PEMBINAAN UMAT: LANDASAN PERUBAHAN MASYARAKAT
Kenescayaan Pembinaan
Masyarakat merupakan kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta yang interaksi antara mereka diatur oleh suatu aturan (nizhâm) tertentu. Ketika masyarakat sekular yang menerapkan ideologi Kapitalisme hendak diubah menjadi masyarakat yang menerapkan Islam, maka perlu ada perubahan unsur-unsur tersebut. Pemikiran yang menyangkut keyakinan mahupun cara penyelesaian masalah di tengah-tengah masyarakat perlu diubah ke arah akidah dan syariat Islam. Perasaan (redha-benci dan senang-sedih) mereka pun perlu diubah menjadi redha dan senang jika apa yang terjadi di masyarakat sesuai dengan Islam; menjadi benci dan sedih ketika perilaku pimpinan dan masyarakat, serta aturan yang diterapkannya bukan berasal dari Islam.
Jika keinginan majoriti atau kehendak dominan yang ada di masyarakat menghendaki perubahan ke arah Islam, maka saat itulah perubahan akan terjadi: rakyat menghendaki penerapan Islam, menjadikan orang-orang yang membela Islam sebagai pemimpinnya dan aturan Islam pun ditegakkan.
Bagaimana mewujudkan pemikiran dan perasaan yang sama bahawa aturan Islam merupakan satu-satunya penyelesaian bagi permasalahan kehidupan? Jawabannya hanya satu: Pembinaan (tatsqîf).
Realiti menunjukkan bahawa masyarakat itu berbeza-beza sikapnya terhadap perubahan. Ada bahagian masyarakat yang memiliki idealisme tinggi, tahu visi dan misi, serta memahami bagaimana cara melakukan perubahan dari kehidupan jahiliyyah ke kehidupan islami. Bahagian masyarakat kelompok ini siap untuk mengorbankan waktu, tenaga, dana, bahkan jiwa bagi tegaknya Islam. Merekalah massa kualitatif. Orang-orang yang memiliki karakter demikian perlu dibina dan diarahkan untuk menjadi bahagian dari massa kualitatif ini. Caranya, mereka dibina secara intensif dalam pembinaan kader (tatsqîf murakkaz).
Tidak semua orang dapat dibina secara intensif. Kita perlu menyedari bahawa ada orang yang waktunya amatlah sempit, tidak dapat mengikuti aktiviti pembinaan intensif dan rutin. Bahkan, ada juga bahagian masyarakat yang tidak peduli terhadap perubahan apapun. Prinsip yang dipegangnya adalah 'yang penting aman, usaha lancar, dan anak-anak dapat sekolah'. Orang-orang demikian tidak dapat dipaksa menjadi penggerak perubahan. Namun, mereka perlu tetap menjadi pendukung perubahan. Setidaknya, jangan sampai mereka menjadi penghalang perubahan. Kerananya, pembinaan tetap perlu diberikan kepada orang-orang kelompok ini; bukan secara intensif, melainkan pembinaan secara umum. Inilah pembinaan umum (tatsqîf jamâ'i).
Walhasil, jelaslah bahawa realiti menescayakan adanya pembinaan intensif dan pembinaan umum dalam melakukan perubahan dari masyarakat sekular menjadi masyarakat Islam.
Pembinaan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam
Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam merupakan contoh terbaik dalam melakukan pembinaan untuk mengubah masyarakat Arab Jahiliyyah menjadi masyarakat Islam. Sejak beliau diutus menjadi rasul, bersegeralah beliau menyerukan dan menyampaikan wahyu yang diterimanya. Didakwahilah isterinya, Khadijah ra., beliaupun mengimaninya. Beliau juga mendakwahi keponakannya, Sayyidina Ali kwj; maulanya, Zaid bin Haritsah; dan teman dekatnya, Abu Bakar Shiddiq ra.
Beliau terus-menerus menyerukan Islam. Di antara mereka ada yang beriman, ada pula yang kafir. Orang-orang yang beriman secara terus menerus dibina oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. Di antaranya pembinaan intensif di rumah Arqam bin Abi Arqam. Al-Quran dibacakan kepada mereka, jiwa-jiwa mereka dibentuk hingga menjadi suci, al-Quran dan as-Sunnah pun ditanamkan dalam diri mereka. Beliau membina mereka, solat bersama mereka, bertahajud di malam hari, dan para sahabat pun menirunya. Ruhiyyah mereka dipenuhi dengan solat dan bacaan al-Quran. Kajian terhadap al-Quran dan perenungan terhadap makhluk-makhluk Allah Subhanahu wa ta'ala mempengaruhi fikiran mereka. Beliau menempa akal para sahabat dengan makna al-Quran dan lafaznya, serta dengan pemahaman Islam dan pemikiran-pemikirannya. Beliau mencetak mereka menjadi orang-orang sabar dan taat dalam keikhlasan total kepada Allah, Zat Yang Mahaperkasa, Allah Subhanahu wa ta'ala dengan indah mengabadikan hal ini :
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Hikmah (as-Sunnah). Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (QS al-Jumuah [62]: 2).
Para sahabat yang dibina oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak berhenti pada kesolehan peribadi. Sebaliknya, mereka pun membangun suatu kelompok dakwah di bawah pimpinan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam Kelak, seperti dalam QS al-Maidah (5) ayat 56, mereka disebut oleh Sang Pencipta sebagai hizbullâh ('parti Allah'); mereka melakukan dakwah, menyedarkan masyarakat, dan membinanya.
Abu Bakar, misalnya, mendakwahi rakan perniagaannya, tetangganya, dan masyarakat sekitarnya. Melalui beliau berimanlah Utsman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqash dan Thalhah bin Ubaidillah. Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam mengutus orang tertentu untuk membina mereka. Khabab bin Arts, misalnya, ditugaskan oleh Rasul untuk membina Zainab bin Khathab beserta suaminya, Said. Bahkan, jauh sebelum hijrah, beliau mengutus Mushab bin Umair untuk membina masyarakat di Madinah.
Bukan hanya pembinaan intensif yang dilakukan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam Beliau pun melakukan pembinaan umum bagi masyarakat. Kitab-kitab sirah menuliskan bahawa Rasul Sallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengundang makan para keluarganya. Di sana, beliau menyampaikan Islam, dan mengajak mereka untuk beriman kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. dan Rasul-Nya.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah mengumpulkan masyarakat Arab dari berbagai kalangan di Bukit Safa. Hadirlah masyarakat Banu Abdul Muthalib, Banu Abdil Manaf, Banu Zuhra, Banu Taim, Banu Makhzum, dan Banu Asad. Di sana beliau menyampaikan Islam.
Arah Pembinaan
Merujuk pada aktiviti Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dalam membina masyarakat, jelas bahawa pembinaan yang beliau contohkan bukanlah sembarang pembinaan; bukan pembinaan yang hanya merupakan pemindahan ilmu atau keahlian; bukan pula sekadar pembinaan untuk melepas kewajiban. Pembinaan yang dimaksud adalah pemindahan tsaqâfah (tatsqîf). Perubahan yang mesti terjadi adalah perubahan sikap dan perilaku.
Pembinaan intensif (tatsqîf murakkaz) merupakan pembinaan untuk mencetak kader dakwah. Orang-orang yang dibina secara intensif sudah selayaknya faham bahawa proses pembinaan tersebut ditujukan untuk memahami Islam yang akan diterapkan dan diemban ke tengah-tengah masyarakat. Pembinaan intensif diarahkan untuk membentuk keperibadian Islam (syakhshiyyah islâmiyyah) para kader dakwah. Di sana mereka dibina pola fikirnya menjadi pola fikir islami ('aqliyyah islâmiyyah) dengan kajian dan penanaman pemahaman; pola jiwanya juga dibina menjadi pola jiwa islami (nafsiyyah islâmiyyah) melalui keyakinan terhadap idea-idea Islam yang dikaji serta pengamalannya. Kerananya, pembinaan tersebut dilandaskan pada:
1. Metod fikriyyah. Ertinya, pemikiran Islam disampaikan dengan disertai dalil dan cara penarikan maknanya (istinbâth), atau dengan faktanya jika berkaitan dengan realiti. Dengan cara demikian, para kader benar-benar memahami apa yang dikaji.
2. Landasan iman. Ertinya, pemikiran Islam (baik akidah mahupun syariatnya) yang sedang dikaji diyakini sebagai pedoman hidup, diyakini berasal dari Allah Subhanahu wa ta'ala yang bersumber dari wahyu. Pembinaan intensif bukan sekadar untuk kepuasan intelektual semata.
3. Amal. Ertinya, apa yang telah diketahui diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Setiap hukum syariat yang dipelajari dan belum dapat diterapkan perlu diperjuangkan untuk dapat diterapkan.
