Bila Kerajaan Malaysia akan menetapkan ketetapan seorang muslim di Malaysia yang bersubahat, menjual, menghidang, membuat, membeli arak akan dikenakan hukuman @ denda yang keras? Mengapa kita biarkan anak muda Islam, anak jiran, anak kita, anak saudara bekerja di 7-Eleven?
Edisi Timur: Kedai boleh jual arak
Oleh Samsudin Awang - [EMAIL PROTECTED]
KUANTAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tiada kuasa untuk menghalang penjualan arak di sebuah kedai 24 jam bersebelahan Masjid Bukit Rangin, Permatang Badak dekat sini, yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat.
Ini kerana kedai berkenaan beroperasi di premis persendirian dengan permit perniagaan kedai runcit untuk menjual barangan keperluan harian manakala arak diklasifikasikan sebagai minuman ringan berdasarkan kandungan alkoholnya rendah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, berdasarkan undang-undang PBT, kedai berkenaan tidak memerlukan permit khas untuk menjual minuman keras kerana arak yang dijual mempunyai tahap alkohol rendah dan diklasifikasikan sebagai minuman ringan yang boleh dijual di sebuah kedai runcit.
Bagaimanapun, lokasi kedai itu yang berada bersebelahan masjid dan di kawasan 100 peratus penduduk Islam, disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Peniaga menjual arak itu kerana ia rangkaian kedai francais yang tertakluk kepada syarat antara francaisor dan francaisi selaku pengusaha yang mana setiap produk dijual adalah diselaraskan f.
Namun, sebagai peniaga yang inginkan keuntungan, francaisi boleh menghentikan jualan produk tidak menguntungkan seperti jualan arak di kawasan 100 peratus pelanggan Islam.
Jika ia dijual, bermakna peniaga bukan ingin mencari keuntungan sebaliknya mempromosikan minuman keras kepada masyarakat Islam yang mengharamkan minuman itu, katanya.
Abdul Manan berkata, pihaknya bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Masjid Bukit Rangin akan mengemukakan memorandum kepada francaisi dan francaisor supaya menarik balik penjualan arak di lokasi yang majoritinya penduduk Islam.
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah
layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
