JADI KEBANGGAAN DANGA BAY...Tin-tin dan botol arak yang disusun menjadi kebanggaan sempena sambutan Tahun Baru di Danga Bay 31 Disember baru-baru ini. Gelagat remaja juga membimbangkan dan membayangkan keruntuhan akhlak remaja sekarang. Mereka tidak segan bercium dan berkucupan di khalayak ramai semasa sambutan tersebut walaupun jam sudah 3 pgi. Ekoran itu Pemuda PAS Johor membuat laporan polis mengenainya. Foto Salman Hussein.
 
Pantau sambutan tahun baru: Tahniah kerana polis bekerja keras
Tuesday, January 03 @ 09:35:40 MYT


Oleh SALMAN HUSEIN
JOHOR BAHRU, 3 Jan (Hrkh) – Pemantauan yang dilakukan Pemuda PAS Johor di kesemua lapan daerah di negeri ini pada malam Tahun Baru 31 Disember lalu mengejutkan dan penuh dengan aksi sumbang anak Melayu.

Lapuran yang dibuat petugas PAS mendedahkan bagaimana acara sambutan tahun baru ini diadakan tanpa kawalan serta pemantauan yang rapi daripada pihak-pihak terbabit terutama Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman, dekat sini.
Bagaimana pun pada malam tersebut Polis kelihatan bertungkus lumus melakukan pemantauan dengan mengadakan sekatan jalanraya dan rondaan serta mengawal lalulintas bahkan kita dimaklumkan semua unit termasuk Cawangan Anti Narkotik, Perjudian dan Maksiat turut digerakkan bagi melakukan operasi secara besar-besaran bagi membanteras jenayah.
(Mazlan Bersama Faizi serta exco pemuda PAS Johor menunjukkan lapuran polis yang dibuat di balai polis central Johor Bahru, pada malam sambutan tahun baru, baru-baru ini.)
Malangnya jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Agama Islam dan PBT tidak kelihatan melakukan pemantauan pada malam tersebut, kealpaan pihak terbabit melakukan pemantauan menyebabkan berlakunya bermacam gejala social yang lebih serius lagi.
Mazlan berkata demikian semasa ditemui selepas mengiringi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, membuat lapuran di Balai Polis Central, dekat sini, pada malam tahun baru beberapa hari lalu.
Lapuran polis ini dibuat susulan dari pemantauan yang dilakukan pemuda PAS Johor diketuai Mazlan dan Faizi di Danga Bay Johor Bahru, tempat yang menjadi tumpuan ramai di Bandaraya Johor Bahru terutama ketika menyambut hari perayaan tertentu.
Menurut Mazlan, pemantauan yang dibuat sehingga jam 3.00 pagi ini mendapati keadaan di Danga Bay sangat mengaibkan.
Ribuan anak muda bercampur gaul secara bebas dan melakukan aksi sumbang seperti berpelukan dan bercium di khalayak ramai tanpa segan silu selain minum arak secara terbuka.
"Melihat keadaan yang tidak terkawal ini maka kami telah mengambil keputusan untuk membuat lapuran polis meminta supaya polis melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," kata Mazlan.
Menurutnya lagi, Polis yang menerima lapuran ini terus bertindak menghantar berpuluh-puluh anggota ke Danga Bay dan pemantauan semula yang mereka buat di tempat yang sama kira-kira sejam kemudian mendapati pengunjung mula beredar meninggalkan Danga Bay.
"Bagaimana pun kita tidak pasti sama ada kehadiran polis ini mampu menghindarkan anak-muda muda ini daripada terus melakukan perbuatan tidak bermoral memandangkan polis juga terpaksa menyelesaikan kes-kes lain yang dipertanggungjawabkan kepada mereka," kata Mazlan.
Selanjutnya menurut Mazlan, mereka amat kesal dengan sikap yang ditunjukkan jabatan-jabatan terbabit dalam menangani masalah sosial ini, mereka sepatutnya mengambil langkah lebih pro-aktif dalam usaha untuk membanteras gejala sosial yang semakin serius mutakhir ini.
Tetapi malangnya sikap acuh tak acuh yang mereka tunjukkan ini membuktikan bahawa mereka memang tidak serius untuk membanteras gejala sosial ini, katanya.
-zs
Advertisement
Brilliante Formulasi Homeopati 'A' Plus:
Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan angan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan? Begitu juga jika ada anak yang down syndrome, dan hyperactive? Jawapannya ialah BRILLIANTe


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke