AYUH PERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM
PERTAHAN KUASA MAHKAMAH SYARIAH
HENTIKAN PINDAAN ARTIKEL 121 (1A) PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Jika Perlembagaan Dipinda Mereka Yang Hendak Keluar
Islam Tidak Perlu Lagi Melalui Mahkamah Syariah
Utusan Malaysia 18 Jan 2006 . Permohonan isytihar
keluar Islam dibatal. Mahkamah Tinggi hari ini
membatalkan permohonan seorang wanita, Asiah Begam
Nahurghani untuk mengisytiharkan dirinya keluar
daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu. Peguam
Abdul Muiz Samsuri yang mewakili MAIWP membantah
permohonan itu dengan alasan mahkamah tersebut tidak
mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan
tersebut mengikut Artikel 121(1A) Perlembagaan
Persekutuan.

Samy Vellu Adakan Pertemuan Sulit Dengan Wakil Agama
Lain Minta Perlembagaan Dipinda
Utusan Malaysia 18 Jan 2006 - Pinda perlembagaan jaga
hak bukan Islam. MIC meminta kerajaan meminda
Perlembagaan Persekutuan sedia ada bagi memastikan hak
orang bukan Islam di negara ini akan lebih
terpelihara. Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu
berkata, pendirian yang diambil oleh parti itu adalah
hasil daripada pertemuan dengan Majlis Perundingan
Agama yang dianggotai oleh wakil agama Kristian,
Hindu, Buddha dan Sikh di pejabatnya semalam. “Pada
akhir pertemuan kita telah sepakat bahawa satu
tindakan yang lebih proaktif iaitu satu pindaan
(Perlembagaan Persekutuan) perlu dilakukan dan jika
kerajaan bersetuju ia boleh mengatasi masalah pada
masa depan”, kata Samy Vellu

ABIM Pertahan Kedaulatan Mahkamah Syariah Yang
Diperuntukkan Dalam Perlembagaan
ABIM memandang berat kenyataan melalui media, Dato’
Seri Samy Vellu mengenai mesyuarat di antara Menteri
Bukan Islam yang akan diadakan hari ini. Mesyuarat
tersebut menggambarkan bermulanya satu dikotomi antara
Menteri-menteri beragama Islam dan bukan Islam. ABIM
menegaskan bahawa Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
perlu dipertahankan kerana perubahan pindaan dengan
memasukkan fasal (1A) pada tahun 1988 telah diluluskan
oleh Parlimen. Masyarakat bukan Islam harus
mengiktiraf dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama
orang-orang bukan Islam tidak pernah terancam seperti
mana yang digemburkan. Sehingga kini mereka bebas
mengamalkan ajaran dan amalan masing menurut lunas
undang-undang. Khairul Anuar Arifin Mohd Munir -
Setiausaha Agung ABIM

Pemuda PAS Kempen Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Persekutuan Tidak Dipinda
Harakah 18 Jan 2006 -  Dewan Pemuda PAS (DPP) akan
mengadakan kempen ke seluruh negara bagi menjelaskan
mengapa cadangan meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Malaysia perlu ditolak. DPP juga akan menghantar
memorandum kepada Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 23 Januari ini.
Ketuanya, Salahuddin Ayub memberitahu, kempen
penerangan yang pertama akan diadakan di Kuala Lumpur
pada 25 Januari ini.  "Dalam perhimpunan itu kita
menjemput kesemua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)
umat Islam untuk berucap mempertegaskan sikap
masing-masing terhadap perkara itu," katanya. Ketika
ditanya adakah Pergerakan Pemuda Umno juga akan
dijemput untuk bersama-sama dalam perhimpunan itu,
Salahuddin memberitahu kesemua NGO dan umat Islam akan
dijemput tanpa mengira kepentingan politik. 
 
Peringatan Untuk Pemimpin UMNO Untuk Pertahankan Islam
Forum Utusan Malaysia 19 Jan 2006 - Saudara Pengarang,
Kerajaan Malaysia tidak pernah menghalang mana-mana
penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka,
bahkan kerajaan telah pergi terlalu jauh sehinggakan
perayaan agama lain seperti Deepavali dan Krismas
disambut sebagai suatu perayaan negara. Apakah ini
tidak menjaga kepentingan penganut agama lain?
Cadangan dari pertubuhan agama bukan Islam (bahkan
terdapat  pemimpin kerajaan bukan beragama Islam) yang
mencadangkan pindaan terhadap peruntukan ``bahawa
setiap anak kepada ibu bapa yang beragama Islam adalah
automatik beragama Islam''. Jika hak dan tanggungjawab
ibu bapa Islam ini dipersoal, bererti
pemimpin-pemimpin dan pertubuhan agama bukan Islam ini
telah mencabar dan cuba mencampuri urusan dalam ajaran
Islam itu sendiri. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO
beragama Islam dan parti-parti lain yang sudah
beragama Islam, ingatlah anda dilantik dan dipilih
oleh Allah menjadi pemimpin untuk menjaga kepentingan
agama Islam di Malaysia tanpa mengenepikan keperluan
penganut agama lain. Namun, jangan sesekali mudah
terpengaruh dengan cadangan dan usul yang boleh
menggugat Islam sebagai agama rasmi di Malaysia ini.
Kepada pemimpin pertubuhan agama lain, ketahuilah
bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk
Islam. Ingatlah bahawa jika kita cuba mencampuri
urusan orang lain, akhirnya orang lain pula akan
mencampuri urusan kita. Mohd Noor Idris , Legeh, Jeli,
Kelantan.


Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke