elok lah tak didedahkan..polis pun bukan terus dapat tahu mende tu...mesti diaorang siasat dulu baru dapat tahu..sebab kes tu awal tahun...azmi pergi tu walaupun membazir tapi terpaksa untuk meredakan keadaan sebabnya PRC tahu hal ni tapi tak tau lagi saper orang tu yang sebenarnya...so baca lah komen ni dengan terbuka....
tindakan polis tu bagi saya wajar dilakukan dengan cara yang lebih tertutup...biarlah diorang buat siasatan dulu..sebab ikut pengalaman diorang kalau tak buat camtu mende packet dadah kalau ada tersimpan kat P**** akan terjatuh....atau sedara semua nak suruh polis wanita kobok P**** pakai tangan diorang...lagi le tak sopan...
diaorang tau aper yang diorang buat...cuma bila kes ni meletup..polis mungkin akan berfikir cara dan tempat yang lebih baik bagi siasatan macam ni nak dibuat....setiap kejadian ada hikmahnya...sesungguhnya keaiban yang Allah bagi tu mesti ada asbabnya..cam orang jadi babi
dulu...nauzzubillah....
baca lah dengan fikiran yang terbuka...
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Bacalah dengan minda terbuka dan berasaskan logik, ianya sungguh menarik.
From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Sebab PM dan Noh tidak dedahkan identiti wanita yang dibogel
Harakah Daily
Dewan Muslimat PAS mendapat maklumat bahawa sememangnya pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut, tetapi tidak dihebahkan berikutan ketika itu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir sedang berjalan.
Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Noh Omar berhubung isu wanita bogel dalam tahanan sekali lagi mendapat perhatian banyak pertubuhan wanita yang menyifatkan sebagai satu kenyataan tidak bertanggungjawab.
Abdullah dalam kenyataannya hari ini mengakui pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut tetapi bertindak tidak mendedahkannya kerana bimbang tidak akan dipercayai, katanya dalam satu laporan akhbar hari ini.
Meskipun pada asalnya, wakil DAP Teresa Kok mendakwa wanita dalam video klip MMS itu ialah warga China, sebaliknya selepas inkuiri awam dibuat mendapati wanita Melayu adalah mangsa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari pemimpin tertinggi negara.
Malah katanya DMPP mendapat maklumat bahawa sememangnya pihak polis telah mengetahui identiti wanita tersebut, tetapi tidak dihebahkan berikutan ketika itu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir sedang berjalan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan dalam sidang media bersama pemimpin wanita pelbagai pertubuhan mengenai isu wanita bogel itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.
Turut hadir ialah, Ketua DMPP, Ustazah Azizah Khatib Mat; Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (Jim), Dr Harlina Harlizah Siraj; wakil wanita DAP, Teresa Kok Suih Sim; Pengerusi Dewan Perhimpunan Wanita Cina Selangor, Cheng Su Chean dan Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamaruddin.
"Macam mana dia boleh panggil wanita itu (siasatan) jika dia tidak tahu siapa.Siapa yang panggil wanita itu untuk hadir dalam siasatan inkuiri awam kalau bukan polis," katanya.
Tindakan itu sebenarnya hanya untuk menyelamatkan keadaan, malah usaha menghantar Menteri Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid ke China bagi memohon maaf dilihat sebagai satu pembaziran, kata Siti Mariah.
Sementara itu wakil PKR, Zuraidah pula turut menyatakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Noh dan Abdullah itu.
Malah beliau mengutuk kenyataan itu dan menyifatkan sebagai satu penganiayaan kepada rakyat Malaysia sendiri yang terlibat dalam isu itu.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 12/20/2005 08:39:17 AM
Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Kirim email ke
