Mangsa banjir di Jerlun perlukan bantuan anda
Wednesday, December 28 @ 15:50:35 MYT


Oleh MOHD SABRI SAID
SUNGAI PETANI, 28 Dis (Hrkh)- Pengerusi Masyarakat Prihatin Jerlun, Haji Ismail Wan Teh menyeru rakyat negara ini membantu mangsa banjir di utara semenanjung khususnya di Jerlun, Kedah untuk meringgankan bebanan mereka terutamanya menjelangnya suasana persekolahan nanti.

Ketika ditemui, beliau menjelaskan, masyarakat petani mengalami kerugian teruk apabila banjir memusnahkan keseluruhan tanaman padi yang hampir dituai.
"Saya menyeru masyarakat luar yang tidak mengalami musibah banjir membantu mangsa banjir terutamanya petani kerana hasil mereka rosak teruk. Tambahan pula, tidak lama lagi minggu persekolahan akan bermula, " ujar beliau.
Katanya lagi, petani sepatutnya mengutip hasil pada bulan Februari tahun 2006 tetapi malangnya padi mereka musnah ditenggelami air.
Maka, pada bulan April 2006 pula dijangka memulakan kerja-kerja membajak dan kutipan pastinya pada bulan Ogos 2006.
"Musim ini petani tak dak apa-apa hasil. Lepas tu kena belanja buat bendang balik pada bulan April. Semuanya kena duit, tak sempat nak pusing (modal), " terangnya yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun.
Menurutnya, PAS Kawasan memohon sumbangan berupa pakaian sekolah untuk 1,500 pasang meliputi 700 keluarga miskin.
Bukan itu sahaja malahan sumbangan hamper berupa barangan seharian seperi beras, susu, tepung, gula, garam, makanan tin dan seumpamanya juga diperlukan.
Jika tiada halangan tambah Haji Ismail, semua sumbangan itu akan disampaikan pada minggu pertama persekolahan.
Untuk mendapatkan maklumat sila hubungi Haji Ismail di talian 012-4277504 atau Ustaz Abdul Ghani Ahmad 019-4469596.
-zs


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke