Mustafa gagal kemuka jumlah rakyat Kelantan terlibat dalam program Bersamamu TV3
Monday, December 12 @ 13:14:16 MYT


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Hrkh) - Masalah kemiskinan masih terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman, meskiupun kerajaan telah melancarkan program membasmi kemiskinan sejak 30 tahun lalu.

Kemiskinan di kalangan kaum bumiputera pula dilihat amat ketara di mana sebagai contoh jurang pendapatan kaum Melayu amatlah tinggi berbanding kaum Cina di negara ini.
Di Sabah dan Sarawak, isu kemiskinan sering menjadi bualan, malah laporan mengenai kedhaifan rakyat di negeri itu sering dipaparkan dalam media elektronik mutakhir ini.
Tambahan pula mutakhir ini ahli Parlimen dari dua negeri itu sering membangkitkan persoalan mengenai jurang kemiskinan di negeri mereka yang amat ketara berbanding negeri di Semenanjung Malaysia.
Begitupun di Dewan Negara hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mustafa Muhammad yang menjawab soalan berhubung soal kemiskinan mengkritik kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, masalah kemiskinan di negeri Cik Siti Wan kembang itu amat membimbangkan, malah beliau mendakwa kerajaan PAS tidak mampu membela nasib rakyat Kelantan.
Ia amat ketara apabila rombongan jemaah menteri dan anggota Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir mendapati ramai rakyat miskin di kawasan tersebut.
Marah dengan kenyataan Mustafa itu wakil PAS, Senator Wan Ubaidah Omar bingkas bangun untuk membalas semula kenyataan menteri tersebut.
"Saya nak tahu, berapakah bilangan rakyat Kelantan yang dikatakan miskin yang dipaparkan dalam program bersamamu yang ditayangkan oleh TV3," soal Wan Ubaidah.
Mustafa bagaimanapun gagal menjawab soalan itu dan hanya menyatakan beliau tidak sempat menonton rancangan tersebut akibat sibuk dengan urusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir sebelum ini.
Program realiti TV, Bersamamu yang ditayangkan di TV3 sebelum ini banyak memaparkan kisah kedhaifan rakyat Malaysia khasnya yang berada di pedalaman.
Begitupun daripada laporan yang disediakan stesen televisyen swasta itu kebanyakannya paparan mengenai rakyat miskin ialah mereka yang tinggal di negeri Sabah, Sarawak, dan rakyat miskin di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Sebagai contoh, ada kes di sebuiah negeri yang diperintah BN, rakyatnya terpaksa makan Siput Babi untuk dijadikan lauk akibat kemiskinan.-wn.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke