Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan kejadian
rogol dan rompak yang melibatkan wanita. Menurut
laporan akhbar tempatan (Harian Metro 22 Dis 05)
seorang pekerja kilang wanita di Senawang mendakwa
dipukau sebelum dirogol serta dirompak seorang lelaki
tidak dikenali ketika menunggu bas di sebuah hentian
bas kira-kira jam 5.15 pagi.

Wanita di Malaysia ini sering menjadi mangsa rogol,
ragut dan rompak  Serangan rogol, ragut dan rompak
(3R)  ini bukan hanya berlaku kepada wanita di
Senawang atau pekerja kilang sahaja, malah wanita
daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama serta
daripada pelbagai sektor pekerjaan sering menjadi
mangsa.

Walaupun sebelum ini negara pernah dikejutkan dengan
pelbagai jenayah rogol, ragut dan rompak yang ada
kalanya membawa kepada pembunuhan seperti peristiwa
malang yang berlaku kepada Allahyarham Noor Suzaily
dan Mendiang Cannie Ong, namun rata-rata didapati
masyarakat secara umumnya tidak mengambil iktibar
daripada kejadian tersebut.

Masyarakat seolah-olah menyerahkan masalah pencegahan
jenayah rogol, ragut dan rompak ini kepada pihak polis
untuk mempertingkatkan rondaan, disamping mengharapkan
kerajaan melalui Kementerian Kebajikan Masyarakat,
Wanita dan Kekeluargaan untuk mengendalikan kursus
serta taklimat berkenaan cara mencegah jenayah rogol,
ragut dan rompak.

Wanita adalah merupakan golongan yang lemah lembut,
sementara penjenayah yang tahu akan kelemahan wanita
ini sering menggunakan pelbagai taktik, tipu daya,
pujuk rayu serta adakalanya menggunakan pukau untuk
memerangkap wanita. Jika cara ini tidak berjaya
penjenayah akhirnya akan menggunakan kekerasan.

Kalau di negara barat contohnya, mereka sering
mengadakan kursus kesedaran pencegahan jenayah rogol,
ragut dan rompak di kalangan kanak-kanak, pemudi serta
wanita daripada peringkat tadika lagi hinggalah ke
alam pekerjaan. 

Khidmat pakar-pakar saikologi serta sukarelawan sering
digunakan untuk memberikan perkhidmatan post trauma
(selepas kejadian) sebagai memulihkan semangat mangsa
agar dapat meneruskan hidup serta pekerjaan seperti
sediakala. Sementara jiran-jiran dan rakan sekerja
akan sering memberikan kata-kata perangsang kepada
mangsa. Dan mereka bekerjasama dengan pihak polis
untuk mengedarkan gambar lakaran suspek di
pasaraya-pasaraya, gereja, sekolah, tempat kerja dan
sebagainya.

Sebaliknya kita di Malaysia ini mangsa rogol kurang
mendapat perhatian melainkan jika ianya mendapat
liputan meluas di dalam akhbar. Adakalanya pula mangsa
rogol di Malaysia ini dipandang serong oleh masyarakat
dan menyalahkan pula mangsa rogol kerana tidak tahu
hendak melindungi diri mereka sendiri. Sekiranya
mangsa kebakaran, mangsa banjir sering mendapat
simpati dan bantuan daripada pelbagai lapisan
masyarakat, mengapa tidak mangsa rogol tidak diberikan
layanan yang serupa , paling tidak daripada golongan
wanita sendiri ?

Apabila masyarakat secara aktif terlibat dalam
pencegahan jenayah rogol, ragut dan rompak ini dan
memberikan pembelaan kepada mangsa rogol maka sudah
pasti akan menyulitkan penjenayah untuk mengulangi
jenayah mereka ditempat tersebut. Ini adalah kerana
para penjenayah akan mengulangi perbuatan mereka dan
adakalanya akan menjadi penjenayah bersiri sekiranya
mereka dapati masyarakat ditempat tersebut tidak
mengambil berat dalam hal-hal pencegahan jenayah.

Malah dengan kemajuan internet sekarang ini masyarakat
boleh membantu pihak polis dengan mengedarkan lakaran
gambar suspek melalui e-mel di kawasan yang terlibat.
Apabila penjenayah ditempat tersebut dapat menghidu
masyarakat telah mula mengambil langkah berjaga-jaga
sudah pasti ianya menyukarkan penjenayah untuk
mengulangi jenayah mereka atau mereka akan pergi ke
komuniti yang tidak mengambil berat dalam hal-hal
pencegahan jenayah.

Satu lagi sikap masyarakat kita ialah tidak gemar
untuk membuat laporan polis apabila berlaku sesuatu
kejadian jenayah seperti kejadian rogol dan ragut.
Pada mereka apa gunanya buat laporan polis, bukannya
dapat ditangkap penjenayah tersebut atau bukannya
dapat balik barangan yang diragut atau mungkin pada
mereka kejadian itu hanya berlaku pada mereka sekali
sahaja. Sekiranya jenayah ini tidak dilaporkan kepada
pihak polis, bagaimana pihak polis hendak mengetahui
kadar jenayah ditempat tersebut. Sekiranya banyak
laporan jenayah dilaporkan ditempat tersebut sudah
pasti polis akan mendapat banyak maklumat untuk
membantu mereka mencegah jenayah tersebut. Malah
laporan polis untuk cubaan rogol, ragut dan rompak
juga perlu dibuat walaupun mangsa tidak mengalami
apa-apa kecederaan atau kerugian.

Maka tidak hairanlah mengapa sekarang ini kita sering
mendengar laporan akhbar mengenai kejadian rogol,
ragut dan rompak dikalangan wanita namun langkah
pencegahannya amat kurang kedengaran. 

Wanita yang bersendirian dalam pelbagai keadaan sering
menjadi mangsa. Wanita yang memandu boleh terjebak
dalam jenayah ini apabila penjenayah dengan sengaja
melanggar kereta mangsa. Wanita yang menaiki bas
sendirian tanpa penumpang wanita lain. Wanita yang
meletak kereta ditempat yang sunyi. Wanita yang
menunggu bas sendirian tidak kira siang atau malam.
Wanita yang berada dalam lif atau tangga sendirian.
Malah ianya berlaku dalam tandas wanita apabila wanita
itu bersendirian.

Jenayah rogol, ragut dan rompak di Malaysia ini hanya
akan dapat dikurangkan jika semua pihak mengambil
sikap pro aktif untuk melakukan tindakan pencegahan
jenayah, bekerjasama dengan pihak polis dengan
memberikan maklumat, bekerjasama dengan Kementerian
Wanita untuk membantu mangsa. Masjid-masjid,
gereja-gereja, kuil-kuil, balairaya-balairaya,
sekolah-sekolah dan lain-lain tempat pertemuan awam
adalah merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan
taklimat serta penerangan berkenaan cara pencegahan
jenayah disamping masyarakat setempat berkongsi-kongsi
maklumat untuk mencegah jenayah ditempat mereka. 

“Bersama Mencegah Jenayah”

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda , Senawang, NS
[EMAIL PROTECTED]
Laman web : http://waghih.blogspot.com


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke