Dunia nak kiamat dah.....bersedialah kita semua...
  apabila org jahil membicarakan isu agama.......
  bodoh tindakan yang tv3 ambil...memang bodoh...
  inilah islam hadhari katanya..........

 

Date: Sat, 14 Jan 2006 13:57:26 +0800
From: norjannah mohamed noh <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali




  Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali
Wednesday, January 11 @ 12:57:38 MYT 


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap 
pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati 
memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang 
Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan 
Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam.   Beliau berkata demikian ekoran 
kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) 
dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari 
Jumaat lalu.   Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang 
pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat 
separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya 
mendapat 1/8 sahaja.   Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak 
talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja.   Sehubungan itu, Ustaz 
Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut 
mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam.   
Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk
 mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara 
langsung.   "Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang 
terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang 
jahil tentang Islam," katanya.   Menurut beliau, dari segi hukum orang yang 
mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada 
nas yang jelas.   Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut 
dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan 
kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam.   Beliau berharap pihak 
kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak 
akan merosakkan akidah mereka.   "Saya sedih kumpulan seperti ini diberi 
peluang bercakap tentang hukum Islam. Kumpulan seperti ini jika bercakap 
tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti 
ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya.   Tambahan pula katanya, 
umat
 Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah.   Menurut 
beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak 
menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang 
belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam.   Sebaliknya 
tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea 
barat atau mereka yang memusuhi agama Islam. - mks. 
  




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke