Ok my two cents worth opinion.
In this case, the stupid policeman yang mesti dipersalahkan, kerana 
tidak amanah, tidak jujur dan tidak beretika dalam menjalankan 
tugas. I think most people now agreed with the method being used by 
the police, Cuma bila ada orang seperti this man yang memporak 
perandakan the whole thing.
Si Theresa tu acted sebagai pembela kaum. Tak boleh nampak lagi ke 
sekarang ni how each races in Malaysia akan bermatian membela nasib 
kaum mereka sendiri. Pada sangkaannya gadis dalam video tu adalah 
sebangsa dengan dia dan menjadi tanggungjawab dia membela nasib 
kaumnya sendiri.sebab dia yang received cd tu so she made conclusion 
mesti ada kena mengena…can u see I am sure the stupid police man tak 
begitudouble  bodoh bagi cd tu pada dia…must be the Chinese man yang 
operate kedai download cd tu…dia pun ingat tak guna police ni buat 
tak tentu kat kaum dia?
Cant you see what I meant all these while? 
Sekarang saya tak nampak lagi ada pemimpin melayu yang membela 
nasib/maruah gadis melayu ni. Mana dia menteri wanita? Mana dia 
pemimpin Pas wanita? Mana dr lo' lo; mana syarizat, mana mashitah? 
Kenapa maruah gadis ini tidak ada yang ambil peduli.
Tengok si bangsa lain begitu prihatin dgn nasib bangsa dia….orang 
melayu buat apa? Asyik bertekak sesame sendiri…sedangkan hadis ada 
mengatakan tidak sempurna iman, sehingga kamu mengasihi saudara mara 
mu seperti engkau mengasihi diri mu sendiri, ( tak silap riwayat 
bukhari…baru semalam belajar kelas aqidah ada ustad mentioned about 
this hadis again…hadis ni kita belajar masa form 3 dulu sampai 
sekarang saya ingat)
Samy velu tu pun lagi bagus..tengoklah sendiri adja aja musibah yang 
menimpa kaum India sekejapan itu dia ada….nak raih popularity ke a 
pa ke dia punya pasal but he is around. In my sekolah kg ni pun dia 
boleh hantar wakil, sebab ada aduan sekolah tak sediakn subject 
bahasa tamil? Murid India tak sampai 10 orang pun?
Lets see what happen next…..i don't care nak saman Theresa ke, 
police department ke at least ada pemimpin wanita melayu outthere 
membela nasib wanita melayu ni…..


--- In [email protected], Amir Hamzah wrote:
>
> Betapa banyak nya pembohongan yang perlu dibuat oleh pemerintah 
untuk menyembunyikan kesilapan mereka. Dalam kes ini, Azmi 
sememangnya ke Negeri Cina untuk memohon maaf, tapi kini dinafikan 
pula. Kemanakah maruah Azmi, Kabinet Malaysia dan amnya rakyat 
Malaysia, kerana permohonan maaf dipinta dari negara asing sedangkan 
rakyat negara itu tidak terlibat! Takut benar ke pemerintah sehingga 
digegaskan Azmi?
>    
>   Kini, setelah terbukti gadis dalam kes ini seorang rakyat 
tempatan dan Melayu, kemanakah pula harus Kabinet gegaskan Azmi 
untuk memohon maaf? Dan mahukah mereka meminta maaf dari rakyat 
Malaysia, terutama gadis terlibat, atau adakah gadis itu akan dicari 
segala kesalahannya dan dicemuhkan pula untuk menutup keaiban 
pemerintah? Adakah kita rakyat Malaysia akan berdiam sahaja dan 
membiarkan penipuan demi penipuan dilakukan keatas kita?
>   
> 
> From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan terhadap Teresa Kok
> 
> (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Negara menggesa pihak berkuasa 
mengambil tindakan tegas terhadap anggota Parlimen Seputeh, Teresa 
Kok kerana menayangkan video lucah seorang tahanan wanita yang 
melakukan ketuk ketampi sambil berbogel.
> 
> Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, anggota polis lelaki 
yang bertanggungjawab merakamkan aksi tersebut juga perlu dikenakan 
tindakan kerana mencetuskan suasana tegang sehingga menjejaskan 
hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
> 
> Perbuatan pemimpin DAP yang menayangkan video tersebut di hadapan 
menteri dan wakil rakyat di Lobi Parlimen, bulan lepas telah 
menjatuhkan maruah tahanan wanita itu, katanya kepada pemberita di 
Lobi Parlimen di sini Rabu.
> 
> "Teresa patut didakwa kerana menjaja cerita lucah di Parlimen 
sehingga memalukan wanita itu, polis kita sebenarnya bagus, apa yang 
dilakukan ke atas tahanan terbabit adalah prosedur biasa.
> 
> "Disebabkan oleh perbuatan beliau itu, Menteri Keselamatan Dalam 
Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid terpaksa ke China untuk meminta maaf 
sedangkan hari ini apabila membaca akhbar seluruh rakyat terkejut 
kerana tahanan itu adalah wanita tempatan berketurunan Melayu," 
katanya.
> 
> Selain itu, Syed Ali turut meminta polis bertindak lebih cekap 
dengan memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi mengenai status sesuatu kes secara lebih cepat dan tepat.
> 
> Menurutnya, kelewatan polis mengumumkan hasil siasatan dan 
tindakan media menyiarkan kes itu secara meluas telah menjejaskan 
reputasi pasukan keselamatan dan memalukan negara.
> 
> Katanya, pendedahan tersebut telah menyebabkan banyak pihak 
termasuk menteri mengeluarkan pelbagai reaksi sedangkan kes itu 
boleh diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menubuhkan sebuah 
suruhanjaya bebas dan inkuiri awam.
> 
> Terdahulu pada Persidangan Dewan Negara, beliau meminta Timbalan 
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Chia Kwang Chye menjelaskan siapa 
yang harus dipertanggungjawabkan berhubung insiden tersebut.
> 
> Chia bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut dan sebaliknya 
memberitahu, pemergian Azmi ke sana bukan untuk meminta maaf kepada 
kerajaan China berhubung isu ketuk ketampi tetapi berkaitan satu isu 
lain. 
> 
> --
> Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 12/14/2005 08:04:26 
PM 
> 
>               
> ---------------------------------
> How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps 
for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
>









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke