assalamualaikum semua.
di atas rasa percaya saya pada kalian semua izin kan saya mendapat kan sebarang tunjuk ajar malah jua secebis nasihat utk saya dlm menghadapi rempah ratus liku sebuah kehidupan.saya bukan lah seorg yg mahir dlm ilmu penulisan,apa lagi menyusun kata,apa yg terbuku di hati,itulah hasil tulisan saya
 
saya mempunyai seorg adik ipar(perempuan)seorg ibu tunggal yg mempunyai dua org anak.selepas beberapa tahun hidup sebagai ibu tunggal,tanpa kami sedari dia kini menjalin kan hubungan dgn seorg teman lelaki.setelah beberapa bulan berkenalan adik ipar saya mengalami masaalah kewangan.justeru itu lelaki tadi berjanji akan cuba membantu.walaupun tak pernah berjumpa sebelum ini adik ipar saya tetap pergi kl walaupun jarak tempat kami tinggal dgn tempat tersebut sejauh hampir 200km.
 
di ringkaskan........rupa rupanya lelaki tersebut adalah seorg suami.walaupun dah di nasihat supaya tidak lagi menjalin kan hubungan dgn lelaki tadi,tpi segala nasihat kami macam tak bererti langsung,dia hanya diam dan diam.dan yang paling kami tersinggung dengan sikap adik ipar saya ialah pada beberapa hari lagi sebelum kita menyambut hari raya haji yg baru lalu.keluarnya dia pada pagi ahad sehingga lah ke mlm jumaat baru dia balik.hati ibu mana yg tak gelisah bila anak yg dinanti tak balik balik.hati ibu mana yg tak sedih bila cucu bertanya di mana umi mereka.nak di talipon dia tak jawab,di bagi sms kata esok balik tunggu esok katanya tiket bas abis.nak di jemput tiada alamat,pendek kata bermcm alasan yg dia bagi.sehingga lah hampir 5 hari dia tinggal bersama lelaki tadi.dan yg teramat peliknya si isteri lelaki tadi pun ada bersama.
 
kononya suami isteri tadi di mata adik ipar saya tiada lagi persefahaman,malah selama 5 hari beliau di sana adik ipar saya sering melihat mereka bertengkar.mungkin itu lah yg menjadi kan adik saya simpati sangat pada si suami.walaupun bukan dari mulut si isteri tapi itu lah jwapan dari si suami.tidak ada persefahaman lagi.pada saya ini semua tipu muslihat si lelaki tadi.kerna pernah dia berbohong pada kami konon nya tiket bas di jln duta habis dan utk ke pudu akan mengambil masa 1 jam stgh perjalanan dan jualn tiket terakhir utk mlm tersebut di jual hanya jam 7 mlm.mungkin kami tak tau selok belok di sana tapi kami mampu utk bertanya,dan jwapan yg di terima....sahabat semua pun bleh memberikan jawapannya.
  
pada saya hati isteri mana yg tak marah kalau suami bawak perempuan lain balik ke rumah.sudah di terang pun masih adik ipar saya mempertahan kan si lelaki tersebut.malah kami pulak yg di katakan tak memahami situasi tersebut.jadi seperti saya katakan di awal tadi saya sudah kering kata utk cuba menyedarkan bahawa apa yg di lakukan adalah salah.bantulah saya....sebarang email sahabat boleh terus ke email saya atau ke emeil adik ipar saya.di [EMAIL PROTECTED] bimbingan jgn cemuhan....akhir kata mohon pada sahabat saudara dan saudari rahsia kan diri saya.sekiranya ia tahu semua ini dari saya rasanya tiada lagi rasa hormatnya dia terhadap saya.kalau itu yg terjadi jua apa boleh buat.mungkin suatu hari nanti bila usia semakin matang dia akan sedar kenapa saya melakukan semua ini.
 
bantu lah saya dan keluarga ibu mertua saya...bukan wang ringgit yg kami minta.hanya kebahgian hidup sekeluarga
 
wasalam dan assalamualaikum
 
dari saya
 
teruna.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke