judi di Kota Bharu atau lain-
lain tempat. Sangat mudah. Nak judi di Kelantan ini tak perlu susah-
susah.

Walaupun kegiatan judi diharamkan di Kelantan, namun ia berleluasa 
kerana tiada pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Selain 
judi, Kerajaan Negeri pimpinan Pas juga gagal mengatasi gejala arak 
di kalangan orang Islam negeri ini.

Peminum arak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negeri ini 
dipercayai semakin bertambah ekoran kurangnya penguatkuasaan yang 
dibuat oleh pihak berwajib. Lebih menakjubkan ialah mereka yang 
minum arak dan mabuk pada siang hari secara terang-terang di 
khalayak ramai.. Media tempatan baru-baru ini mendedahkan perbuatan 
orang Islam Kelantan minum arak dalam plastik seolah-olah minum air 
biasa.

ADUN Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqulah berkata fenomena ini 
menunjukkan bahawa kerajaan Pas belum berjaya menerapkan syiar Islam 
di negeri ini sehingga ramai yang ketagih arak. Kenyataan dibuat 
ketika beliau membentangkan usul dan cadangan di Mesyuarat Penuh 
Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada 5 Mei lalu.

Menurut pemimpin muda Pas ini, kerajaan negeri gagal membendung 
gejala arak di Kelantan. 

Saya kesal kerana ada rakyat beragama Islam di negeri ini yang 
sanggup minum arak. Lebih memalukan, mereka menjadikan Dataran MPKB 
di pusat Bandar sebagai kawasan untuk bersuka ria dan melakukan 
maksiat. Kita menyedari mereka minum arak apabila mendapati mereka 
berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Baihaki, yang juga Ahli 
Majlis MPKB.

Beliau menegur pentadbiran negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat serta 
pemimpin Pas negeri yang banyak menghabiskan masa berceramah 
daripada memikirkan kaedah dan strategi untuk memajukan umat Islam 
dan negeri Kelantan. Hari ini, masih ada tujuh premis berlesen yang 
menjual arak di Kota Bharu, manakala berpuluh-puluh premis lagi 
menjual arak tanpa permit.

Pada 8 Mei lalu, akhbar perdana menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang 
mengakui perbuatan umat Islam minum arak memberi imej dan kesan 
negatif sebagai negeri yang menjalankan dasar pentadbiran 
berlandaskan Islam.

Kenyataan Ahmad Baihaki turut disokong seorang lagi Ahli Majlis MPKB 
Zainuddin Abdullah yang melahirkan rasa malu kerana perbuatan umat 
Islam minum arak secara terbuka di sekitar Bandar Kota Bharu bukan 
perkara baru. Katanya, Unit Penguatkuasa dan Unit Pembangunan Islam 
dan Dakwah MPKB menghadapi kesukaran mengesan perbuatan ini kerana 
peminum arak menggunakan pelbagai taktik, termasuk minum dalam 
plastik air biasa.

Pelbagai gejala sosial yang melanda Kelantan adalah tamparan hebat 
kepada kredibiliti Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di sebuah 
negeri yang kononnya ditadbir berlandaskan Islam. Setelah 12 tahun 
memerintah Kelantan, beliau masih gagal menjadikan Kelantan sebuah 
negeri yang boleh dicontohi
 
 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke