Assalamualaykom,
 
Berikut adalah surat yang telah saya hantarkan ke pihak media dan pihak-pihak yang terlibat berhubung soal bendera Israel. Diharapkan jika dapat para netters sekelian juga dapat menghantarkan ke media-media bantahan terhadap berkibarnya bendera Israel di PWTC. Ambillah point-point yang anda rasakan sesuai dari surat ini ...kita banjirkan media-media kita dengan surat-surat bantahan, agar pihak penganjur tahu, rakyat Malaysia masih lagi peka terhadap isu Palestin.
 
Terima Kasih...
 
** Syabas kepada Pemuda PAS Wilayah yang telah menghantarkan memorandum bantahØ´n dan juga pihak JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia) kerana telah memulakan langkah untuk menghantarkan surat bantahan...Dan juga pertubuhan-pertubuhan serta individu-indivisu yang telah melakukan perkara yang seumpamanya...
 
 
Perdana Global Peace Forum: Pihak Penganjur Perlu Lebih Sensitif!
 
Maszlee Malik
 
 
Syabas bagi Tun Dr Mahathir dan juga penganjur Perdana Global Peace Forum yang berlangsung dari 14 sehingga 17 Disember 2005 di PWTC, Kuala Lumpur. Diharapkan mesej keamanan yang ingin disampaikan kepada dunia dapat disalurkan melalui wadah tersebut. Walau bagaimanapun di dalam keghairahan mempromosikan mesej keamanan, pihak penganjur tidak sepatutnya terlalu ghairah sehingga melakukan perkara yang boleh merosakkan imej keamanan dan juga mengenepikan sensitiviti umat Islam sedunia, rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan juga rakyat Palestin secara khusus.
 
Yang dimaksudkan di sini ialah tindakan penganjur mengibarkan bendera rejim Zionis Israel selari dengan bendera negara-negara lain di tiang-tiang bendera PWTC. Rasanya tiada siapa yang naif mengenai hakikat rejim Zionis. Ianya adalah sebuah entiti haram berdasarkan undang-undang antarabangsa yang ditubuhkan pada 15 Mei 1948 hasil usahasama di antara gerakan Zionis dan juga kuasa-kuasa besar barat pada waktu itu. Dengan kemunculan entiti haram tersebut, maka negara Palestin berdaulat yang pada asalnya sebahagian daripada wilayah kekuasaan Empayar Khilafah Uthmaniyyah telah hilang dari peta dunia, dan rakyat mereka dihalau keluar dari tanah air mereka.
 
Dengan tertubuhnya entiti haram bernama Israel itu juga, dunia dan masyarakat dunia sepanjang abad ke-20 telah menyaksikan pertumpahan darah manusia-manusia yang tidak berdosa dari kalangan rakyat Palestin tanpa henti-henti bermula dari peristiwa Deir Yassin sehinggalah keganasan-keganasan mereka di Jalur Gaza dewasa ini. Rasanya dengan kepesatan teknologi maklumat mutakhir ini, jenayah-jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini bukanlah rahsia lagi. Begitu juga lebih enam juta rakyat Palestin kini terpaksa tinggal di luar negara tanah air mereka dan hidup sebagai pelarian kerana dihalau keluar semenjak tahun 1948 lagi. Tidak hairanlah pada tahun 1975, Zionis telah menerima label Apartheid oleh PBB.
 
Berkibarnya bendera entiti haram tersebut merupakan pengiktirafan kita, sebagai sebuah negara Islam yang cintakan kedamaian, terhadap kewujudan sebuah   negara di atas unsur keganasan. Berkibarnya bendera tersebut juga bererti kita mengiktiraf usaha penghapusan sebuah bangsa dan negara berdaulat untuk tertegaknya sebuah entiti haram di muka bumi ini. Dengan berkibarnya bendera tersebut juga, bermakna kita bersetuju dengan pengusiran rakyat sah dari tanah air mereka secara ganas dan kejam untuk diduduki oleh sekumpulan manusia dari seluruh pelusuk dunia di atas nama perkauman. Dengan berkibarnya bendera tersebut itu juga bermakna kita bersetuju dengan kedegilan Zionis untuk mematuhi keputusan Mahkamah Dunia (ICJ) bertarikh 10 Julai 2004. Dengan berkibarnya bendera tersebut juga, bermakna kita bersetuju dengan usaha berterusan mereka menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa untuk merobohkannya. Dengan berkibarnya berndera tersebut juga bermakna kita bersetuju dengan polisi mereka untuk meng"Yahudi"kan kota Baitul Maqdis dan mengusir penduduk asal mereka dari golongan Arab Muslim dan juga Kristian. Dengan berkibarnya bendera tersebut juga, bermakna kita bersetuju dengan kekejaman, kezaliman dan juga keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis dulu, kini dan selamanya.
 
Lebih menyedihkan lagi, bendera negara Palestin langsung tidak dikibarkan pula. Adakah kita lebih mengiktiraf entiti haram Zionis daripada negara palestin?
 
Diharapkan pihak penganjur dapat memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran mereka mengibarkan bendera tersebut dan juga tidak akan mengulanginya di masa yang akan datang. Semoga rakyat Malaysia akan terus komited di dalam usaha menegakkan kebenaran dan keadilan di serata dunia.
 
Maszlee Malik,
Pensyarah,
Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
UIAM.
 
 

__________________________________________________



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke