Assalamualaikum warahmatullah...
Untuk pertimbangan tuan2 yang mulia sekalian...
Wassalamualaikum warahmatullah...
-Abu Naqibah-
----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 01/09/2006
07:21 AM -----
aba muiz
<[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject: Kongsikan
kurniaan Tuhan pada anda, kepadanya
01/09/2006 04:45 AM
Omar bin Abdul Aziz
A-01-05, PPR Desa Petaling
Jalan 3/125C
Tuan/Puan yang berkesudian ;
BANTUAN BERSAMAKU ?MEMPERKEMBANGKAN OPERASI PERNIAGAAN OKU (ORANG KURANG
UPAYA) AGAR DAPAT TERUS BEROPERASI.
Saya dengan hormatnya, memanjangkan rayuan ini kepada pihak tuan/puan jika
sudi dan berkesempatan untuk turut bersimpati dan bersama saya dalam
masalah yang dihadapi berkaitan dengan perniagaan OKU yang dijalankan.
Setelah tersiarnya berita di Akhbar Harian Metro (disertakan), saya telah
menjalankan perniagaan Kedai Komputer dikedai yang ditawarkan oleh DBKL
beralamat di A-00-06, PPR Desa Petaling, Kuala Lumpur. Berbekalkan sedikit
modal yang diperolehi dari pinjaman MARA serta kemampuan dan keupayaan yang
terbatas, saya sedaya upaya mengusahakan kedai tersebut. Bermula Jun 2004
hingga kini, perniagaan yang dijalankan hanya sekadar ‘hidup segan mati tak
mahu? Namun saya masih terus menggagahkan diri menjalankan perniagaan
tersebut atas sifat dan keiginan untuk berusaha dan berdikari. Namun, saya
tidak dapat menafikan wajah lesu perniagaan yang sebegitu rupa, lokasi yang
terpinggir dan faktor kecacatan, membuatkan asas binaan perniagaan yang
sekadar termampu, menanti saat untuk di tutup jika tiadanya satu suntikan
keinsanan dari semua pihak yang bersimpati. Maka saya terpaksa
memanjangkan permohonan ini jika ada dermawan yang sudi menyumbangkan
seringgit dua untuk memperkukuhkan perniagaan ini sebelum denyutan nadi
perniagaan yang dibina terhenti. Faktor-faktor berikut menjadi asas ukuran
mengapa saya memanjangkan surat ini kepada pihak tuan/puan;
Lokasi premis terletak ditempat yang terpinggir menyebabkan perancangan
menjalankan kedai baikpulih dan penjualan komputer tidak menepati sasaran
dan tidak mendapatkan sambutan. Faktor lain yang menjadi masalah dalam
menjalankan perniagaan ialah kecacatan dan penyakit yang dihidapi. Ianya
mempengaruhi carakerja dan caraniaga yang dijalankan. Pergerakkan yang
terbatas dan banyak bergantung harap kepada bantuan isteri dan anak-anak
dalam menggerakkan peniagaan, memerlukan satu pendekatan yang lebih sesuai
dibina dalam perniagaan ini.
Memandang sebab-sebab diatas telah mampengaruhi peluang perniagaan yang
diperolehi, maka pendekatan mengadakan operasi sewa komputer (seumpama
cyber caf? terutamanya untuk anak-anak penduduk setempat bermain animasi
berkomputer, pelajar menaip kertas kerja sekolah, penduduk-penduduk
setempat menyediakan persuratan bertaip dan sebarang kerja yang berasaskan
penggunaan komputer wajar diteruskan untuk membolehkan peluang yang
ditawarkan oleh DBKL dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Malangnya bermula dari bulan Oktober 2005, sebahagian besar penduduk
disini, telah dipindahkan semula ke Pantai Dalam dimana rumah gantian yang
dibina hasil dari pengambilan tanah penduduk setinggan Pantai Dalam oleh
pihak NPE telah siap dibina. Kesan dari permindahan ini, telah menyebabkan
PPR Desa Petaling ketandusan penghuni. Kemasukan penduduk baru yang
mangambil masa, telah menjejaskan pendapatan sehingga menyebabkan beberapa
tanggungjawab perniagaan seperti sewa, bil elektrik dan sebagainya telah
tidak mampu dilunaskan.
Tindakan untuk mengemaskini pendekatan perniagaan yang lebih komersial dan
bersesuaian perlu dilakukan. Saya merancang untuk memasukkan talian
telefon dan streamyx bagi membolehkan penggunaan ‘Internet?dapat dilakukan.
Ini bertujuan untuk menarik pasaran kepada pengguna internet yang terdiri
dari kalangan orang dewasa. Dengan harapan pasaran sewaan komputer akan
menjadi lebih meluas dan jika ada lagi pemindahan setinggan-setinggan lain
berlaku, saya tidak lagi menerima musibah banjir yang menghanyutkan
pelanggan saya atau tsunami yang menenggelamkan perniagaan OKU yang saya
jalankan ini. Dengan harapan pasaran perniagaan akan menjadi lebih luas
kepada kawasan persekitaran.
Untuk makluman tuan/puan, dengan modal yang terbatas tersebut, saya hanya
mampu membina meja komputer yang dibuat oleh anak saya sendiri hasil dari
kayu-kayu dan papan-papan pintu terbuang. Untuk menarik pelanggan dari
kalangan orang dewasa sudah tentu prasarana dan kelengkapan ini perlu
diubahsuai dan ditambah. Segalanya memerlukan kos yang sudah pasti diluar
kemampuan saya.
Saya memohon secebis simpati untuk mendapatkan sumbangan dari pihak
tuan/puan, bagi membantu saya merealisasikan hasrat tersebut agar terus
dapat berusaha bagi mencari pendapatan menyara kehidupan saya dan keluarga.
Semoga ALLAH mengganjari jasa baik tuan/puan tersebut. Saya memohon maaf
jika terpaksa merayu kepada pihak tuan/puan. Jika saya tidak berbuat
perkara sebegini, saya mungkin tidak mampu lagi untuk cuba berdikari
sebagai warga OKU (orang kurang upaya) kerana tidak berkemampuan lagi
untuk berhutang, kerana hutang yang ada sudah cukup membebankan saya
sekarang ini.
Kepada yang sudi, silalah salurkan sumbangan bersamaku ini ke akaun; GIRO
Bank Simpanan Nasional - 14102-29-89660940-4 atau hubungi saya
di talian - 0125550546
Sekian, Terima Kasih. Jazzakallahu khairan kathira.
OMAR BIN ABDUL AZIZ
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/