Lagak mek dan mat scooter di Komplek Dato' Kailan menggelikan![]()
Friday, January 13 @ 12:24:00 MYT
Oleh MOHD SABRI SAID
KEPALA BATAS, 13 Jan (Hrkh)- Komplek Dato' Kailan sempena nama ibu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tercemar dengan berbagai gelagat yang tidak bermoral oleh 'Mat dan Mek Scooter'.
Bermacam-macam corak pakaian dan gaya ranggi menjadi pilihan remaja tidak kira lelaki atau perempuan seolaholah ianya trend bagi peminat scooter di kalangan mereka.

Itu tidak termasuk lagi dengan gaya bertindik di hidung, pusat, telingga, belilit kepala, bergelang, berantai, serta berkaca mata ala 70an.
Duduk berselang seli sambil berpeluk macam
belangkas sudah sebati dengan jiwa dan nurani mereka.
Harakahdaily yang meninjau bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Surizman Mohamad berpendapat tidak menjadi kesalahan penganjur bersama Celcom, Persatuan Peniaga Komplek Dato' Kailan dan Tunas Indah Managment melaksanakan tanggungjawab menarik pelanggan tetapi bukan itu cara terbaik kerana ia terbukti menyemarakkan lagi budaya negatif di kalangan remaja negara ini.
Seperti biasa setelah mengetahui pemenang pertandingan peserta dihiburkan dengan satu persembahan aksi berdiri atas motor sambil 'willy' dan 'wekang' iaitu istilah yang sudah sinonim di kalangan Mat Rempit.
Sekaligus perbuatan tersebut memberi peluang kepada Mat Rempit menujukkan jagoan masing-masing.
Menurut salah seorang peserta yang enggan disebut namanya, peminat scooter boleh berbelanja sehingga RM5,000 semata-mata inginkan kepuasan melihat hiasan tertera di setiap sudut motosikal miliknya.
Bermaca-macam lukisan
tangan antaranya drakula, kepala harimau dan terbaru lukisan kartun menjadi pilihan peminat masa kini.
"Kami selalunya berkumpul di Dataran Shah Alam kerana di sana merupakan himpunan terbesar di Malaysia. Kalau menang di sana kita boleh pukul semua scooter di Malaysia, " jelasnya yang datang dari Nibung Tebal.
Menurutnya lagi, jika ada pertandingan serupa ini ahli kelab scooter negeri masing-masing akan berkonvoi untuk membantu menjayakan program di samping mempamerkan kreativiti mereka.
Sepatutnya pihak penganjur memikirkan program yang bersesuai bukan dengan cara berkaraoke atau agenda yang boleh mengundang bala Allah.
Malahan program yang diadakan seperti pertandingan bayi comel, vespa cantik, basikal antik, pertunjukan X-Games, gubahan pengantin, persembahan nasyid, pameran kereta dan seumpamanya tetap menjadi pilihan orang ramai mengunjungi komplek tersebut semperna Karnival Riang Ria.
Tambahan lagi di era kepimpinan Pak Lah yang memperkenalkan Islam Hadhari telah mengariskan sepuluh agenda untuk memastikan umat Islam terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Jika sekiranya penganjur tidak mengambil kira soal itu apa gunanya Pak Lah menjadi Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas sedangkan saranannya untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja tidak menjadi matlamat.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Surizman Mohamad ketika mengulas perkara itu menjelaskan, bukan salah menganjurkan pertandingan scooter tercantik tetapi biarlah ada pengisian lain khas untuk remaja yang nyata menjadikan scooter sebagai idola mereka.
Contohnya, wujudkan motivasi kesedaran hidup beretika dengan melantik orang yang berpengalaman seperti Dato' Dr. Fazilah Kamsah dan lainnya.
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
"Kita tidak salahkan program menarik pelanggan ke Komplek
Dato' Kailan tetapi biarkan ia ada matlamat bukan dilaksanakan secara 'somberono' sahaja tanpa memikirkan tindakan itu boleh membantu mengembangkan sosio budaya yang kurang sihat, " ujarnya.
-zs
-zs
| VCD ini1 berbentuk cerita animasi (kartun) sebuah keluarga Islam yang amat menghiburkan, yang mana seorang ibu mengajar anaknya dari masa ke semasa doa seharian. Disamping menghiburkan ianya dalam masa yang sama mengajar anak-anak membaca doa dan menghafalnya. | |
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.