Pinda Perlembagaan: Impak kesal dengan kenyataan sesetengah pihak![]()
Thursday, January 19 @ 17:47:23 MYT
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Pengerusi Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar, kesal dengan kenyataan beberapa pihak berhubung Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan termasuk Menteri Kerja Raya, Dato Seri S Samy Vellu baru-baru ini.
Katanya, pihak berkenaan mendakwa tuntutan itu sangat perlu untuk menjaga kepentingan bukan Islam, sedangkan dakwanya, selama ini sebahagian besar Perlembagaan itu lebih banyak memberi kepentingan kepada orang bukan Islam.

Beliau yang mengadakan sidang media di Pejabat Agong PAS, semalam, mendakwa dalam Perlembagaan itu sudah wujud ruang yang sangat sempit kepada pengamalan secara menyeluruh kepada
orang Islam.
Maknanya Perlembagaan yang sedia ada ini banyak memberi ruang, peluang, kebebasan kepada orang bukan Islam. Ini yang harus diketahui mereka.
Dan bila mereka menyatakan bahawa Perlembagaan dan undang-undang yang ada sekarang ini tidak memberi peluang kepada keluarga untuk mengetahui anggota mereka yang memeluk Islam, itu tidak betul, mana ada undang-undang yang menghalang seseorang ahli keluarga mengetahui anak ataupun cucu mereka memeluk Islam, dakwanya.
Sehubungan itu, dakwanya, apa yang tercetus selepas kematian Pendaki Gunung Everest, Allahyarham Mohamad Abdullah @ M Moorthy pada 20 Disember lalu hanya kes terpencil.
Sedangkan dakwanya selama ini mereka yang memeluk Islam secara tidak langsung sudah membuat pengisytiharan apabila menukar agama.
Contohnya orang tersebut perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran dan itu satu pengetahuan umum yang sudah pasti bukan saja keluarganya tahu tapi semua orang tahu yang dia telah memeluk Islam.
Jadi, jangan mengambil kes Moorthy untuk meminda perkara 121(1A) itu, katanya.
Malah dakwanya, kenyataan Samy sendiri baru-baru ini kepada media bahawa menteri-menteri bukan Islam berusaha mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dilihat bersikap sangat cauvinis.
Saya tidak menghalang mereka mengadakan perbincangan tetapi apabila disebut kumpulan menteri-menteri bukan Islam akan mengadakan satu perbicangan dengan secara tidak langsung menggambarkan satu cetusan sifat sentimen cauvinis di kalangan menteri bukan Islam, tegasnya.
Kenyataan tersebut juga katanya, sekali lagi menggambarkan barisan kabinet gagal membendung perasaan perkauman yang tercetus di kalangan ahli kabinet sendiri.
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Mereka jangan cuba melakukan suatu tindakan yang boleh mengguris hati dan perasaan orang Islam, katanya sambil meminta kerajaan mempertahankan Perkara 121(1A) yang sedia ada.
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan perlu memperkukuhkan kedudukan Mahkamah
Syariah dan katanya lagi, jika pindaan itu mahu dibuat ia perlu kepada satu pindaan yang boleh memperjelaskan hak orang bukan Islam di Mahkamah Syariah kerana ia akan memperkukuhkan kedudukan mahkamah tersebut. - RR/mns
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
- Bismillah [hidayahnet] Pinda Perlembagaan: Impak kesal dengan k... syed dahij