4. Dakwah. Ertinya, pemahaman yang telah dipelajari bukanlah untuk diri sendiri, tetapi untuk disebarkan ke masyarakat.
Dengan pembinaan intensif seperti ini akan bermunculan kader-kader dakwah yang rajin beribadah di masjid (ahlul mihrab) sekaligus pahlawan di medan jihad (bathalul jihâd), pejuang (mujâhid) dan ahli ibadah ('âbid). Mereka menyatu dalam kelompok dakwah dengan waja (solid). Para kader inilah yang akan berjuang menyatukan Islam dengan umat di tengah-tengah masyarakat melalui berbagai pembinaan, baik intensif mahupun umum. Ibarat air yang sedang dididihkan di atas tungku, mereka adalah bahagian air yang telah memiliki sifat yang akan dirambatkan pada bahagian air lainnya sehingga air segera mendidih dan menghasilkan gerakan perubahan. Mereka juga adalah laksana lokomotif yang siap untuk menarik gerabak panjang di belakangnya. Tanpa pembinaan intensif, penggerak perubahan di tengah masyarakat tidak ada. Akibatnya, perubahan tidak akan terjadi. Sungguh, pembinaan intensif amat perlu (urgent) dalam proses perubahan masyarakat.
Kekuasaan ada di tangan rakyat. Kerananya, keberadaan kelompok dakwah yang memiliki para kader yang berkeperibadian Islam lagi handal belumlah cukup. Perubahan memerlukan dukungan rakyat. Dengan kata lain, perlu ada pandangan umum (ra'yun 'âm) yang didasarkan pada kesedaran umum (wa'yun 'âm) di tengah masyarakat, bahawa masyarakat sedang sakit, ubat satu-satunya adalah Islam, dan doktornya adalah para pengembang dakwah yang didukung oleh masyarakat. Pengkelasan seperti ini penting. Bayangkan, betapapun kuatnya lokomotif, kalau gerabak di belakangnya tidak disiapkan untuk dapat ditarik, tidaklah mungkin keretapi menelusur dengan lancar.
Pembentukan pandangan umum ini dilandasi oleh aktiviti penyatuan umat dengan Islam. Para kader dalam kelompok dakwah terus-menerus menanamkan kepada umat pemikiran, pendapat, dan keyakinan yang digali dari Islam. Masyarakat dibina pemikirannya dengan akidah islamiyyah, hukum syariat, realiti yang ada serta tinjauan akidah Islam dan hukum syariat terhadapnya. Mereka juga dibina dengan pemikiran politik dan analisis politik yang digali dari sudut pandang Islam; difahamkan dengan penggunaan ungkapan dan ta'bîr yang digunakan al-Quran dan as-Sunnah yang semakin menumbuhkan kerinduan rakyat terhadap syurga dan mati syahid fi sabilillah serta takut akan neraka dan penyimpangan dari perintah Allah, Zat Yang Mahaperkasa.
Untuk membentuk pandangan umum tersebut diperlukan pembinaan umum (tatsqîf jamâ'i). Kalau dulu Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabatnya melakukan pembinaan umum di rumah dengan mengundang makan, di Bukit Safa, di kebun kurma, atau saat musim haji; sekarang dapat dilakukan di dewan, hotel, lapangan terbuka, masjid, dan tempat lainnya. Acaranya pun boleh beraneka ragam seperti tabligh akbar, seminar, debat umum, kajian tematik, pengajian rutin (kuliyyah). Dari aspek penerbitan pula boleh juga diterbitkan majalah, buletin, kaset, VCD; atau demonstrasi damai (masîrah) dan sebagainya.
Khatimah
Pembinaan, baik bersifat intensif untuk kader mahupun umum bagi masyarakat keseluruhan, amat penting dalam perubahan masyarakat demi tegaknya Islam. Tanpa pembinaan intensif (tatsqîf murakkaz) perubahan tidak akan terjadi; kalaupun terjadi, itu hanyalah timbal sulam dan menuju ke arah yang tidak jelas atau bergerak secara sporadik; bahkan hanya akan menghasilkan gerakan "hangat-hangat tahi ayam" -pada tahap-tahap awal semangat, tetapi di tengah jalan, ketika menghadapi kesulitan, atau kemenangan tidak kunjung datang, banyak yang berguguran di tengah jalan, tergoda oleh bujuk rayu hawa nafsunya sendiri. Dalam situasi ini, bukan mustahil jika akhirnya perjuangan ditinggalkan.
Demikian pula, tanpa pandangan umum masyarakat tidak akan bergerak melakukan perubahan. Pandangan umum yang tidak lahir dari kesedaran umum hanya akan berhenti pada sikap 'asalkan berubah'. Kesannya, perubahan yang terjadi hanya simbolik, ‘asalkan berubah’, atau perubahan orang saja. Sementara itu, sistem yang selama ini merupakan pembentuk kemunduran dan ketertinggalan tidak berubah.
Di sinilah urgensi pembinaan umat, baik pembinaan intensif untuk membentuk kader mahupun pembinaan umum untuk mewujudkan pandangan umum, dalam proses perubahan masyarakat ke arah Islam.
Wallâhu a'lam bi ash-shawâb.


Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke