Penggalian di bawah kota Baitul Maqdis : Satu pendedahan
Posted on Wednesday, December 28 @ 09:37:02 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Usaha rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan juga mengYahudikan Baitul Maqdis adalah serius. Usaha siang dan malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang hanya memandang sepi terhadap apa yang telah berlaku, apa yang berlaku kini dan apa yang bakal berlaku terhadap kota suci Baitul Maqdis dan juga kiblat pertama mereka, iaitu Masjid al-Aqsa.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan dan terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa para warga Yahudi dari seluruh dunia untuk mendiaminya, membawa pulang tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk di tanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan di antara umat Islam dengan Masjid al-Aqsa dan juga dengan menggali terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa, serta pelbagai lagi makar mereka yang lain.
Suara negara Islam mesti mengaum bukan menikus

Di antara kesemua usaha mereka, usaha penggalian terowong di bawah kota Baitul Maqdis dan juga bangunan Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya. Ianya bukan hanya sekadar mengancam masjid suci tersebut yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam, malah ianya mencabar maruah umat Islam dan juga bakal memadamkan sejarah yang telah terbina semenjak 1400 tahun yang lalu. Sayangnya persoalan ini tidak begitu diambil berat oleh umat Islam, walaupun ianya telah berlaku semenjak tahun 1967 lagi. Umat Islam sedunia hanya menyedari perkara tersebut apabila kerajaan rejim Zionis Israel merasmikan terowong yang mereka gali semenjak tahun 1967 itu pada 24 September 1996 apabila mereka merayakan sambutan "3,000 tahun bandar Daud", sekaligus membuktikan pemilikan mereka terhadap kota dan juga tapak masjid berkenaan. Sayangnya, ianya semua telah terlambat, terowong tersebut telah pun menjangkau panjang sebanyak 488 meter dan juga dengan ketinggian melebihi 13 meter dan juga 20 meter di sesetengah tempat.

Kesedaran Umat Islam

Umat Islam juga hanya tersedar apabila pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis yang ingin membina kuil mereka meletakkan batu asas pembinaan kuil mereka di kompleks di bawah masjid al-Aqsa hadil galian mereka selama lebih tiga dekad. Sayangnya, tidak semua umat Islam sedar hal ini, jika ada yang sedar, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih malang lagi, para pemimpin umat Islam yang mengetahui hal ini hanya rela berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan serius selain daripada merayu kepada pihak Zionis agar tidak meneruskan tancangan mereka sahaja. Pertubuhan OIC juga bagaikan tidak berkuasa apa-apa di berhubung kes ini, buktinya, sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil untuk mengahalang usaha Zionis untuk terus menggali di bawah Masjid al-Aqsa dan juga kota Baitul Maqdis.

Para pengunjung yang kini bebas memasuki terowong tersebut untuk tujuan pelancongan akan dapat melihat dengan jelas pelan masa depan rejim Zionis terhadap kota tersebut. Satu peta eletronik yang memaparkan pelan masa depan kota tersebut didakwa berdasarkan apa yang tercatit di dalam "Old Testament" ataupun Torah menurut panggilan Kaum Yahudi. Yang menariknya, Masjid al-Aqsa tidak langsung disebutkan di dalam pelan tersebut, yang ada hanyalah gambar Beit HaMikdash ataupun kuil Sulaiman yang mereka ingin bina di atas tapak masjid. Ternyata sudah, iautlah objektif uatama mereka, iaitu membina kuil tersebut dan meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Perayaan 3000 tahun Bandar Daud itu, menurut pihak berkuasa Zionis adalah antara usaha mereka untuk memberitahu dunia bahawa kaum Yahudi Zionislah adalah pemilik paling berhak ke atas kota lama tersebut dan mereka berhak menentukan apa yang akan berlaku kepada kota tersebut dan juga tapak masjid berkenaan. Terowong tersebut hanyalah permulaan...perjalanan pelan masa depan mereka masih jauh. Ini selaras dengan ucapan mantan Perdana Menteri-Perdana Menteri rejim Zionis dan juga pemimpin-pemimpin Zionis yang lain yang berbunyi "Urshalem (Baitul Maqdis) adalah ibu kota Israel sampai bila-bila".
Mungkinkah al-Quds hanya boleh ditatap dibuku2 sejarah atau muzium pada masa akan datang ?

Jelas dan pasti, mereka tidak hanya sekadar mengukir kata-kata seperti kebanyakan pemimpin umat Islam. Mereka telah membuktikannya dengan pembinaan terowong tersebut dan juga usaha-usaha menghalau umat Islam dan umat Kristian keluar dari kota Baitul Maqdis serta mempersukarkan umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa setiap waktu. Usaha mengubah bentuk-bentuk bangunan yang bercirikan Islam kepada reka bentuk arkitek Yahudi kuno giat dijalankan. Nama-nama jalan dan kawasan-kawasan penempatan yang asalnya mempunyai ciri-ciri Islam dan Arab kini ditekuarkan kepada nama-nama Yahudi dan nama-nama berinspirasikan cerita-cerita di dalam "Old Testament". Lebih dahsyat lagi, Masjid al-Aqsa sendiri seolah-olah tidak wujud di kawasan tersebut, dan seringkali dipanggil sebagai "Temple Mount" sahaja. Perakara ini tanpa disedari telah diadaptasi oleh media-media barat. Malah CNN katika melaporkan tentang Baitul Maqdis tidak menyebutkan Masjid al-Aqsa, tetapi mengikut panggilan kaum Zionis kepada tapak tersebut sebagai "The Temple Mount". Tidak tahulah samada ini disedari oleh umat Islam ataupun tidak, yang pastinya jangan terkejut satu hari nanti jika media di negara-negara umat Islam pun akan menggunakan perkataan yang sama, hatta di Malaysia sekalipun.

Fasa-Fasa Pembinaan

Usaha jahat Zionis ini telah bermula semenjak tahun 1967 lagi, apabila mereka berjaya menawan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Bermula dari tarikh tersebut, mereka telah memulakan penggalian di bawah Masjid al-Aqsa di atas alasan mencari kuil lama mereka yang didakwa telah tertimbus di dawah bangunan Masjid al-Aqsa. Selepas itu pelabagi percubaan lain yang mereka lakukan seperti membakar, percubaan meletupkan, merempuh masuk, melakukan penyembelihan ke atas mereka yang bersolat, dan yang terakhir sekali ialah ugutan-ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan masjid al-Aqsa sebanyak lebih enam kali pada tahun 2005 sahaja, selepas Ariel Sharon menajisi Masjid al-Aqsa pada tahun 2000 yang lalu. Fakta yang tidak dapat disangkalkan dan ianya sangat-sangat membahayakan Masjid al-Aqsa ialah usaha penggalian terowong masih lagi aktif dilakukan, dan ianya berterusan sehingga kini dan di masa-masa hadapan, dan kita ianya telah mencapai fasa kelapan. Berikut adalah perincian kepada fasa-fasa penggalian terowong tersebut:
Buka matamu luas2 !! Saya sedang dirogol oleh rejim Zionis sekarang !!

1) Fasa pertama (penghujung 1967 sehingga 1968):

Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif (Masjid al-Aqsa), di sebelah belakang ....
 


Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

Forum [hadith40] ini adalah fokus dan khusus kepada mel-e dan perkongsian maklumat berbentuk diskusi sahaja.

*Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian Kuliah Hadis 40.




SPONSORED LINKS
Islam online Student loans Nation of islam
Student credit cards


YAHOO! GROUPS LINKS





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke