Assalamualaikum,
 
Menghulurkan bantuan kepada orang yang dilanda musibah sepertimana yang dilakukan oleh Muslimat PAS ini adalah tindakan terpuji.  Walaubagaimanapun, bantuan yang dihulur mungkin tidak dapat menampung keperluan mereka kerana jika berlaku kerosakan harta benda, mereka terpaksa membuat perbelanjaan modal (capital expenditure) untuk membeli aset spt mesin basuh, peti ais, baiki rumah yang rosak, pecah, roboh. Selain itu mereka juga perlu memiliki kewangan untuk meneruskan kehidupan sehari-hari (operating expenses). Kepada yang berharta lebih spt ada savings, bolehlah digunakan tetapi yang cukup makan, bantuan sangat diharapkan agar sekurang-kurangnya keperluan primer terpenuh (kita masih boleh hidup tanpa peti ais dan mesin basuh).
 
Bantuan oleh individu atau sekelompok orang (NGO/organisasi/persatuan) seringkali terbatas disebabkan dana mereka yang turut terbatas. Hari ni kita menghulur RM50 untuk membantu mereka tetapi dapatkan kita melakukannya dengan kerap? Same goes to party, organization, etc.
 
Sebenar-benarnya negara lah yang bertanggungjawab untuk membantu rakyatnya. Negara mesti memiliki sumber dana untuk digunakan disaat genting begini. Tetapi jika dilihat negara dalam perspektif sistem demokrasi yang mana peraturan dan hukum-hakam diambil berdasarkan suara majoriti, kemaslahatan rakyat seringkali bukan agenda utama melainkan suam-suam kuku sahaja. Akibatnya, bangunan atau projek mega berleluasa tetapi ada rakyat yang kais pagi makan pagi.
 
Hanya negara yang melaksanakan sistem ekonomi Islam (nizam al-iqtishad fii al-islam) sahaja lah yang akan memastikan setiap rakyat samada Islam atau bukan Islam hidup sejahtera 365 hari setahun bukan semasa banjir dan pilihanraya sahaja. Tiada rakyat yang layak menerima zakat di Afrika semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sewajarnya dijadikan renungan kepada kita bahawa bukanlah kekurangan sumber (scarcity of resources) sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pendokong sistem ekonomi Kapitalis nukilan Adam Smith yang menjadi masalahnya, sebaliknya agihan kekayaanlah (distribution of wealth) yang jadi masalahnya hingga menjadikan kekayaan 40 orang terkaya di Malaya ini mewakili 32% GDP Malaysia.
 
Sistem Islam telah terbukti berkesan (proven effective) selama lebih 1300 tahun
Sistem Sosialis-Komunis hanya bertahan dalam 40 tahun - la ni Kesatuan Russia pun dah
tumbang
Sistem Kapitalis - berada di ambang kemusnahan (on the brink of its destruction)
 
Which one is our choice? What are we waiting for?
 
You decide.
 
Wassalam.
 
On 12/23/05, syeddahij <syeddahij> wrote:
MEREDAH BANJIR....Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali meredah banjir di Kedah bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sana. Dengan ditemani oleh Muslimat PAS Kedah beliau menyerahkan bantuan berupa makanan kering, pakaian wanita, buah-buahan dan sebagainya untuk membantu bebanan mangsa banjir. Untuk permulaan, kira-kira RM10,000 telah dibelanjakan Tabung Bantuan Banjir PAS Pusat untuk mangsa di Kedah sahaja. Gambar kelihatan Dr.Lo'Lo dan Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Aishah Ghazali terpaksa meredah banjir di Sekolah Tunku Abdul Malik ketika melawat penempatan itu. Foto Helmi Khalid.
 
Banjir: Hanya wanita yang memahami keperluan wanita
Friday, December 23 @ 07:00:39 MYT

Oleh HELMI KHALID
ALOR STAR, 23 Dis (Hrkh) - "Terima kasih, terima kasih, inilah sumbangan pakaian dalam wanita pertama kami terima sejak tiga hari pindah ke sini, terima kasih kepada Muslimat PAS yang datang beri sumbangan pada hari ini."

Demikian kata seorang mangsa banjir wanita yang ditemui di penempatan banjir, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Merah.
Program sumbangan tersebut di Ketuai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat dan Ketua Dewan Musliat Kedah, Ustazah Aishah.
Setiausaha, Ustazah Hajjah Fatimah Wan Teh serta Cikgu Zakiah Baharom, Ketua Dewan Muslimat Kuala Kedah turut serta.
(Gadis remaja dan wanita mengerumuni Dr Lo' Lo' di satu pusat perpindahan banjir kerana hanya wanita yang memahami keperluan wanita.)
Program tersebut mendapat sambutan amat baik dan dalam kesempatan yang sama, Dr. Lo' Lo' serta rombongan sempat bertanya khabar dan bermesra dengan mangsa-mangsa banjir.
Rombongan juga terpaksa turun dalam kawasan banjir hingga ke paras lutut ketika membuat lawatan di dua blok sekolah berkenaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan semua mangsa wanita remaja dan para ibu menerima sumbangan pakaian dalam tersebut dan dari riak wajah, mereka amat berterima kasih di atas sumbangan tersebut, dianggarkan sekitar 300 orang.
Malah, urusetia penempatan berkenaan turut mengumumkan melalui hailer bahawa itu adalah sumbangan Dewan Muslimat PAS seterusnya mengucapkan ucapan terima kasih.
Lebih dari itu, petugas urusetia turut melekatkan label bertulis 'Dewan Muslimat PAS' di atas sehelai kertas A4 dan dilekatkan di garaj kereta, tempat program berlangsung, urusetia turut menghidangkan kopi O dan biskut kepada rombongan.
Tidak hanya setakat itu, petugas Pemuda PAS yang membawa rombongan dengan kenderaan pacuan empat roda, turut memberi kerjasama membawa urusetia ke kedai untuk membeli gas serta keperluan memasak yang lain ketika program sumbangan berlangsung.
Seterusnya semalam, dalam rangka lawatan dan program yang sama, rombongan Dr. Lo' Lo' turut berada di penempatan PAS di Kampung Paya Stesyen, Jerlun seterusnya ke penempatan PAS di Pejabat PAS Kawasan Kubang Pasu, Tok Kesop.
Lajnah Kebajikan memperuntukkan sebanyak RM10,000 bagi membantu mangsa di Kedah dan membelanjakannya membeli pakaian dalam wanita serta tilam alas tidur (toto).
Surut di Kubang Pasu
Sementara itu, keadaan banjir di Kawasan Kubang Pasu semakin surut, bagaimanapun, di Jerlun dan Kuala Kedah semakin merebak ke beberapa kampung. Jika sejak 19 Disember lalu cuaca cerah, pagi ini, hujan yang turun mencurah-curah sejak pagi tadi tadi merisaukan semua pihak.
Jalan menuju ke Hospital Alor Star di Lebuh Raya Darul Aman ditutup malam tadi, Jalan Putra di Alor Star juga telah dinaiki air kira-kira 1/2 meter, Jalan Kanchut juga menanti masa untuk di tutup dan di Jalan Stadium, hadapan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah telah dinaiki air.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah, Ustaz Shuhaimi Ahmad, akibat banjir, operasi sukarelawan PAS di Alor Pial, Anak Bukit telah berpindah ke Kubang Rotan, dan sejak semalam, paras air di situ juga semakin naik.
Di Pokok Sena, kawasan Pekan Langgar air telah melintasi jalan utama ke Kuala Nerang sejak dua hari lalu dan di Pondok Ustaz Niamat Yusof di Derang, air naik hingga ke paras bumbung.
Menurutnya, sumbangan dari semua wakil rakyat PAS di Dun yang terbabit masih berterusan, begitu juga dengan bantuan makanan dan kerja memindahkan mangsa sedang giat dilaksanakan oleh petugas PAS di Jerlun, Pokok Sena dan Kuala Kedah dan Alor Star.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan dan juga PAS negeri-negeri serta kawasan-kawasan luar Kedah yang telah menyumbangkan untuk tabung banjir ini dan masih mengalu-alukan bantuan memandangkan banjir masih lagi melanda terutamanya di Kuala Kedah, Alor Star dan Jerlun.
-zs

 


Yahoo! PhotosNEW, now offering a quality print service from just 8p a photo.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke